Followers

Friday, August 7, 2009

Sedekah Yang Salah Alamat


Suatu ketika, Rasulullah Saw., seperti yang kerap beliau lakukan, berbincang-bincang dengan para
sahabat di serambi Masjid Nabawi, Madinah. Selepas berbagi sapa dengan mereka, beliau berkata
kepada mereka,

"Suatu saat ada seorang lelaki berkata kepada dirinya sendiri, 'Malam ini aku akan bersedekah!' Dan, benar, malam itu juga dia memberikan sedekah kepada seorang perempuan yang tak dikenalnya.
Ternyata, perempuan itu seorang pezina. Sehingga, kejadian itu menjadi perbincangan khalayak
ramai.

"Akhirnya, khabar tersebut sampai juga kepada lelaki itu. Mendengar kabar yang demikian, lelaki itu bergumam, 'Ya Allah! Segala puji hanya bagi-Mu.Ternyata, sedekahku jatuh ke tangan seorang pezina. Karena itu, aku akan bersedekah lagi!'

"Maka, lelaki itu kemudian mencari seseorang yang menurutnya layak menerima sedekah. Ternyata,
penerima sedekah itu, tanpa diketahuinya, adalah orang kaya. Sehingga, kejadian itu lagi-lagi
menjadi perbincangan khalayak ramai, lalu sampai juga kepada pria yang bersedekah itu.

"Mendengar khabar yang demikian, lelaki itu pun bergumam,'Ya Allah! Segala puji hanya bagi-Mu.
Ternyata, sedekahku itu jatuh ke tangan orang kaya. Karena itu, aku akan bersedekah lagi!'

Maka, dia kemudian, dengan cermat, mencari seseorang yang menurutnya layak menerima sedekah.
Ternyata, penerima sedekah yang ketiga, tanpa diketahuinya, adalah seorang pencuri. Tak lama
berselang, kejadian itu menjadi perbincangan khalayak ramai, dan kabar itu sampai kepada lelaki yang bersedekah itu.

Mendengar khabar demikian, lelaki itu pun mengeluh, 'Ya Allah! Segala puji hanya bagi-Mu! Ya
Allah, sedekahku ternyata jatuh ke tangan orang-orang yang tak kuduga: pezina, orang kaya, dan
pencuri!'

"Lelaki itu kemudian didatangi (malaikat utusan Allah) yang berkata, "Sedekahmu telah diterima
Allah. Boleh jadi pezina itu akan berhenti berzina karena menerima sedekah itu. Boleh jadi pula orang kaya itu mendapat pelajaran karena sedekah itu, lalu dia menyedekahkan sebagian rezeki yang dikaruniakan Allah kepadanya. Dan, boleh jadi pencuri itu berhenti mencuri selepas menerima sedekah itu."

(Diceritakan kembali dari sebuah hadis yang dituturkan oleh Muslim dan Abu Hurairah dalam
Teladan indah Rasullulah dalam ibadah, Ahmad Rofi 'Usmani)

No comments:

Post a Comment

Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq