Followers

Wednesday, May 6, 2009

Antara mimpi dan mati


2 minggu lepas, nak kata demam, x macam demam. Tapi, gigi aku betul2 sakit. Kalau yang belubang tu, x heran la aku. Memang patut la sakit ke, bengkak ke... Tapi, yang aku pelik, gigi yang x blubang pun sakit gak. Sengal, ngilu, atas bawah, kiri kanan.... X tau la nak cakap macamana seksanya tanggung derita sakit gigi ni.... Kawan aku cakap, sakit gigi ni adalah antara 3 jenis sakit yang paling sakit. Pertama, sakitnya ketika roh nak kuar dari jasad (mati la tu), kedua, sakitnya bersalin dan yang ketiga, sakit gigi.


Pertama kali la bagi aku, sakit gigi kiri kanan atas bawah sampai seminggu. Nak jadi cerita, dalam aku sakit tu, ade satu malam, aku mimpi, gigi aku yang buruk ni kena cabut. Guna playar lak tu, kiranya, cabut cara kasar la. Pas kena cabut, patutnye hepy la sebab dah x sakit, yang peliknye, aku rasa sedih yang teramat sangat lak. pelik kan???


Perkaitan.........

Satu masa dulu, aku penah mimpi gigi tercabut, dah 2 kali, dan memang betul2 terjadi. Kata orang tua2, mimpi ni ada petandanya, iaitu ada sedara kita yang terdekat nak meninggal. Masa aku kat pulau, aku penah mimpi geraham atas aku tercabut, x lama pastu, dapat berita, pak sedara aku meninggal. Tahun lepas pun gitu gak, mimpi gigi tercabut, pun pak sedara aku meninggal gak(pokteh..alfatihah).


Tapi kali ni (2 minggu lepas), pun mimpi gak, tapi kali ni bukan tercabut, tapi kena cabut... aku cuba x pecaya, anggap mimpi tu sebab terbawa2 dengan keadaan aku sakit gigi. Dan jugak, kat belakang aku, area bahu, daging kat belakang ni bergetar2. Kata orang, ada sedara terdekat nak'pergi'. Aku kuatkan ati, buat2 x percaya hal ni.

Selasa, 28hb april, ternyata, abang iparku menyahut panggilan ilahi. Bila dah jadi macam ni, aku mula la kaitkan ngan mimpi2 tu. Betul atau tidak? Tapi, mimpi adalah salah satu ilham dari Allah untuk sesiapa yang dikehendaki. alfatihah... wallahualam

No comments:

Post a Comment

Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq