Followers

Monday, July 20, 2009

Cikgu pulau part 6.. ( blackout, kelibat2 kegelapan)



Pulau yang kecil, letrik di support sepenuhya oleh enjin besar ujung kampung. 2 buah enjin yang sudah begitu uzur. Letrik selalu di catu untuk jimatkan minyak. Biasanya, jam 1 tengahari sampai 6 petang, selalu di off kan. Selang sehari. Isnin, rabu, jumaat. Seawal pagi sabtu dan ahad memang tak merasa letrik sampai ke petang. Kalau waktu kemarau, alangkah panasnya hati, nak tido pun susah. Panas begitu membahang.

Tapi tahun 2001 tu, enjin selalu rosak. Seminggu tanpa letrik sudah menjadi lumrah. Nasib la radio aku gunakan bateri jadi teman setia untuk malam2 ku yang begitu sunyi.

Suatu musim yang begitu sepi, blackout melanda kampung seperti biasa. Ditambah lagi waktu itu, aku bersendirian di sekolah. Kuarters guru memang jauh terasing dari perkampungan. Apatah lagi ia terletak di belakang sekolah. Dan di belakang kuarters, hanyalah semak samun. Kawan2 guru yang tinggal di kuarters waktu tu kebetulan semuanya keluar ke bandar kerana urusan masing2. Tinggal aku yang menjadi penunggu setia.Wkatu itu, enjin rosak untuk jangkamasa yang lama.

Memang rasa takut dan seram sukar nak ditangkis bila malam menjelma. Hanya bertemankan lilin. Sendirian. Ter
kadang, terdengar deruman generator dari rumah2 orang kampung untuk kegunaan sendiri tatkala musim blackout begini. Hanya sesekali deruman itu dapat didengar bila dibawa angin. Sungguh sunyi lagi menyeramkan. Sesekali juga dapat didengari bot2 kecil membelah sungai. Suatu kelebihan andai malam2 begini diterangi oleh bulan. Terkadang bulan yang diharap, tiada menyinari malam2 suram ini.

Sebelum maghrib lagi, aku akan siap sedia mandi dan berwudhuk di tangki bawah rumah. Angkut air untuk penuhi baldi besar bilik air. Malam nanti, tak perlu lagi bersusah payah untuk turun. Terkadang terserempak dengan anjing yang berkeliaran sekitar rumah yang tak berpagar. Yang paling aku tak suka, musim anjing mengawan, gerenti lolongan anjing di tengah malam membuatkan hati tak senang. Dan yang paling mecemaskan, bila lolongan anjing itu bukan pada musimnya. Kata orang, itu petanda mereka melihat makhluk2 berkeliaran yang tak nampak di mata kita. Bukan tak biasa anjing2 itu melolong panjang di sekitar rumahku. Andai terjadi begitu, aku tarik selimut seluruh tubuh dan peluk bantal kuat2. Jugak aku aku sumbat earfon ke telinga. Tak berani untuk bukak mata.

Suatu waktu, jiran sebelah rumahku,(jiran sepintu rumah tinggi), sebelum keluar ke bandar, kebiasaannya, kami akan tinggalkan kunci rumah sendiri kat jiran. hari tu jiran aku tinggalkan kuncinya untukku. Pesannya, gunalah apa2 yang dirumahnya jika ada keperluan. Selalunya, aku tak pernah masuk kecuali untuk simpan makanan dalam peti sejuknya. Oleh kerana musim tu agak lama tiada letrik, taklah aku guna peti sejuk tu. Cuma petang tu, aku masuk ke rumahnya untuk ambil besen... waktu sudah agak petang. Remang2 senja yang memang hampir tiba. Oleh kerana belum maghrib, taklah aku rasa apa2 yang pelik. Pintu rumahnya aku bukak dengan perlahan. Suasana rumah agak suram. Nungkin kerana cuaca diluar makin kurang cahayanya. Aku melangkah tenang ke bilik air. Ada tiga buah besen kosong. Aku capai satu yang agak2 sesuai. Bilik air di dalam rumah taklah begitu besar. Hanya besen yang aku ambil. Keluar dari bilik air, bulu tengkok aku mula meremang. Patanda ada sesuatu yang berdekatan denganku yang tak dapat aku lihat dengan mata kasar. Sememangnya selalu terjadi begitu, deria aku selalu mengesan kehadiran makhluk itu jika ia terlalu hampir. Sebaik saja aku keluar dari bilik air, satu sergahan yang begitu kuat bergema di dalam rumah jiran ku ini. Aku benar2 pasti. Memang bukan suara dari luar. Begitu dekat suara itu menyergah.... "wwooouuuuuurgghh.."

Dengan langkah yang pantas aku menuju ke pintu sambil menoleh. Tiada apa2 kelibat, hanya suasana makin suram. Aku harus cepat keluar dari rumah ni. Seakan 'ia' mengikut di belakangku.

Petang tu, aku benar2 rasa kehilangan 'semangat'. Seakan semangatku terbang sewaktu sergahan tadi. Aku turun ambil angil di pangkin depan sekolah. Masih ramai yang main bola di padang depan sekolah walau dah hampir maghrib. Aku cuba tenangkan diri. Kakiku ternyata masih menggigil. Bagaimana aku nak lalui malam ni bersendirian dalam gelita begini. Malam tu, lepas solat maghrib, aku cabut pegi asrama sekolah menengah, tidur di rumah kawan aku. Rahsia petang tu belum aku ceritakan. Esok siang, aku baru aku balik.........

Sungguh seksa aku harungi malam2 balckout. Malam seterusnya, aku hadapi seperti biasa. 'Semangatku" sudah benar2 pulih. Di sekolah ku ada sorang sekurity. Malam tu, jam 8, lepas isyak, aku turun ke sekolah. Nasiblah sekurity ada bertugas. Dialah temanku berbual. Kami lepak di pondok depan sekolah. Bertemankan asap rokok penghalau nyamuk, pelbagai cerita terkeluar. Sesekali suara ketawa memecah kesunyian malam itu. Sesekali kami hanya mendiamkan diri bila kehabisan modal berbual. Entah macamana, topik yang begitu aku elakkan malam itu terkeluar jugak. Sekurity ni bagai tidak memahami perasaanku waktu itu, begitu rancak menyusun cerita seramnya waktu zaman persekolahannya di asrama sekolah menengah kampung ini. Untuk pengetahuan, sekolah rendah dan sekolah menengah hanya selang sepadang. Begitu dekat Ceritanya amat membuat aku tak selang duduk....

Bermula dengan cerita hesteria.... Kisahnya, suatu malam, mereka study seperti biasa. Asrama puteri dan putera tak lah jauh. Bangunan papan yang begitu uzur taklah mematah semangat mereka untuk belajar. Malam itu, kekusyukan meraka mentelaah telah dikejutkan dengan suara perempuan menjerit. Diserang hestria. Entah apa puncanya, dalam gelap malam begitu, pelajar perempuan tu berteriak2 hilang akal. Dalam suasana kelam kabut, pelajar perempuan tadi bagai dipanggil oleh seseorang, dengan laju berlari ke luar sekolah merentas padang sekolah. Pelajar lelaki yang ada ketika itu berusaha mengejar dan menangkap pelajar perempuan tadi bersama warden (guru lelaki). Nasib lah dapat ditangkap sebelum dia terjun di jeti yang memang dah tak jauh dari situ. Dengan susah payah, pelajar perempuan tu dapat di bawak balik ke asrama. Bila di jampi air penawar, barulah dia sedarkan diri.... Itu cerita pertama sekurity yang membuatkan aku tak senang duduk. Entah berapa batang rokok aku capai untuk melenyapkan bayangan seram yang terlintas dibenakku bila kenangkan aku sendirian lagi malam ni di rumah. Tengah malam nanti, gerenti sekurity ni balik, takkan dia tunggu sekolah ni sampai lepas waktu tengah malam.

Ceritanya kedua... waktu dia di asrama dulu, sememangnya, di pulau ni, pantang untuk sesiapa membawak berjalan bantal dalam pelukan bagai mendukung anak pada waktu malam di luar rumah. Andai dilakukan, pasti datang sesuatu kelibat putih yang terbang untuk merampas apa yang dalam pelukan orang tadi yang disangkanya anak kecil...... Aku pun tak tahu apa yang mereka gelarkan kelibat putih yang berterbangan begitu. Walau agak kurang percaya, tapi aku takkan cuba untuk lakukan hal begitu. Kalau korang tak percaya, boleh la cuba cara tadi malam ni kat luar rumah tengah2 malam nanti, dengan syarat, sorang2 tanpa teman la. Kalau kat bandar, kurang la risikonya, cuba la lakukan di kampung2 yang bermistik.....

Ceritanya yang ketiga... Di belakang asrama lelaki, amat dekat dengan hutan. Sekarang pun begitu. Katil 2 tingkat memanglah jadi kewajiban kat asrama2 sekolah menengah. Bagi yang tidur katil atas dan mengadap ke luar jendela, jugak mengadap ke huta, selalu mereka terlihat pokok2 bergoyang bagai dilanda angin kencang. Kalau semua pokok bergoyang, memang tak menjadi hal yang pelik. Tapi, anehnya, sebahagian sahaja yang bagai dilanda angin sedangkan sekitarnya senyap sunyi. Dan jugak waktu itu mereka tak merasa kehadiran angi sikit pun. Jangan pulak cakap monyet atau beruk yang goyangkan pokok2 tu. Kita sendiri pun boleh bezakan antara pohon di tiup angin dan pohon di goyang orang. pucuk2 pokok begitu hebat bergoyang abagi ditiup angin keras. Bila berlaku begitu, mereka hanya mendiamkan diri, dan terus tidur.. Jika korang tengok pokok diluar rumah korang tetiba bergerak sendiri, pergila bawah pokok tu, tunjukkan keberanian... Pilihan aku, tentunya tidur tarik selimut....

Cerita tadi pernah terjadi lagi sewaktu tahun 2002. Kawan aku, topek, pernah alami sendiri. Waktu tu, jam 6 pagi, dia mandi diluar rumah, tetiba dia ternampak sebahagian pokok bergoyang hebat bagai ditiup angin, sama seperti cerita kawanku sekurity tadi. Andai betul ceritanya, betullah yang aku sampaikan. Untuk lebih kepastian, aku mintak topek respon kalu terbaca artikel ni kat ruangan komen.....

Malam makin larut, jam dah melewati 11 malam. Aku buat2 menguap petanda mengantuk dan signal untuk mintak diri. Bukan jemu, bukan jugak mengantuk. Tapi, hati mula berasa dihantui oleh kelibat yang tak berasas.... Sudahnya, aku perlahan2 bangun dan minta diri untuk pulang. Dan yang tak bestnya, sekurity aku pun turut pulang. rumahnya kat dalam kampung sana.

Bertemankan lampu suluhku yang terkadang terang, terkadang suram, memang membuatkan aku seram dan meremang. Ingin je aku berlari dan melompat terus ke rumah, tapi aku harus berhati2 aku tak memeranjatkan anjing2 yang berkeliar. Kalau terperanjat, gerenti aku dikejarnya. Terpaksalah aku atur langkahku perlahan2 dengan dentuman jantung berirama sumbang.

Malam itu, aku kuatkan semangat. Masuk rumah, tak lupa untuk basuh kaki. Aku rebahkan diri di katil burukku... Cuba untuk pejamkan mata.... Minda aku tak tenteram. Terbayang cerita sekurity lagi. Satu lagi katanya, kat sini, kalau janji nak pergi ke rumah seseorang, jangan dimungkiri. Kalau tak dapat pergi, tinggalkan pesan kat siapa2. Ceritanya lagi, kalau ada kawan kita yang berjanji untuk datang ke rumah kita, tapi tak jadi datang, padahal tak dipesan yang aral melintang, nanti akan diganti oleh satu jenis kelibat yang aku lupa apa dorang sebut. Tapi kelibat ini akan datang ke rumah kita dalam bentuk orang yang berjanji tadi.... 'Dia' yang akan menggantikan kawan kita tadi untuk bertamu di rumah kita. Lepas maghrib atau malam, kalibat itu akan muncul di tangga rumah kita. Kalau dia masuk rumah dengan keizinan kita, maka akan jadi kekacauanlah isi rumah kita.... Ah.... dalam banyak2 cerita, cerita ni lah yang aku kurang percaya. Agak berlebihan olahannya. Macam siri seram di tv pulak...

Hampir2 terlelap, aku tersedar... Bagai terdengar ada derapan kaki orang berjalan menaiki tangga rumahku. Dan bagai terdengar langkah itu mudar mandir di depan pintu. Selalu benar aku dengar bunyi itu. Mata aku sukar pula untuk dilelapkan. Dalam fikiran, bagai filem, berputar semula apa yang pernah aku bualkan dengan isteri jiranku.

Cerita isteri jiranku, selalu mereka dengar bagai ada orang berjalan depan pintu rumah kami. Ternyata bukan aku sorang yang dengar. Bagai kalibat itu tak mampu masuk ke rumah ini. Hanya mengintai dari luar. Kalau dulu, bila pertama dengar bunyi begitu, aku bergegas intai ke luar. Tiada orang, aku bukak pintu, tengok2 kalau ada sesiapa yang datang. Bila selalu tiada orang, aku mula fikir lain. Akhirnya aku ambil keputusan, selagi tak terdengar salam, takkan aku mendekati pintu...

Ceritanya lagi, tiap kali aku ke bandar, tentunya rumah aku kosong. Isterinya pernah dengar suara anak2 bermain2 basikal dalam rumahku. Kadang2 terlompat. Terasa gegarannya kerana rumah papan. Bila dikejutkan suaminya, senyap pula suara tu. Oleh kerana terganggu dengan bunyi itu, dia mintak suaminya on kan lampu dalam rumah aku, sememangnya kunci rumah aku tinggalkan kat mereka. barulah bunyi tu reda.

Jam dah 3.30 pagi. Sepanjang aku menaib cerita ni, beberapa kali leher aku terasa meremang. bagi 'sesuatu' membaca sama.... Dan aku harus menarik selimutku lagiiiii........

(Kali ni aku cuba untuk bercerita bernada serius, agar anda dapat menghayati perasaanku waktu itu, lain kali aku akan bercerita secara santai kerana cara serius ini begitu membebankan kesantaianku. Aku dah cuba belajar untuk menulis novel tapi selalu tersangkut. Harap boleh tinggalkan komen tentang cerita ni. Aku harap korang dapat respon, bagi memotivasikan aku update blog ni, sekian)


1 comment:

  1. Hebat my friends,seram sejuk saya membacanya.Tak tau pula ustaz banyak kenangan yang amat menarik d sugut,kalu boleh sambung seterusnya nak tau pula saya.Kalau boleh selitkan gambar terbaru d sugut.I hope u suckses n happy always expecially for yr new born(baby).God bless u n yr family.

    From:x-teacher of sugut(Jatan)

    ReplyDelete

Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq