Followers
Tuesday, May 19, 2009
Bagaimana mahu menasihati anak, isteri atau suami agar tidak degil
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind(minda sedar)
2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jarianda ke ubun ubun orang yang ingin anda nasihati.
3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah keatas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda
5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah dizaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man),seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah."Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah"Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.
Bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri. Sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Bacakan kisah para rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya.
Wallahua'lam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment