Followers

Friday, March 26, 2010

Kekurangan Pasangan kita...


Beberapa bulan selepas pernikahan atas dasar cinta sama cinta, siisteri berkata kepada suaminya, "Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dlm majalah tentang bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita" katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia....."

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untuk kebaikkan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat
untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-
masing.

Besok pagi ketika sarapan, mereka sedia membicangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai dari isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir.....

"Maafkan abang, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan..." jawab isterinya. Lalu si suami terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia "Sekarang giliran sayang
membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan siisterinya berkata "Saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Saya berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah diri abang sendiri. Abang adalah yang terbaik bagiku. Tidak satupun dari peribadi abang yang kurang pada saya.... "

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya. Bahawa isterinya menerimanya sekadar adanya... Lalau sisuami tunduk dan menangis.....

Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, depressi, dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal- hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kesukacitaan dan pengharapan.

Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk,mengecewakan dan menyakitkan jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah yang baik dan yang boleh kita terima di sekeliling kita ?

Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan mencuba melupakan yang buruk.


Segelas air dan bebanan kita


Seorang Pensyarah Sedang Memberi Kuliah Tentang Stress Management, Dia mengangkat segelas Air dan bertanya kepada Mahasiswanya "Berapa beratkah Segelas Air ini pada fikiran anda Semua"??

Mahasiswa mengatakan beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram.

"Ini bukanlah masalah berat secara total,tetapi tergantung kepada berapa lama anda memegangnya. Jika saya pegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya pegangnya selama 1 Jam,lengan kanan saya akan terasa sakit. Dan jika saya pegangnya selama 1 hari penuh, mungkinanda harus memanggil Ambulans untuk saya, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan menjadi semakin berat". Jika kita membawa beban kita terus menerus,lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya".

"Apa yang harus kitalakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum menganggkatnya lagi ". Kita harus meninggalkan beban kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi.

Jadi sebelum pulang kerumah, dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban perkerjaan. Jangan membawanya pulang !!! beban itu dapat diambil lagi besok. Apapun beban yang ada di minda anda hari ini, cuba tinggalkan sejenak jika boleh....!!! Setelah berehat ambilnya kembali

Hidup ini Singkat, Jadi Cubalah Menikmatinya!!!!

ps: Hal terindah dan terbaik didunia ini tak dapat dilihat atau disentuh, Tetapi hanya dapat dirasakan jauh di relung hati anda....(fikir2kan lah )"

Moga anda suami seperti ini....

Artikel ni aku petik dari emel....

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawaisteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadukepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.

Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logic akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya


Saturday, March 20, 2010

Cikgu Aman dalam kenangan

artikel dari kak Ani

Kata dia "tak tahu pulak abang saya mengajar di sekolah ni”
Aku terpinga-pinga memandang wajah dia dengan perasaan kosong. Dia tersengih dan tersenyum panjang.

Aku mengerut dahi.Masih tidak faham. Dia mengarahkan telunjuknya ke papan kenyataan. Di situ baru sahaja aku manampal senarai nama kehadiran guru ke mesyuarat untuk dibetulkan jika ada sebarang pembetulan.


Aku masih tidak faham dan semakin bingung, sedangkan tawanya mula kedengaran.
“Ini nama abang saya bukan nama saya” ketawanya terus meletus tanpa dapat ditahan lagi.
Aku turut mengetawakan diri sendiri.Hanya kerana tersalah taip namanya sudah bertukar menjadi individu lain.Dan individu tersebut adalah abangnya sendiri yang mengajar di sekolah berdekatan Namanya Aman bin Abas, tetapi tertaip Amin bin Abas.

Itulah cikgu Aman yang sentiasa periang dan suka bergurau. Senyum dan tawanya masih melekat di mataku. Sentiasa bersedia menolong dan tidak pernah mengecewakan apabila kita membawa harapan padanya.

Malah sewaktu kematian arwah suamiku dia antara sahabat yang paling banyak menolong. Ke hulu hilir dengan segala urusan seakan kami saudara terdekat. Dia banyak menenangkan aku, banyak meringankan beban aku.

Namun , minggu lepas aku menerima sms yang amat memeranjatkan. Berita yang menggoncang perasaan ku sehingga aku tidak mampu melelapkan mata sebaik menerima sms tersebut. Betapa berat aku menerima perkabaran tersebut sehingga air mata tertumpah tanpa disedari.
Kenangan di SMK Gadong mula berputar di kotak ingatanku.Teringat pada Kak Mar serta dua orang cahaya mata mereka. Ingin aku di sisi Kak Mar memeluk dan menenangkan dia. Hanya orang yang pernah mengalami kehilangan insan tersayang akan memahami detik memilukan sebegitu. Tiada kata kata yang mampu memulihkan perasaannya hanya doa dan sokongan dari rakan serta saudara yang dapat menguatkan semangatnya.

Kak Mar,
Tabahkan hati.Kerinduan akan menjadi racun jika kita tidak mampu menanganinya tetapi kerinduan akan jadi penawar yang mengindahkan hari hari kita. Perkahwinan adalah pertemuan sementara yang akan menjanjikan perpisahan , kematian akan menemukan kita lagi Insya Allah, abadi di akhirat kelak.

Bersyukurlah kita menjadi isteri yang dicintai sehingga akhir hayatnya.Yang tidak pernah menduakan kita, apatah menyakitkan hati dengan kehadiran orang ketiga.
Memang benar perpisahan itu sangat perit kerana suami adalah peneman serta orang yang mengenali kita melebihi ibu bapa kita sendiri.Sedewasa begini , ibu bapa tidak akan memandikan kita jika sakit terlantar di katil, tetapi suami tanpa kita rasa segan akan memapah dan memandikan serta memakaikan baju untuk isterinya .
Sedewasa begini, ibu bapa tidak akan mengurut belakang jika terasa penat dan lelah.
Sedewasa begini ibu dan bapa tidak lagi memujuk jika muka masam mencuka atau bersedih hiba.

Dan sedewasa begini, tidak lagi kita sanggup membebankan ibu bapa mendengar keluh kesah dan rawan hiba hati kita.

Kerana itu semua ,hanya suami yang akan melakukan untuk kita, isterinya. Namun itu semua tiada lagi. Kita seakan kehilangan sebahagian dari diri kita.Dan dunia seakan membiarkan kita seorang diri, terumbang ambing dan menangis tanpa henti.

Kak Mar,
Kuatkanlah semangat, tabahkanlah hati.Hari hari yang bakal dilalui akan terasa sangat panjang dan melelahkan.Pandanglah dua cahaya mata yang ditinggalkan, kerana di situ ada dia yang akan memandang kita melalui mata anak anaknya, yang akan sentiasa menyayangi kita sebagaimana anak anak menyayangi kita.Laluilah hidup ini dengan senyuman kerana dia sentiasa bersama kita sepanjang masa. Tetap hidup di hati kita selama lamanya.

AL –FATIHAH UNTUK ARWAH CIKGU AMAN.SAHABAT YANG SANGAT DISENANGI.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang dikasihiNYA.

Monday, March 8, 2010

Ustaz Cepat Kaya

Aku rasa dah dekat 5 bulan aku tak wat artikel. Fuh… masa yang begitu mencemburui aku. Start ngan problem internet time ujung bulan 10 tahun lepas, pastu internet tu stop sebab pakai akaun member, member serumah dah pindah, potong je la akaun tu. Bulan 12 dah cuti, bz manjang, x sempat nak jengok computer pun. Ujung bulan 1 baru aku daftar akaun sendiri, raya cina baru la dapat beronline… huhu sadisnyee…

Yang masalahnyer… bila dah berinternet, aku terberkenalan lak ngan facebook… duk ngadap benda alah tu je la. Bukan duk chatting ke hape, juz main game haaahaa… siang malam ngadap game tu.. Fishisle, fishville ngan Farmville… Tu la takdak idea nak berblog tu.. ade lagi ke pengikut blog ni? Moga setia bersama aku…
Merujuk tajuk di atas hehee.. tajuk ni dah lama bersarang dalam kepala otak aku, juz blum dapat hidayah nak menulis, mungkin agak sinis gak la terutama kalu korang yang baca ni bertitle ustaz. Kenapa ngan tajuk cepat kaya? Sebenarnye focus aku, kat ustaz2 yang duk sibuk siang malam kejar duit, kejar bisnes sana sini. Memang la tak salah, kalu boleh, aku pun nak kaya. Cuma ada sikit yang tak kena dan tak manis.

Satu pengalaman aku yang buat tercetusnya artikel ni, tak silap aku, 3 tahun lepas, time swisscash tengah top, time tu bulan posa la…. Tengah syok aku jelajah bazaar ramadhan nak cari kuih bukak posa, erm… aku story skit hal bulan posa kat Sandakan sabah ni. Sepanjang aku posa kat Sandakan ni, bulan posa betul2 la bulan yang boleh berjimat cermat, x macam kat semenanjung. Kenapa? Sebab…. Tiap kali aku p bazaar ramadhan sini, pusing2 cari kuih, gerenti yang hanya aku selera nak beli, air tebu, takpun air nyor je la. Xde yang best pun, mee goreng itam sbb banyak kicap, murtabak lak, inti kobis n telor, kuih lain2 tu biasa sgt, kalupun ada ayam pusing, yang tukang jualnye budak lelaki bersubang, bseluar pendek lak, iras2 apek…. Kadang2 ada gak kuih yang naikkan selera aku, baru je nak beli, tengok tukang jual, terasa lak mual tekak aku, ape taknye, xde rupa islamik langsung, sekurang2nye walau selekeh, pakai la tudung, bukan nak kutuk, ramai yang pakai tudung n cantik. Yang paling aku sakit ati, ada la mamat tu sorang, umur mungkin masih belasan, duk pelawa beli air tebu, pastu, dia sendiri yang duk teguk air tebu tu, padahal jam baru kul 3 petang huh….

Aku sambung lak pasal tajuk asal cita ni, jauh dah tersasar…. Time kat bazaar, aku jumpe la member lama, ustaz jugak laa… dia ni memang jenis ceria sokmo n bising ramah mesra laa… jumpe je, tanye kabar skit2, terus pelawa aku masuk skim swisscash tu… sunggoh2 ajak aku melabur, rugi kalau tak masuk, tersangat2 la rugi, katanya laa…. Dia ni memang kaki bisnes, sebelum ni pun memang dah aktif ngan MLM (jualan langsung laa tp ntah ape produk dia), mungkin sebab tu la dapat pakai keta besar.. aku Cuma dengar je la ceramah kebaikan swisscash tu, pastu aku teringat, aku penah tgk tv, ntah mufti mana ntah, aku tak ingat, tapi mufti tu kata, swisscash ni haram. So, aku cakap ler kat ustaz ni pasal kata2 mufti tu, kebetulan ada dua tiga orang lagi member2 lain yang join kami, mungkin sebab ade member2 lain ni, demi nak pertahankan swisscash dia, dengan nada meninggi, dia cakap, “mane ada haram!!!! Mufti mane cakap macam tu??? Bagitau aku…!!!” fuh berapi dia marah, aku senyap je, aku cakap, aku x ingat, tapi aku macam pernah dengar la….

Aku sebenarnye dah tau hokum swisscash ni haram. Tapi tak la sampai tahap aku nak bagi dalil n cramah kat ustaz ni, sebabnye, dia ni blaja teramat la jauh lebih tinggi dari aku. Sebenarnye mudah je nak faham, jauhi yang ragu2 kerana ia lebih mendekati haram. Swisscash, ape dia punya pelaburan? Gerenti ada campur aduk antara yang halal dan haram. Bukan setakat bisnes babi je haram, banyak benda yang bleh membawak ke haram, so, jauhi je la.
Yang paling aku kesal, bukan masalah nak melabur ke, nak bisnes ke, nak kaya ke…. Tapi yang aku kesalkan, kenapa kerana duit ni, kita bersungguh2 benar ajak orang ke arah tu material sampai sanggup perjudikan halal haram. Kenapa tak gunakan kemahiran komunikasi dan daya mempengaruhi orang lain ini untuk digunakan ajak orang masuk islam? Kat Sabah ni, masih ramai yang belum kenal Islam, xyah fikir jauh2 la, sekurang2nya, dalam satu sekolah, pasti ade guru bukan Islam. Apa peranan anda sebagai ustaz? Kalu anda bukan ustaz, ape peranan anda sebagai seorang muslim? Ingat!!! Tugas ni bukan hanya pada ustaz, sahabat2 nabi yang kembangkan Islam, bukanlah dari kalangan ustaz2, tapi diorang dari kalangan peniaga, buruh n macam2 lagi. Apa alasan anda yang anda bukan ustaz? Anda tetap seorang muslim yang wajib tau tentang agama sendiri. Apatah lagi anda seorang ustaz, mungkin dah ramai downline anda yang masuk MLM bawah anda… tapi dah berapa ramai downline anda yang nak menuju ke syurga?

Cikgu2 yang bukan muslim di sekolah anda, yang hari2 bergaul dengan anda, adakah pernah anda ajak mereka peluk Islam? Atau pernah tak kenalkan dorang dengan Islam, atau fahamkan dorang tentang Islam? Dorang tak berminat dengan Islam walau dorang tau pasal Islam, tapi oleh sebab takde orang yang kenalkan Islam dengan lebih detail, dorang tetap gunakan produk (agama) lain sepanjang hidup dorang. Macamana anda kenalkan produk anda dan tarik jadi ahli MLM anda, apa salahnye anda praktikkan juga begitu untuk orang berminat dengan produk islam. kalu anda dah ada 20 downline MLM, ape salahnye anda miliki seorang downline untuk akhirat anda.. MAJIKAN akhirat lebih hebat redeemnya…..
Rakan2 kerja satu ofis, berapa orang yang anda kenalkan pada Islam? Hebatnye MLM Syurga ni, walaupun orang yang kita ajak ni tak mau jd downline kita(peluk Islam), tapi kita tetap dapat ganjaran, bonus… lagi hebatkan?

Ok… kalupun kita tak punya kenalan non muslim ni, rakan2 kita yang muslim, pernah kita ajak dia amal Islam yang betul? Macamana solat 5 waktu? Penuh ke tak? Yang perempuan pulak, pernah kita tegur supaya bertudung? Atau ajak dia menutup aurat? X berani kan? Sebab nanti orang cakap menyibuk atau jaga tepi kain… dalam islam, jga tepi kain yang tak di bolehkan juz menyibuk tentang hal dalam rumah tangga orang je… yang lain, bleh kita ambik tau… sebab kalu kita tak ambik tau, kita akan disoal lak kat padang mahsyar nanti… masya Allah…. Dah macam cramah dah… tapi ini la yang duk terbuku dalam ati aku selama ni.. tq sebab baca sampai abis… bleh bagi komen la kat artikel ni… tq….

Sunday, March 7, 2010

Jika isteri kita sakit


Di satu petang, kita balik dari pejabat dengan hati yang penuh harapan, harapan disambut oleh isteri dan anak-anak di depan pintu. Pintu diketuk dan salam diberi. Apabila pintu dibuka, hanya anak sahaja yang menjawab salam.


Bagi anak perempuan kita cium pipinya dan anak lelaki pula kita usap kepalanya. Kebiasaannya, emak mereka juga akan menyambut dengan tersenyum simpul. Tetapi tiada pada petang ini. Kita pun terus ke bilik study untuk meletakkan brief case kita. Kita ke bilik tidur dan dapati isteri kita terbaring berselimut atau yang serupa dengan itu.

Kita pun bertanya, "Sakit ke?"... Isteri kita diam aje dengan wajah yang menggambarkan dia memang sakit. Kita pun terus ke dapur bancuh minuman sendiri dan dan minum depan TV. Lima minit kemudian isteri kita turun dan terus ke dapur menyediakan makanan untuk malam. Disebabkan kita nampak dia boleh ke dapur dan sediakan makanan maka kita pun terus ke bilik study sambung kerja pejabat atau keluar rumah untuk bermain badminton atau cuci kereta. Dalam hati kita berkata,'isteri tu taklah teruk sangat sakitnya, sebab nampak dia boleh berjalan ke dapur'.

Cuba kita selami, apa pula hati isteri kita berkata.

"Alhamdulillah, Abang dah balik, nanti nak ajak abang ke klinik jumpa doktor dan ambil ubat. Badan ni tak larat nak bangun. nanti dia naik ke bilik baru nak bersiap tukar pakaian ke klinik."

Abang pun tanya, "Sakit ke?" Dalam hatinya," Hai takkan tak nampak orang tengah sakit ni, tanya pulak. Tengok tu, dia buat tak peduli aje.. tengok TV pulak... sepatutnya ajaklah ke klinik......" Sambil turun ke dapur hatinya berkata, "Orang sakit, dia bukan peduli, tapi kalau dia yang sakit, macam-macamlah dia suruh kita buat untuk dia. Menyampah.. nanti kita dah tak bangun sangat, baru terhegeh-hegeh nak tolong usung ke klinik." Maka diusahakan juga ke dapur walaupun dirinya sakit, untuk berbakti pada anak-anaknya.

Suami-suami yang dimuliakan, isteri kita mempunyai jiwa 'anak kecil' apabila dia terkena demam, sakit kepala dan sebagainya dan lebih-lebih lagi "pening-pening-morning sickness".

Walaupun sakitnya itu tidak seberapa pada pandangan kita, tetapi sangat besar ertinya di sisi mereka. Mereka memerlukan kita membelai mereka sebagaimana doktor membelai pesakitnya yang datang mengadu sakit minta diubati. Mereka tidak minta di belai berjam-jam. Kalau lebihpun, hanya lebih sikit daripada doktor aje.

TAK SAMPAI LIMA MINIT PUN.

Kita kena jadi doktor yang pertama dulu. Bila nampak dia terbaring atau duduk yang menggambarkan dia sedang sakit. Maka, hendaklah terus mengadapnya sebaik saja kita masuk ke rumah. . Bila tanya pada anak, "Emak mana?" Anak jawab, "Dalam bilik ". Maka kita hendaklah terus ke bilik dengan beg brief case sekali. Dan belailah bagaimana doktor membelai pesakitnya. Dapatkan suhu badannya walaupun dia tak demam - letaklah tangan di dahinya atau tengkoknya.

Peganglah lengannya untuk mengira denyutan jantungnya walaupun kita tak tahu kadar yang menunjukkan dia tu memang sakit. Dengarlah bunyi paru-parunya bila dia bernafas dengan meletakkan tapak tangan kita di belakangnya dan urut sedikit walaupun kita tidak menggunakan alat yang doktor guna itu.

Sentuhan-sentuhan begini sudah cukup untuk menyembuh psikologinya. Tanyalah dia bila dia kena demam... dsb supaya dia luahkan penyakit psikologinya dulu dengan menceritakan puncanya dan offer cepat-cepat nak bawa ke klinik agar dia boleh berfikir dan menilai tahap sakitnya sama ada berbalui untuk di bawa ke klinik. Sebab kekuatan psikologinya telah diperolehinya dari "doktor yang disayangi" ini. Tidak perlu lagi dari doktor perubatan yang lain.

Biasanya dia akan kata, "Tak apalah bang, demam ni sikit aje, ...." Jika ini jawapannya, maka Alhamdulillah, ini bermakna hati dan jiwanya telah puas dan kuat dengan belaian kita dan dia REDHA akan demamnya itu. Begitu juga kepada si isteri jika suami anda sakit.





Gagal jadi surirumah?


Agak pelik dan hairan jika sekali-sekala kita mengunjungi rumah seseorang yang si isterinya tidak bekerja tetapi keadaan rumahnya tidak terurus. Persoalannya, apakah yang dibuat oleh si isteri ini sepanjang hari sehingga rumah tidak sempat hendak dikemaskan. Namun, itulah realitinya. Terdapat banyak faktor mengapa suri rumah gagal mengurus rumah dengan sempurna dan kemas. Antara sebabnya termasuk:

1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh. Mungkin kerana mereka sepanjang hari berada di rumah dan tidak perlu buat kerja dengan segera. Sepatutnya suri rumah sepenuh masa dapat mengurus rumah dengan lebih baik dan kemas. Tidak melakukan kerja secara tergesa-gesa hanya apabila ada orang nak datang.

2. Tidak menjadikan kerja mengemas rumah sebagai satu budaya hidup. Sesungguhnya apabila mengemas menjadi budaya harian, mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk mengemas rumah.

3. Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas. Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi dididik agar menghargai kebersihan. Jika sejak kecil sentiasa hidup dalam suasana bersih, sudah tentu ia akan menjadi budaya anak-anak kita pula.

4. Tidak berminat mengemas rumah. Hal ini berkemungkinan kerana mereka sudah biasa hidup dalam suasana yang tidak kemas dan tak terurus. Akibatnya bila sudah berkahwin, budaya itu turut terbawa-bawa.

5. Merasakan bahawa mengemas rumah bukan perkara penting malah merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.

6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa mengira waktu sehingga tidak sempat hendak mengemas rumah. Malah ada yang berpendapat 'tak apa tak kemas rumah asalkan ada makanan sudah cukup'. Seolah-olah telah hilang nilai kemanusiaan. Manusia yang sempurna tentu inginkan suasana yang kemas, bukan sekadar dapat makan. Kalau berfikiran begitu, maka samalah taraf manusia dengan haiwan.

7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan peribadi sebenar seseorang wanita. Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan kebersihan dan kekemasan rumahtangga, sedangkan Islam amat menyuruh umatnya sentiasa bersih.

Faktor-faktor di atas telah dikenal pasti sebagai punca kegagalan mereka menguruskan rumah dengan sempurna. Tetapi mengapa hal ini terjadi? Di sini, para suami perlu meluangkan sedikit masa dengan membawa keluar anak dan isteri bersiar-siar atau berehat untuk menghilangkan kebosanannya. Di kesempatan itu, didiklah mereka akan budaya dan disiplin yang baik itu.

Sebenarnya, sebahagian suri rumah yang bermasalah ini tidak tahu hala tuju hidupnya. Kerana itu, para suri rumah perlu dibiar bergerak aktif untuk melihat keadaan sekeliling. Mungkin di sana mereka boleh belajar untuk mengurus masa dan mengemas rumah.

Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq