Followers

Wednesday, June 17, 2009

Abang Nak Beli Kuih...??

Cerita ni aku dapat dari emel dan aku tak tau siapa penulis asalnya. Cerita ni bagus sangat untuk dijadikan pengajaran. Kepada penulis cerita ni, kalau terbaca cerita anda ni, boleh la kenalkan diri, terima kasih...

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur . Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 1 2 tahun muncul di hadapan.

"Abang nak beli kuih?" Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan" jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menik mat inya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni" kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima . Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat

Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. T ida k nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia meng hadi ahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 1 2 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang" katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet dan menghulurkan sekeping not merah RM 10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM 1 0 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua mat anya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. L ida h saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....!"

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wani ta berhati mulia yang melahirknya? ? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghor mat an.

1 comment:

Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq