Followers

Thursday, August 20, 2009

Aku tertinggal jumaat


Masa sekolah dulu, aku tak berapa kisah sangat hal agama. Walau aku memang sekolah arab, tapi, tak berapa meresap kat jiwa. Dari aku form 1 sampai form 3, aku tak berapa ingat apa hal aku buat. Tapi time form 4, baru aku kenal dunia. Mata baru celik. Time tu, masa banyak aku habiskan untuk membaca. Nak kata ulat buku, tak gak. Balik sekolah, mesti pegi library awam, dekat je ngan sekolah. Aku guna 2 kad library yang aku punya, 2 kad lagi kakak aku punya, so 4 buah buku la sekali pinjam.

Selalunya, aku pinjam 1 buku psikologi, 1 buku agama, biasanya karangan imam al-ghazali, pastu 1 buku hal2 ghaib, macam alam malaikat, jin syaitan tu la tapi dari sudut agama Islam la, satu lagi aku pinjam buku novel. Tu la yang selalu aku pinjam. Dalam masa 2 minggu, aku habiskan baca buku2 tu.

Oleh sebab selalu baca buku agama, so, sekurang2nya bertambah gak ilmu. Tak la bergantung sepenuhnya kat sukatan agama sekolah. Mulai dari tu, aku mula la lekat sembahyang skit. Tu pun kadang2 fail jugak la. Banyaknye dosa aku. Tapi, mula time tu gak, aku dah tak tinggal jumaat. Kalu sebelumnya, 2 kali p jumaat 1 kali tido hehee..

Mula form 4 lagi aku dah tak tinggal jumaat, macamana hal pun, aku tetap p jumaat, kecuali ujan lebat. Maklum la time tu, aku p mana2 je naik basikal. Kalu nak bawak motor tu, kena berangan je la. Mana aku ada duit nak beli motor walau teringin giler. Apa2 hal pun, naik basikal bleh menyihatkan badan.

Penah gak on the way p masjid, ujan turun selebat2nya. Apalagi, kuyup la aku, singgah kat pondok wakaf tepi jalan. Walau masjid dah tak jauh, tapi, takkan la basah kuyup gini nak naik masjid. Iktikaf kat pondok la sampai orang balik jumaat hehee...

Macamana la nak ada motor, aku kat kampung, duk ngan mak n adik pompuan aku je. Abang2 aku memang la ada motor kreta, tapi dorang tak duk kampung, tunggu dorang balik, bleh la numpang naik kreta. Siannya aku dulu2.

Penah time cuti maktab dulu, geng2 maktab yang satu negeri ni, datang la jalan2 p rumah, time malam. Kebetulan malam tu, aku kuar p ronda sorang2 naik basikal kesayangan aku tu la. Layan jiwa kat jeti marang... tu la hobi aku dari sekolah menengah. Duk sorang2 layan blues. Dorang datang rumah aku time tu ngan moto masing2 la. Dorang tanya la adik aku yang aku p mana, adik aku cakap, aku kuar ntah p mana. Dorang tanya pulak yang aku kuar pakai helmet ke tak, dalam kepala dorang, aku kuar naik moto la. Jangkanya, kalu pakai helmet, aku p jauh la, kalu tak pakai, p dekat2 je n tak lama la aku balik. Adik aku jawab, tak pakai. Kebetulan lak aku sampai umah ngan basikal aku... apa lagi, bergegar la dorang gelakkan aku sebab pakai basikal. Berabis dorang ketawa. Patut la tak pakai helmet, naik basikal bla...bla...bla..... letih aku dengar. Perghhh... macam hina je idup tak de motor. Ala... dorang pakai motor pun duit mak bapak dorang, bukan duit sendiri pun.

Tapi aku pakai basikal, bukan duit aku gak. Bangngoh aku yang belikan. Sampai sekarang basikal tu aku simpan tapi tergantung je la bawah rumah. Sayang nak jual. Banyak kenangan aku ngan basikal tu. Jatuh bangun aku ngan basikal tu. P library, p skolah, sume naik basikal tu.
Crita aku kuar naik basikal tu, tak abis gelak kat depan rumah aku je, dorang jaja lak crita tu sampai maktab. Aku wat donno je la. Dah memang tu je harta aku time tu. Tebalkan muka, keringkan hati....

Zaman2 maktab aku, tak banyak yang menarik sangat. First datang maktab, bangngoh aku yang antar. Masa dapat tau masuk maktab batu pahat, aku berangkat la ke KL dulu. Singgah rumah abang2 aku. Masa dapat tau dapat kat Johor, aku tanya mak aku, macamana? Bleh ke aku p Johor? Mak aku izinkan walau berat ati. Yelah, dah takde orang kat umah. Tinggal mak aku ngan adik pompuan aku je. Aku pun berat ati gak nak tinggalkan kampung. Tapi apa bleh buat. Tu je harapan masa depan aku. Adik beradik lain sume duk luar, tak duk kampung.

Maka berangkat la aku tinggalkan kampung. Naik bas malam kat bandar ganu nak p KL, aku terpaksa kuar dari kampung selewat2nya pas asar, kalu tak, dah takde transpot nak p stesen bas kkat bandar. Takde orang nak antar. Nak tunggu jadual bas kul 9 atau 10 malam, merayap la dulu kat bandar.

Kat KL, bangngoh yang uruskan dokumen aku. Belikan baju kemeja n slack. Kasut aku beli dari duit aku kumpul time keje 3 bulan pas spm. Bleh la wat beli barang2 skit. Time tu zaman gawat, tahun 98. Sume oang susah. Aku pilih maktab sebab dapat elaun. Kalu masuk U, banyak gak blanja sementara dapat PTPTN , so, jalan selamat, ambik maktab la. Minat aku sebenarnya nak masuk politeknik, bahagian kemahiran. Tapi sebab tawaran maktab yang dapat dulu, masuk maktab la. 3 bulan pas masuk maktab, baru la dapat tawaran politeknik kuantan, jurusan sains komputer, terpaksa aku tolak sebab dah sign aggrement ngan maktab.

Sehari sebelum daftar maktab, bangngoh bawak aku p N.Sembilan dulu, landing kat rumah mentua dia kat Rembau. Teringat aku cerita Aku Budak Minang tu. Minat giler crita tu walau aku bukan budak minang, tapi aku budak marang, dekat2 la tu bunyinye. Bermalam kat rembau, esoknya pagi, bertolak ke batu pahat. Sepanjang jalan, banyak la dengar nasihat dari bangngoh. Yang aku tak bleh lupa pasal bangngoh sampai bila2, time dia datang ambik aku kat Pengkalan Berangan masa aku kecik dulu... jadi orang buangan aku sekejab. Mangsa keadaan je aku ni. Tapi tak bleh la aku story detail kat sini sebab tu hal private. Tiap kali ingat hal tu, bleh nangis woooo..... memang aku tak bleh lupa hal tu selagi aku hidup.

Pas daftar maktab, p asrama. Bangngah bawak aku p cari bilik. Bila dah jumpe n kemas2 semua, sebelum start sesi orentasi, b.ngah nak balik, time tu la dia cakap, b.ngah dah tak bleh datang dah lain kali. Ni la first n last datang tgk aku kat sini. Macam nak meletup je jantung aku dengar kata2 tu. Aku tau, nak datang sini bukan dekat, banyak blanjanya. Tu la last dia tanggung aku dari aku kecik. Aku paham keadaan dia. Zaman gawat, kerja pun tak menentu. Aku takkan lupa jasa dia tu.

3 tahun duk maktab, tanpa ada sorang sedara pun jengok aku kat sini. Berbanding budak2 IPT sekarang, mak bapak dorang sekeluarga datang hantar n ambik dorang. Bertuah betul. Banding ngan aku, p stesen bas pun kena pikul beg sendiri.

Kat maktab, dengan tak di sangkanya, aku di title kan dengan ustaz. Tak di sangka2. Walau major math, tapi tetap di ustaz kan jugak. Tapi ok la jugak, dengan title tu, terjaga gak perangai aku. Tak la jadi dajal sangat. Walau banyak benda jahat yang terlintas, tapi tak sanggup nak buat.

Zaman maktab, (sambung bab jumaat), walau ngantuk macamana pun, aku tak tinggal jumaat. Ntah la, memang rasa tak kena kalu nak tinggal. Sampai la satu hari, mamang dah takdir Allah, aku tertidur. Bukan saje2 nak tido. Mulanya, lepas balik dari kuliah maktab tu, lupa dah semester brapa, tapi ari jumaat la, siap2 la nak p jumaat. Masjid dekat je ngan hostel. Dah siap pakai baju melayu semua dah, aku duk la atas katil sambil tunggu roommate aku siap2, hajatnye p turun same2 la. Memang biasanya gitu. Ntah la ari tu, sambil duduk2, tak sedar dahh.... tertidoooo..... sedar2, pintu bilik kena ketuk... time sedar, mamai la, tak ingat apa, terus bukak pintu, perghhh... berderau darah aku... warden, ustaz (pensyarah), n Hal ehwal pelajar(HEM) datang ambush orang ponteng. Kena pekik la suruh keluar. Aku tengok, ada beberapa orang gak la yang kantoi termasuk aku. Fuh malu giler. Ustaz aku dah start membebel. Option agama pun ponteng jumaat. Demi Allah, aku tak terniat langsung. Tu la first aku terlepas jumaat kat maktab. Terus je aku terima hukuman Allah. Malu tak terkira. Dalam kelam kabut duk kumpul orang ponteng, datang HEM tu, kami panggil dia Pak Akob, orang yang garang giler. Dia datang rapat ngan aku, dengan suara perlahan, dia tanye aku,‘apsal ponteng?‘ aku jawab, “saya tertido, tak berniat pun nak ponteng‘. Dengan perlahan dia cakap, ‘ok, ko masuk bilik n kunci“ dengan kata lain, dia selamatkan aku dari kena tangkap la waktu tu. Dengan tu gak, aku tak la masuk senarai blacklist disiplin maktab. Malu wooo... senyap2 aku masuk bilik. Dia cakap gak yang dia tau mana orang yang sengaja n tak sengaja ponteng, lagipun, aku tak pernah buat hal. So, selamat la aku sekejab. Ustaz aku time tu jeling je tengok aku di selamatkan. Hehee nasib... yang lain kena ambik nama sume....

Bila aku tanya roommate aku kenapa tak kejutkan aku, dia cakap, dia dah kejutkan, bila dia tengok aku sedar, pastu landing balik, dia terus kuar n kunci pintu. Masya allah, aku tak sedar langsung.

Kes tu tak abis kat situ. Minggu depannye, aku dipanggil sorang ustaz(pensyarah) lain, bukan ustaz yang ikut serbuan tu. Ustaz ni jenis garang gak la. Cakap pun pedas semacam je. Nak senang faham, aku singkat je nama dorang, yang ikut serbuan tu Ustaz K, yang panggil aku ngadap untuk brainwash lak ustaz Y. Kalau geng maktab baca ni, dorang tau la kot. Aku kena panggil ngadap ustaz Y ni ngan member aku sorang lagi yang kantoi gak. Tak yang sebut nama la. Kang dendam ngan aku lak. Masuk bilik dia, berapi kena sembur sebab malukan jabatan agama. Title ustaz tapi ponteng jumaat. Berdesing telinga. Ape bleh buat, dah salah aku. Dalam duk bising tu, ntah macamana, aku terjawab gak, kan ke sunnah tido sebelum jumaat? Tau apa jawapan ustaz tu? Kepala bapak kau sunnah, sunnah tido ni time kul 11 tengahari bukan time dah nak solat jumaat... perghhh berapi lagi... berasap je dalam ati... terpikir gak aku, macam ni sumpah seranah dari sorang ustaz untuk didik orang.... dengan jahilnya time tu, baru aku tau yang sunat tido ni jam 11 rupanya. Aku dapat ilmu ni melalui sumpah senarah n makian yang yang berjela. Maha Suci Allah, dalam setiap keadaan, kita dapat kutip ilmu. Aku kena study agama lebih mendalam lagi. Pas tu aku cakap lagi, saya memang tak sengaja, n tertido, sedangkan nabi cakap, Allah tak jatuhkan hukum atas orang yang tertidur, lupa n kena paksa, so, saya masuk kategori tertido, bukan sengaja... makin la dia mengamuk... jalan senangnya, diam je laaa... aku mula dendam ngan ustaz tu. Abis je sesi amukan dia tu, aku kuar, kebetulan bertembuang ngan Pak Akob, dia tanya gak aku, apasal ada kat bilik pensyarah, aku story la yang aku kena brainwash. Aku tanya gak, nama aku kena blascklist ke? Dia cakap, jangan risau, dia tak masukkan aku dalam blacklist dia, tapi kawan aku kena la. Aku selamat. Dalam ahati, selamat kat dunia la, kat akhirat, kena balas gak, moga2 Allah ampunkan, Dia Maha Mengetahui al sebenar.

Member2 1 kelas mula la bawak crita hal aku kantoi... kena jaja gak la... aku senyap je.. tak mampu nak defense dah.. aku harap abis situ. Rupanya tak. Ada lagi balasan dunia yang perlu aku tanggung.

Satu malam, warden buat perhimpunan mengejut kat hostel lelaki la. Sume lelaki. Aku mulanya tak tau gak apa agendanya. Dah kumpul semua dua blok hostel lelaki dalam bilik meeting, warden tu mula bagi taklimat, hingga la part ponteng jumaat minggu lepas, berderau darah aku. Kena lagi. Dia cakap, siapa yang kena tangkap jumaat lepas tak p solat jumaat, sila berdiri. Maka berdiri la dekat 10 orang gak tak silap aku. Perlahan2 aku berdiri. Masa tu aku dah tak peduli siap yang sama2 kantoi. Mungkin macam ni la di mahsyar nanti, kita dah tak peduli n tak sempat nak fikir hal orang lain dah, yang kita fikir, dosa2 kita depan mahkamah Allah. Dengan longlai dan malu, aku gagahkan untuk berdiri, ya Allah, betapa malunya aku. Warden tu sound, hah, ustaz pun tak pegi jumaat. Waktu tu, itu lah malu yang paling besar yang aku rasa. Tak ada yang lebih memalukan. Aku terfikir, ini baru perhimpunan 2 blok hostel, kat dunia je, macamana la malu nanti kat akhirat dengan dosa2 yang dah aku buat. Ini baru 1 dosa. Maha Suci Allah, Dia telah aibkan aku untuk aku rasa macamana aibnya nanti kat akhirat, supaya aku berfikir.

Malam tu, diri aku penuh dengan keaiban. Tak tahu mana nak letak muka. Cukup perit. Cukup hina dan dihina. Aku benar2 mohon ampun pada Allah. Biarlah aib di mata manusia, jangan aib di mata Allah. Aku mula mengira2, itu baru 1 solat yang aku tinggalkan, macamana dengan solat2 yang dulu2 pernah aku tinggalkan? Macamana nanti aku nak berdiri di tengah2 lautan manusia? Ada wajah kah nanti untuk aku hadapkan pada Zat yang Maha Agung? Dalam diam, airmata aku mula mengalir. Air mata bukan tanda kelemahan lelaki. Tapi ianya kurniaan Allah untuk meredakan sebak di dada... aku biarkan air mata itu mengalir, moga dapat membasuh dosa2 ku pada-Nya. Moga air mata ini menjadi pendinding dari bahang neraka. Moga air mata ini termasuk dalam semangkuk air yang rasulullah gunakan untuk memadam api yang tak terpadam kecuali dari air mata hamba2 yang menangis kerana takutkan azab Allah..... aminn...

2 comments:

  1. tringatzaman aku kt maktab,ustazah tapi rock sains/agama.noor

    ReplyDelete
  2. mat sang...
    aku ingat citer ko ni..
    tp aku ckup x stuju ngan ustaz2 kiter kat mktab tu
    mnjatuhkan hukuman , memaki sesuke hati....
    cubele wat2 bncang....
    ni tak
    wat salah ckit je terus x bertegur
    n satu lagi ayat yang pling aku x suke "ko kan Ustaz...mane leh wat bende tuh"
    Hampeh......-APAI-

    ReplyDelete

Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq