Followers

Friday, July 31, 2009

Perempuan-perempuan yang diseksa

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan
1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya
3) tangannya dikeluarkan daripada punggung
4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang
(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Wallahualam

4 comments:

  1. Assalamu'alaikum... Alhamdulillah, usaha saudara dalam menyampaikan ilmu Allah sedemikian ini adalah sebahagian daripada berjihad di jalan Allah... Kalau saudara tidak keberatan, sangat bersyukurnya saya pada Allah kerana memilih saudara untuk menyampaikan sebarang maklumat berkaitan tentang 'keistimewaan Ibu Tunggal di sisi Allah' sebagai motivasi untuk saya menggagahi diri saya sebagai seorang Ibu Tunggal kepada 4 orang anak saya...Wasalam...

    ReplyDelete
  2. w'salam. trima kasih krn sudi jadikan blog ini sbg wadah ilmu agama. Untuk artikel ibu tunggal tu, akan sy usahakan. Sbg motivasi bg "ibu tunggal', teruslah tabahkan hati, sy pun dibesarkan oleh ibu tunggal. Ingatlah kisah Siti Hajar, ditinggalkan di tgh2 padang pasir brsama anak kecilnya Ismail, lalu anak itu menjadi insan yang agung, di angkat martabat. Ibu tunggal, tetaplah dia bertitle kan 'ibu', dan kedudukan seorang ibu amat besar di sisi Allah. Didiklah anak2 dengan mengenal agama, yang paling penting, menghayati agama sepanjang hidup seharian, insya Allah, Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar.

    ReplyDelete
  3. salam...saya amat bersyukur kerana adanya blog nie dapat menambahkan ilmu dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  4. alhmdulillah... sama2 kita berkongsi ilmu...

    ReplyDelete

Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq