Followers

Saturday, May 30, 2009

Pengarah syarikat Mirza didakwa jalankan perniagaan tanpa lesen

Aku pernah dengar cerita pasal MIRZA ni tahun lepas. Bukan main berkobarnya satu kawan aku ajak join skim ni... Siap beli kereta baru... Dan aku penah kata, cuba tengok dalam masa stahun lagi, kalau syarikat ni boleh kekal, maka kuatlah syarikat ni, klu tak, gigit jari la semua...



Cuba fikir, mana ada kerja yang kita boleh beri kita untung begitu lumayan tanpa buat apa2. Dari skim pak man telo, skim2 macam ni terus bercambah tanpa henti. Hanya tukar nama. Masih jugak orang kita tak nak faham2....

Beri modal, lepas tu, tunggu keuntungan tiap bulan.. Kat mana duit kita tu di laburkan? Halal ke haram? Lu pikir la sendiri......


28th May, 2009

KOTA KINABALU: Dua pengarah sebuah syarikat perniagaan jualan langsung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kelmarin terhadap pertuduhan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Dua pengarah Syarikat Gemilang Mirza Sdn Bhd itu, Ag Ajis Pg Mat Salleh, 30, dan Ag Binting Pg Mat Salleh @ Pg Jual, 46, yang diwakili peguam Ram Singh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat itu didakwa menerima deposit daripada orang awam antara 15 April tahun lepas dan 13 Jan tahun ini di Lot 14, Blok C, Papar Century Plaza, Papar, kira-kira 50km dari sini, tanpa lesen yang sah.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menetapkan 19 hingga 21 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hazri Haris berkata pihak pendakwaan akan memanggil 25 saksi dalam kes itu.

Sementara itu, dua pengarah syarikat itu turut dihadapkan ke satu lagi Mahkamah Sesyen di sini bagi pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di tempat dan pada masa yang sama.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Ismail Brahim membenarkan kedua-dua kes itu dibicarakan bersama.

Beliau juga membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM100, 000 dengan dua penjamin dan mengarahkan pasport antarabangsa masing-masing diserahkan kepada mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq