Followers

Monday, May 25, 2009

Aku masih kat sini......


Hari ni keputusan pertukaran guru antara negeri keluar. Seawal subuh aku chek keputusan tu. Huh... Dukacita lagi. Bermakna aku gagal kali kedua untuk permohonan balik semenanjung. Hati siapa tak sedih. Tapi tak la sampai nak meratap. Ini dah ketentuan Allah. Rezeki masih di sini.
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

Itu sahaja yang boleh aku pujuk hati. Aku mula terkenang kembali janji2 pegawai ketika mula2 aku posting dulu. "Jangan risau, kepada yang dipostingkan ke pedalaman, anda boleh memohon tukar balik ke semenanjung awal, 4-5 tahun dah boleh dipertimbangkan..." Sekarang macamana? Dah 8 tahun. Itu janji dari pegawai agama, aku cukup pegang kata2 tu sebab aku percaya dengan kata2 pegawai agama. Aku percaya nasib guru2 yang dipostingkan ke pedalaman akan diberi perhatian dan dibela... Rupanya, hanya gula2 sahaja......

Semasa memohon maktab dulu, terkial2 gak nak pilih bidang yang patut aku ambil. Subjek utama yang aku pilih, tentulah matematik. Minat aku cukup tinggi dalam bidang ni. Walau hanya math moden, bukannya math tambahan macam orang lain, tapi inilah minatku. Lalu math menjadi major dalam pilihanku, masalahnya waktu tu, pengisian subjek minor. Mula2 nak pilih subjek B.Melayu, tapi bile fikir balik, betapa penatnya nak tanda karangan, awal2 aku batalkan niat. Terfikir pula nak ambil sains, tapi risau result aku tercorot masa SPM dulu walau akhirnya sains aku boleh dikatakan cemerlang, tapi permohonan maktab masa tu sebelum result SPM keluar. Risau untuk ambik subjek sains, takut tak layak untuk dipilih jadi guru, aku terpaksa cari satu subjek yang aku rasa konfiden lulus jika spm keluar. Fikir punya fikir, aku putuskan Pendidikan Islam untuk menjadi subjek minor aku di maktab. Fikiran aku masa tu, aku nak jadi guru matematik yang islamik. Itu saje dalam fikiran mentah aku waktu tu.

Rupanya aku telah memilih satu jalan yang amat sukar dan berat bebanannya untuk masa depanku. Dimaktab, aku mendapat title "Ustaz". Panik. Kenapa aku dipanggil ustaz? Rupanya aku ambil subjek agama, walau hanya sebagai minor, tiada exam untuk subjek ini kat maktab. Belajar agama sekadar belajar untuk siapkan assigment (tu pun banyak copy asigment member), itulah bekal aku untuk begelar ustaz. Maka dimaktab, terpikul aku dengan gelaran yang amat menakutkan aku. Aku rasa tak mampu untuk pikul gelaran ni. Ilmu hanya setitik. Berat betul untuk bersahsiah sebagai ustaz. Tapi langkah memang dah tak boleh di undur. Mungkin hanya di maktab, aku digelar begini.

Aku fikir, aku akan jadi guru math bila posting kat sekolah nanti.. Result posting keluar, aku ditempatkan ke Sabah, dibawah koata guru agama, dibawah kuasa Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral (SPPIM) . Aku jadi pelik. Sepatutnya, aku dipostingkan sebagai guru matematik dibawah koata guru akademik. Di sini lah timbul masalah yang aku risaukan sekarang. Oleh kerana dibawah koata guru agama, begitu sukar untuk balik negeri asal aku, Terengganu. Alasannya, koata guru agama berlebihan di Terengganu. Tak dapat masuk. Mulanya aku percaya juga pada kata2 pegawai2 ni. Tapi bila diperhatikan, tiap tahun, gerenti ada posting baru yang ditempatkan di Terengganu... Jadi? Kenapa cakap dah melebihi koata , dalam masa yang sama, masih lagi yang dipostingkan di Terengganu sebagai guru agama? Kenapa guru seperti aku ni, dah berkhidmat lama di Sabah, tak diberi peluang untuk balik ke negeri sendiri? Mana jujur dan amanahnya pegawai ini dalam memberi pernyataan?

Waktu mula2 posting dulu (tahun 2001), aku ajar subjek math dan agama serentak kat sekolah. Tapi bila mula PPSMI, aku tarik diri dari mengajar math. Aku tahu tahap keupanyaan aku dalam penguasaan bahasa Inggeris. Lagipun aku betul2 tak berminat dalam BI ni. So, keputusan selamat yang aku pilih untuk tidak menghancurkan masa depan budak2 yang belajar math, baiklah aku tak ajar math... Walau ada elaun utuk guru yang mengajar math dalam BI, aku tak tamak pada imbuhan tu. Aku takut, kalu dibayar untuk mengajar math dalamBI, tapi kalu aku ajar dalam BM macam kebanyakkan yang dibuat sekarang, tidakkah itu telah menyalahi amanah? Takkah itu dikatakan duit haram? Menipu?

6 tahun aku dipedalaman, akhirnya dapat gak pindah kat bandar Sandakan, itupun bukan pilihan aku. Aku mintak tukar ke bofot, dekat ngan k.ani, tapi sana jugak takde kosong. Mula2 aku tolak tawaran ni, tapi, tak lama kemudian surat arahan pertukaran penempatan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah, so, aku akur. Lapor diri di SK Muhibbah kerana arahan, bukan kehendak aku. Hai sahabat2 Muhibbah sekalian, bukan niat aku datang ke sini utk menyusahkan kalian semua. Atas arahan, barulah aku ke sini.

Memang orang tertanya2 kat aku, kenapa dah tahu Terengganu tu xde kosong, masih lagi mintak kat sana? Jawapannya mudah, kemana lagi tempat yang nak aku tuju jika bukan balik berdekatan dengan ibuku yang tercinta. dah la ibu tunggal, umur dah semakin lanjut. Sebab tu lah aku nak sangat berdekatan dengan beliau. Lalu orang tanya lagi, kenapa tak pilih negeri lain? Masih boleh dikira dekat dan senang balik? Jawapannya, takkah korang terfikir, tugas guru sekarang dah jadi seperti pejabat pos? Tau? Cuba tengok, pejabat pos pada dasarnya hanya berkaitan dengan kiriman surat. Apa dah jadi sekaang, segala bil, pembayaran, perbankan, insuran dan alain2 dah dibebankan kat pejabat pos sehingga tenggelam tugas asalnya. Macam tu jgak nasib guru2. Azalnya adalah mengajar dan mendidik, tapi sekarang? pelbagai tugas dibebankan ke atas guru. Macam2 projek dan tugas terpaksa dipikul oleh guru. Kaitannya, jika aku pindah ke negeri lain, dan tugas itu membuatkan aku sibuk dengan kerja hingga tak sempat nak balik kampung. Takkah itu lebih membuatkan hati ibuku terasa? Duduk dekat tapi tak dapat balik kampung. Kalau duk Sabah, tak la dia terasa macam tu... Cuba tanya diri masing2, berapa kali korang balik kampung tahun ni jengok mak korang? Jarang kan? Sebab tak dapat cuti kan? So, jangan tunding jari kat aku, tapi hisab2 lah diri dahulu sebelum menuduh dan berkata yang bukan2.

Untuk waktu sekarang, aku tunggu PPSMI tu dimansuhkan supaya kembali di ajar dalam BM, time tu, aku akan mohon untuk mengajar math semula walau aku rasa math aku dah mula berkarat. Tapi, aku memang nak tukar dari guru agama menjadi guru akademik. lalu korang pun cakap, kenapa nak tinggalkan guru agama? Tak baik lah macam tu.. Tak bersyukur.... Hebatnya korang berkata. Tapi bagi aku, apa salahnya aku jadi guru math yang islamik, bleh serapkan kesedaran beragama pada pelajar2ku walau subjek bukan agama. Kenapa kita tak Islamikkan semua subjek? Kenapa guru math, sains, dan lain2 masih tak bertudung? Bukankah mereka pun Islam jugak? Bukankah itu menjadi contoh kepada pelajar2? Kenapa nak meng'inggeriskan' sahaja sains math tapi takut nak mengislamikkan subjek ni dan subjek lain2? Sedangkan majoritinya adalah guru2 Islam? So, aku nak tukar bidang. Jadilah aku guru akademik, salah satu sebabnya, supaya koata itu tak dijadikan alasan.

Kasihan isteriku, sarat mengandung tapi aku tak disisinya. Tak apalah, aku harap ini menjadikan dia sebagai seorang wanita yang tabah dan kuat. Aku tak mahu dia jadi wanita lembik dan mengada2 macam yang aku lihat pada perempuan2 yang dekat dengan suami.... Biarlah dia tabah dan belajar terima takdir Allah.... Aku cuma tak dapat piindah, satu dugaan yang amat kecil diuji oleh Allah... Andai kita bersyukur, nikmat Allah tu amat luas, andai kufu, azabNya amat pedih, mungkin lagi teruk yang kita akan hadapi.. Untuk isteriku.... Tabahlah.... Mungkin ada hikmah yang tersembunyi... Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang pertama 23hb mei...




1 comment:

  1. kot ye pong nak cite...cite la skali pasal sahabat mung yang bernama topiq yang ngajor same ngan mung......sabor tu subur

    ReplyDelete

Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq