Followers

Thursday, September 27, 2012

Memancing bersama sesuatu (Siri 1)

Posting jauh di pedalaman, kalau tak pandai sesuaikan diri, memang boleh menempah katil di hospital bahagia. Maka belajarlah aku untuk sesuaikan diri dan penuhkan aktiviti supaya tak dicalonkan sebagai pemilik katil di hospital berkenaan..

Tahun-tahun awal, tak banyak yang menarik. Kalau hari sekolah, bangun pagi, pegi sekolah, tengahari balik, tido sampai petang. Petang pulak main bola ngan guru-guru campur budak2 asrama. Malam lak melalak kat rumah warden berkaraoke dengan lirik sendiri. Tengah malam baru balik rumah. Di rumah duk sorang2 tengah malam, macam2 la difkir. Lagi parah, setiap bunyi yang kedengaran mesti di analisa sama ada boleh mengembangkan atau mengecutkan perut (kecut perut). Langkah mudah, pakai earfon la dan tido.
Puas ngan rutin itu, aku cuba ubah baru. Main badminton. Lepas sorang demi sorang geng badminton pindah, aku mula mati akal. Bahaya. Kalau di biarkan lama, boleh mengurangkan kadar kewarasan yang makin sedikit. Entah macamana tergerak hati untuk mulakan semula hobi lama. Pancing ikan la, apa lagi. Hobi dari kecik. Habis baruh aku kerjakan dulu masa kecik2. Kali ni naik bot. sebenarnya, artikel ni aku nak crite tentang mancing. Dah berjela mukaddimah, sekarang baru nak start mukaddimah mancing pulak. Heheee….
Nak jadikan cerita (memang dah jadi pun), berkenan pulak aku nak turun memancing. Maka turun aku berlima dengan geng pancing ala kadar. Ada yang claim sebagai pemancing berkemahiran tinggi lak tu hahahaa nak tegelak je bila dengar joran pancing terjun laut…. Kalau sekali xpe. Ini berkali2… itu aku cerita lain kali..
Dalam episode awal aku turun memancing, memang lumayan gak la hasilnye. Time tu pakai koyan je, joran belum beli. Turun mancing kul 5 petang, 10 pagi esoknya baru balik. Ujung minggu la. Kalau ari skolah, balik dalam kul 3 pagi. Pastu dari jeti sorang2 jalan balik rumah.
Satu ketika, kami turun mancing lima orang termasuk botman, naik bot pancung (perahu panjang) enjin 15hp. Maka berlabuhlah kami ditepi sungai yang dipenuhi dengan semak nipah. Waktu itu telah melepasi tengah malam. Tatkala tiupan angin mula berubah arah. Kedinginan mula menusuk ke tulang. Suasana mula makin sunyi dan suram bahana  tiada langsung sentuhan ikan pada umpan. Mata mula mengantuk. lalu yang duduk di kepala perahu mula merebahkan badan mencari keselesaan untuk melayan perasaan. Aku yang duduk kedua dari kepala perahu, tidak berubah kedudukan. Tetap  tegak dan segak seperti selalu. Manakala ada tiga lagi dibelakangku yang masing2 menghadap ke depan. Secara tiba-tiba terdengar bunyi kentut yang maha jelas memecah keheningan suasana itu. Maka terbahak2lah ketawa menggempar alam. Lalu saling berbalas kentut bagi menambah rancak lagi suasana ceria itu sehingga tiada lagi angin2 diperut untuk di paksa keluar. Jika di paksa juga, maka tentulah bukan angin lagi yang keluar, kemungkinan bahan2 hadaman yang siap diproses pula yang keluar. Maka perlahan-lahan suasana mula beransur hening kembali.
Dalam desiran angin dan iringi dengan deruan ombak yang pantainya amatlah berdekatan, aku memperbetulkan gegendang telinga bagi menyaring segala bunyi alam dan satu lagi bunyi bunyi yang agak asing dari pendengaran harian. Lama aku memasang telinga bagi meneguhkan keyakinan terhadap apa yang aku dengar agar dapat aku pastikan sama ada ianya reality  atau fantasi. Ya! Benar. Memang benar apa yang aku dengar. Suara ibu yang sedang meleteri anaknya. Suara dari belukar nipah!!! Memang aku yakin, tiada sesiapa di sini kecuali kami. Kawasan sungai yang jauh dari perkampungan manusia. Leteran yang berterusan dalam bahasa yang tidak dapat difahami langsung. Suara yang gemanya seolah-olah bercakap menggunakan echo (gema karaoke tu). Aku amati suara itu, dan ianya mula senyap. Dannnn…… diiringi hilaian yang panjannnnngggg….!!!!! Hati mula goyah.. nasib la berlima. Kalau sorang dah tentu aku…… errr… terjun sungai? Lompat pergi belukar tersebut… ? sembunyi bawah bot??? ntah la. Yang nyata, aku berlima. Oleh kerana ramai, maka rasa takut itu tak mampu untuk menyelubungi hatiku. Maka kesempatan begini, aku gunakan. Bukan senang nak dapat dengar suara hilaian begini secara live. Memang suara ini mengasyikkan. Halus dan bergema.hampir sama dengan hilaian dalam cerita seram tv3 tapi ada bezanya. Inilah dikatakan suara Pontianak liar yang jauh dari penempatan manusia. Menghuni kawasan terbiar. Suara itu masih terakam dalam minda cerdas ku sampai sekarang hehehee… tengah asyik melayani kemerduan suara itu, kawan aku yang di depan tiba-tiba bingkas bangun, “Ustaz, kau dengar tak ape yang aku dengar?”  mukanya mula dikurangi darah. Pucat la maksudnye. Rupa-rupanya semua dengar. Bukan aku seorang sahaja. Maka memang benarlah yang aku dengar, bukan khayalan. Masing2 mendiamkan diri kecuali botman yang tahap keberaniannya itu melebihi tahap aku hehee,lalu “menyound” (bersuara), “Ala… ape nak takut, kita bukan kacau dia pun. Kalau dia berani, datangla…..” huh tu dia satu cabaran untuk cik Ponti. Masing2 telah digayatkan dengan cabaran tadi. Maka bersepakatlah penakut berempat supaya botman hidupkan enjin dan blah dari situ. Namun botman berkeras untuk tidak berganjak. Lalu mengugutlah pihak kami untuk mencampakkan botman ke dalam sungai andaikata tetap berkeras dengan keputusannya itu. Dengan serta mertalah botman itu menjalankan tugasnya. Hahahaa selamatlah kali ini… maka berpindah tempat memancing. Sebenarnya tidak jauh pun dari tempat tadi. Tapi sekurang2nya tiada hilaian yang mengganggu lagi.Pada hemat aku, hilaian itulah menyebabkan larinya ikan2 disitu dan akibatnya kami tak dapat ikan pada malam itu.
Itulah pengalaman pertama berdepan dengan gangguan seram ketika memancing. Pertama dan bukannya terakhir.banyak lagi pengalaman lain bertembung dengan hantu ketika memancing. Akan aku critakan pada episode seterusnya. Sekian dulu buat kali ini, semoga dibaca lagi  pada masa akan datang. Nantikan episode 2 ya…!!!


2 comments:

Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq