Followers
Friday, May 22, 2009
Sudahkah kita bersedia?
28 april lalu, waktu aku dirumah k. ani, hadapi musibah kematian, mula aku berfikir kenapa nabi begitu titikberatkan hadiri majlis kematian. Walau dah banyak kali hadiri kematian, tapi kali ni cukup berbeza. Cukup memberi keinsafan dan kesedaran. Tapi, kenapa ramai yang masih boleh ketawa terbahak2 waktu majlis sebegini?
Jadilah kita seumpama ayam2 yang dalam bakul2 di pasar. Seekor demi seekor disembelih, yang lainnya? Tetap makan dan bercakaran dalam bakul tersebut tanpa mempeduli yang dia pun akan terima nasib yang serupa seperti kawan2nya.
Bukankah kita serupa sahaja seperti ayam2 tersebut? Kita lihat kematian, kita sedih, terharu, tapi, tak terfikirkah yang kita juga akan terbaring kaku sebegitu tak lama lagi? Pernah tak terfikir , andai jasad kita terbujur dingin nanti, apakah ketika itu, kita senyum? apakah jenazah kita begitu ringan dipikul orang? Atau tak terangkat walau begitu ramai yang gagah perkasa untuk mengangkat jenazah kita? Harumkah yang tercium nanti? Atau begitu meloyakan sesiapa yang tercium? Bagaimanakah kita nanti?
Andai tetiba kita dipanggil, yang tertinggal, bagaimanakah hutang2 kita yang belum jelas? Hutang tu akan dituntut di akhirat, dengan apakah kita mau membayar? Dengan pahala? Berapa banyak sahaja bekal pahala yang kita bawa? Belum lagi kita hitung pahala kita yang mengalir pada manusia2 yang kita umpat.. Jadi, berapa sahaja baki pahala kita?
Anda tiba masa kita, setiap barang yang kita tinggal, tiada kuasa untuk kita tangani lagi. Perhatikan mesej2 dalam handfon kita... Andai mati mengejut, mesej2 yang tertinggal yang tak sempat kita padam itu, ke arah apakah mesej2 kita itu? Terbukalah rahsia kita waktu itu, tak aib kah?
Kekasih2 yang kita tinggal.... Anak isteri, saudara mara... Sudahkah kita tunaikan hak2 mereka? Apakah isteri kita tunaikan tanggungjawabnya kepada Tuhan? Sudah arifkah isteri kita menjaga auratnya? Tak pelikkah kita jika masih ada isteri2 kita tak bertudung ketika hadiri kematian? Belum insafkah? Andai anda lelaki bergelar suami, sediakah untuk direntap oleh malaikat azab kerana kesalahan isteri kita yang sebenarnya berpunca dari diri kita yang gagal mendidik mereka?
Anak2.. apakah dia mampu sedekahkan bacaan yasin untuk kita? Atau kata mereka " Kami tak pandai baca Quran..." Siapa lagi yang kita harapkan untuk mengaji di kubur kita? Isteri kita? Sedangkan tudung pun tak sempurna, apatah lagi yang lain... Kita lah yang mendidiknya...
Ibubapa kita... redhakah mereka pada kita? Sempatkah kita mohon kemaafan dari mereka? Sudah puaskah hati mereka dengan layanan kita?
Kawan2 kita... Apakah mereka maafkan segala kelakuan kita? Kekasaran kita? Kesombongan kita?
Sudah sedia ke belum? Malaikat maut tngah menunggu arahan bila-bila masa saja... Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment