Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq

Wednesday, December 16, 2009

Andai bukan Islam bertanya......


SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM
Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?
Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu
sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw
wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa
as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan ma nu sia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen E liz ebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bu nu h b ina tang untuk dimakan? Kan
zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bu nu h. Itu tidak kejam? Bila kita bu nu h (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang
dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"
11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan b**i itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan b**i?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikan pun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.
Selengkapnya...

Wednesday, December 2, 2009

Wahai suami, bolehkah begini...

Artikel aku dulu yang tajuknye "wahai isteri, kenapa begini..." tak sangka2 dpt respon dr pembaca yg agak kurang brpuas hati. so, aku nak jelaskan skit, sbnarnya artikel dlm blog ni, bukan la nak hentam pompuan atau isteri. aku setakat kongsi ilmu, yang baik, jadikan teladan, yg tak baik, buang je la. artikel tu, aku rasa, kalu isteri yang takde masalah, akan baca dengan rileks je dan jadikan pengajaran. Tapi, untuk yang buat salah, atau keras kepala, mungkin terasa skit.

Niat aku nak kongsi untuk semua, kali ni, akan kena atas kepala suami lak, so, ambilla iktibar, jangan cepat melenting yeee....

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.



1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
Selengkapnya...

Monday, November 2, 2009

cikgu pulau part 7 (ku korbankan cintaku.... part 1)


Aku sambung balik kisah hidup kat pulau. Lama sangat dah tak menulis. Last ari tu kisah mistik kat pulau. Belum lagi mistik time mancing. Lain artikel, aku tulis kisah pancing berhantu lak hehehe… kali ni nak cite hal macam serius n pilu skit.

Asalnya aku nak tulis ala2 novel, guna ayat skema spm, tapi dah separuh jalan, aku delete balik… sebab? Tengah menulis guna ayat sedih n skema, aku bleh tergelak sorang. Lagipun, idea aku jadi tersekat. Mungkin aku tak bleh terkongkong kot. Sebab tu aku tak suka pakai tie pegi skolah.. eh? Ade kaitan ke ngan tie? Pelik2. ok, aku start.


Mungkin sebahagian kecik dari jalan cerita ni aku dah ceritakan kat artikel lalu. So, bleh la imbas kat ‘panggilan pulau’ tu.

Dengan umur yang masih muda belia, janggut pun baru beberapa helai, aku dengan penuh kebimbangan, melangkah ke alam kerja. Ra
sa cemas tetap tak hilang. Kadang2 terasa nak patah balik ke zaman sekolah. Form 4 n form 5. alam yang begitu gemilang n sensasi dalam idup aku. Tapi, mana la boleh di undur. Sekejab betul habis zaman maktab 3 tahun. Aku jejak kaki di pulau, aku tahu, hidup aku akan berubah. Tanpa aku sedar, ia banyak mengorbankan jiwa aku. Dan akhirnya, jiwaku baru telah terbentuk disini.

Apa sangat lah yang bahagia kat pulau. Serba serbi kurang. Walau aku di tempatkan di rumah guru, bukanlah seperti rumah guru yang korang selalu bayangkan. Rumah ni hanya ada katil bujang tanpa tilam dan bantal. Ada kerusi meja budak sekolah. Dan almari buruk. Kosong, sekosong hatiku. Tilam n bantal aku dapat dari asrama sekolah menengah. Tq warden smk (Pok Su n topek)

Dengan berbekal rm1000 yang aku pinjam ari
kak ani, dan 1 beg baju sederhana besar, aku bawak diri kat sini. Usahkan line hp, telefon rumah pun tak ade. Aku tilik hp aku. Hp yang pertama dalam idup aku. Nokia siri ape ntah, ade antenna kat luar dia. Warna kuning. Takde vibrate hehee. Dengan rasminya jadi jam loceng aku. Aku senyum sendiri. Ni pemberian dari abg aku, abg meran. Tq tq. Aku ingat sampai bila2. tu pun dia bagi aku sebab dia beli hp baru, nokia 3320. hikhikhik…. Skali ngan nombor. Kak ani pun pakai nokia same jenis gak. Katanya, nak bg hp dia kat aku, tapi dia ckp, tunggu aku keje dulu baru dia nak bagi. Belum aku abis maktab, abg meran dah bagi. Orang bagi, aku ambik (aku ambik tu baca dengan nada crita sarjan hassan time songkok dia kena campak n nak bergaduh)

Time aku dapat hp tu, abg aku gojie, bagi rm50, dia ckp, “terpulang kat ko nak wat ape rm50 ni, nak wat blanja atau nak wat topup” huh tentu la wat topup. Tq tq. Sadisnya aku waktu tu. Tak tau mcamana nak guna hp ni. Skrg dah expert dah hehee

Sambung balik. Oleh sebab tak de line, aku hanya mampu baca sms2 je yg aku dapat sebelum masuk pulau… lambat lagi ke bleh keluar bandar? Teringat malam sbelum aku masuk pulau, aku kol mak, aku ckp, mungkin sebulan lg baru aku kuar pulau. Teringat gak kat kekasih ati aku kat pahang yang slalu lost kontek. Mak aku pesan, jangan kawin ngan orang jauh. Jauh tu, jauh sampai mane mak? Mak aku cakap, kalau ke kelantan, stakat kota bahru jerk, kalu ke pahang, stakat ke kuantan je. So, untuk ikut syarat mak aku, aku pilih orang pahang n tak sampai kuantan pun. Itu la kekasih ati yang pertama zaman muda aku. Sebenarnye banyak, tapi takleh cite kat sini, nanti pecah tembelang woooo.. nanti bini banyak marah, banyak bising….. nanti taik telinga bleh masuk dalam otak wooo bahayaa…

Tak sangka, tak sampai seminggu duk pulau, aku dah dapat keluar ke Bandar sandakan atas alasan nak settle surat2 perjawatan aku. Aku keluar sandakan naik kapal (istilah bagi bot nelayan kat sini). Aku, pok su, n topek. Kat sandakan aku menumpang rumah poksu. Time tu, rumah sewa, kerjaan yang bayar. System subsidi. Maksudnya, untuk guru semenanjung, dua orang sewa satu rumeh, pastu dating penilai dari pejabat pendidikan, dia nilai rumah tu untuk tetapkan kadar sewa. Kalau cukup lengkap perabot n ada ekon, bleh cecah rm1000 lebih sebulan, sewa tu kerajaan bayar direct masuk akaun tuan rumah.

Syaratnya lagi, untuk cikgu2 pulau, kena ada 1 orang guru yang ngajar kat Bandar, jd penama pertama, n cikgu pulau jadi penama kedua. So, poksu jd penama kedua. Ust Mail, cikgu Bandar jd penama pertma. Kami yang lain, jadi tanpa nama la. Main duduk je la. Hulur2 duit letrik air n duit dapur la. Takkan la nak menumpang dengan lupa diri.

Tapi sekarang dah mansuh system tu. Start tahun 2003, kerajaan dah perkenalkan system baru, EPW(elaun perumahan wilayah). Untuk orang macam aku, diploma, n tunggal area pulau,dapat rm730 sebulan direct msuk gaji. Tapi sebelum 2003 tu, nazaknye aku. Nak dapat epw tu, punya la susah, banyak birokrasi. Sempat jugak la aku bertekak ngan bekas GB aku, tapi aku akui, bukan salah GB aku. Panjang ceritanya. Untuk GB aku tu, thanks, anda GB yang cemerlang yang pernah aku jumpa dan bekerja. Banyak tolong n fahami aku.

Kat Bandar, sempat la aku beli dapur n tong gas. Harta pertama yang aku miliki. Teringat time GB suruh isi pengishtiharan harta, aku tanya dia, dapur n tong gas tu kena ishtihar gak ke? Sebab tu je harta yang aku ade huhuuu… xbleh, xperlu la isytihar, so, aku hanya hantar borang kosong tanpa tulis apa2 harta.

3 bulan aku tak bergaji. Dari start posting bulan 6 sampai bulan 9 baru dapat gaji. Selama tu, makan pagi aku n tengahari, aku berhutang kat kantin. Malam aku masak sendiri. Paling special yang aku dapat masak, mi kering tu, aku wat ala mi rebus. Tumis bawang merah, bawang putih, taruk air, taruk mi n telor. Hanya tu je. Paling tidak pun, aku goreng lempeng, cicah ngan sos. Tu la makan harian aku. Sebulan lebih aku makan gitu, baru la aku tau, rupanya udang murah sangat kat sini. Satu petang, sorang budak ketuk pintu rumah aku.

“Ustaz, nak beli udang?” aku kenal budak ni. Anak murid aku. “satu plastic rm2..?” hah? Aku trus capai dua plastic. Tamak punya pasal. 1 plastik tu hampir2 1kg gak. So, 2 kg la aku beli hehehe. Udang kertas. Tiga tahun lepas tu, baru aku tau, rupanya udang level ni, orang kat sini wat umpan pancing je. Sebab banyak sangat, so, di reject. Yang beso2 je dorang jual kat peraih. Reject pun reject la. Janji sedap dimakan. Mi rebus aku dah tambah bahan-bahannye. 3 tahun pastu, aku jd kaki pancing lak. Dan udang2 level ni la jd umpan aku. (dalam bahasa suluk kat pulau tu, mamingit maksudnye memancing, meninduk pulak maksudnye mamatuk umpan, heheh kalu salah, cg jimran bleh betulkan walaupun dia orang sungai, dia punya blog ade aku link kan tu, aku la tok guru pancingnye, peringatan: hanya ilmu pancing ikan dilaut yang aku turunkan, ilmu pancing ikan didarat tu dia sendiri punya hal, n dah terkahwin ngan gadis pulau tu gak, tak lama lagi jd ketua kampong la kot)

Lepas beli, baru aku sedar, rumah aku xde peti ais… warghhh… aku kat pulau laaa…. Karan pun tak menentu… lupaaa daratan dah aku ni. Yela, daratan nun jauh di sana.. 5 jam kapal belayar. Bila lagi aku bleh belayar.

Malam tu, selain aku taruk dalam mi rebus, bakinye aku rebus macam sup. Bleh la simpan 2,3 hari. Aku tambah menu baru, udang cokodok, bukan cokodok udang, sebab terlampau banyak udang dari tepungnye hikhik… nyamnyam… peringatan, makanan laut sumber utama gout di lutut anda.
Poket makin surut. Aku dah makin gabra. Bile dah keje, mane bleh dah mintak biasiswa kat adik bradik aku lg. Dulu time maktab bleh la. Time sesak, bleh mintak kat gojie, tak pun kat bangzul. Kak ani tu mmg dah bg rm50 tiap bulan. Bangmeran ade bagi rm500 time dia jual rumah. Bangngah lak dah tanggung aku dari kecik. Adik aku kecik lagi time tu, masih skolah. Aku la patutnye tanggung dia. Sebab dorang banyak tolong aku time sesak, aku tak penah lupa dorang time aku dah senang. Adik bradik la paling aku dulukan. Aku takkan buang adik bradik. Yang pertama, tentu la ibunda tercinta. Sedara mara entah ke mana. Tapi sekarang ni, aku macam dah susah balik, aku macam dah masak smula menu aku dulu2. ada yang nak tolong hulur2 ke? Kalu ade, nak bagi no akaun ni….

Gaji pertama aku akhirnye tiba. Syukur. Bayar hutang. Sempat gak berhutang ngan sekolah. Hutang kak ani (bayar ansur2). Kirim kampong, beli hp baru, beli kamera. Itula kamera pertama aku beli. Beli itu ini untuk rumah. Aku beli radio kecik, kegunaan yang paling penting radio kecik ni ialah, pasang kuat2 bila kedengaran bunyi2 pelik di malam hari hehee… penakut gak walau dah besar panjang. Kadang2 berani gak.

Beli itu ini, begitu begini, ada la sisa2 skit lagi. Masa tu baru teringat, tiket flight balik kampong ujung tahun belum beli. Masa tu belum ada airasia. Yang ada hanya MAS, mahal macam mas(emas). Berderau darah aku. Macam mana la niii….. takkan la nak tersadai kat Sandakan. Tapi, aku beruntung punya member2 baik budi. Topek, tq sebab pinjamkan aku duit wat beli tiket. Harga tiket dekat seribu lebih pegi balik, separuh duit aku, separuh aku pinjam dari topek. Hati kecik ku mula menangis.

Aku balik kampong dengan poket yang amat nipis. Tapi, seorang ibu tetap memahami keadaan anaknya. Time aku nak balik Sabah, dia tanya aku, “ade duit tak nak wat blanja?” Dengan konfidennya aku jawab, “Ada, cukup.” Time tu dalam poket ada tak smpai sratus pun. Dari kampong, jauhnye nak pi sabah, hanya duit banyak tu dalam poket. Tiba2 dia hulur rm200. duit yang aku bagi dia awal bulan ari tu. “Nah, wat blanja..” Aku terkedu. Itula kali pertama dan kali terakhir aku ambil semula duit yang aku dah bagi kat mak. Mak betul2 memahami aku yang tengah sengkek waktu tu. Aku janji,pas dari tu, sesengkek mana pun aku, aku xmau mak susah ati. Aku janji akan bagi mak senang.

Dengan gaji rm900 sebulan, setakat lepas untuk diri sendiri.buah hati dah mula mintak masuk meminang. Aku tangguhkan. Lagipun aku baru mula keje. Depan mak bapak dia, aku minta tangguh, bukan aku tak serius, tapi bagi la aku tempoh untuk aku siapkan diri. Mungkin pandangan mak bapak dia berbeza, dan mungkin itulah takdir Allah menentukan. Aku berserah je la. Ada jodoh, kawin, takde jodoh, cari yang lain. Cakap je mudah kan2? Aku tak beratkan sangat hal tu, aku janji depan dorag, tiba masanya, aku datang ngan rombongan. Aku cagarkan jodohku di Pahang, tanah kelahiran ku. Aku sandarkan harapan di tanah Sabah.

(errkkk… nanti aku sambung balik tajuk ku korbankan cintaku ni, aku mati akal kat sini. Demam aku dah seminggu lum baik lagi. Sambungan tu dalam proses dah… jangan marahhh)

Selengkapnya...

Lelaki dayus bila..........


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikkan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain , kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya .

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :


"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Selengkapnya...

Wahai isteri, kenapa begini?


Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila.

Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita.

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan di dalam rumahtangga.

Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup berbelanja beratus malah beribu ringgit ringgit semata-mata untuk mendapatkan seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, wajib dipenuhi.

Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan kesunyian dalam ruang dada si suami itu. Kalau begitu tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar, wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala kemewahan.

Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para isteri perlu menjawab soalan ini;

1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan itu?

2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?

3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila memandangnya?

4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia keletihan pulang dari kerja.

Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan kemahuan suami.

Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri sendiri “memerlukan” suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuhnya padanya. Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri.

Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimulia dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumahtangga.

Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda. Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. Adalah mustahil suami akan reka dia di “control” oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami meminta dia diarah dan diperintah oleh isteri.

Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu, memang rela menyerahkan apa saja khidmat pada suami. Tanyalah hati masing-masing adakah suka berhias untuk suami? Tentu “ya” jawabnya. Maka begitulah dalam soal yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia digunakan oleh suaminya.

Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, kecuali meletakkan dirinya sebagai “hak” suami dan rela untuk berkhidmat pada bial-bila masa. Untuk itu, mungkin berbagai-bagai pengorbanan perlu dibuat misalnya:

Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami. Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami. Membina akhlak yang mulia semoga dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari rasa marah dan tawar hati.

Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak, berilmu dan tahu cara-cara membentuk kebahagiaan sahaja yang berjaya.

Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan.

Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt. Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.

Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya. Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya.

Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah?

Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allah sudah tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahumenghapus dosa-dosa mereka.

Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka. Perceraian yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami isteri itu lagi.

Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka..
Selengkapnya...

Saturday, October 31, 2009

Salam SMS


Petikan dari radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulullah s.a.w.

Antaranya tentang bab memberi salam.

Baginda memberi salam dgn lafaz"assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"

Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.


Selengkapnya...

Cikgu jangan meradang sangat yeee....


Suatu pagi, kelas yang riuh rendah terus menyepi bila seorang guru yang garang masuk ke kelas itu untuk sesi pengajaran.

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Selengkapnya...

anda boleh taibkan komen anda di kotak komen disetiap artikel yang anda baca, jika tidak punyai profile, anda bleh gunakan anonymous di ruangan comment as... tapi jangan lupa letak nama pengenalan anda... jika punyai profile lagi baik daaa....

jika anda punyai profile, sebaiknya emel google, kat comment as... pilih google account, pastu taib komen macam biasa, time nak send, akan keluar page untuk signin google.. ikut je arahan seterusnye.. layaannn...