Betul la kata orang, kalau kita punyai seribu kawan, jarang kita dapat temui mereka, jika kita punyai seorang musuh, kita akan temuinya di mana2. Tapi aku bukan la nak bermusuh. Dalam kita menjalani harian kita, tak lepas dari karenah manusia. Ada yang benci, ade jugak yang sayang. Ade yang peduli ade yang menyampah.
Diam tak diam, dah masuk 10 tahun aku bergelumang dalam bidang pendidikan. Title seorang "ustaz" tetap berat untuk dipikul. Title itu bukan hanya di dalam kelas atau di sekolah, tapi ia akan di bawa ke mana-mana. Dan title itu jugak, bukanlah dianugerahkan kepada semua orang. Yang peliknya, ade orang yang mengiktirafkan dirinya sendiri sebagai ustaz, dan cuba untuk menyampaikan agama Allah dengan fahaman yang salah. Bahaya tu, tapi atas sebab keegoaan diri, dia berasa dirinya betul, maka rosaklah pemikiran dan akidah anak didiknya.
Selama bergelar guru yang bertitlekan ustaz, memang tak lari dari berdepan dengan karenah murid dan jugak ibubapanya. Sebenarnya, karenah ibubapalah yang sukar untuk kita berdepan. Tak dinafikan ramai yang baik dan masih hormat pada guru, tpi segelintirnya memandang guru sebelah mata. Mencari salah guru-guru. Sentiasa memenangkan anaknya. Anaknya baik. Anaknya jujur. Anaknya itu anaknya ini.
Satu cerita yang nak aku kongsikan, sebenarnya lebih pada luahan. Dalam mengajar pendidikan Islam sekolah rendah ni, aku lebih titik beratkan soal adab dan sahsiah murid. Cukup aku tekankan ialah tentang aurat dan perangai. Mengajar murid tahap 1 ni (tahun 1,2 dan 3) ni memang banyak jugak dugaan. budak lelaki lain masalahnya budak perempuan lain pulak problemnya.
Budak lelaki biasanya bermasalah dari segi perangai, bergaduh dah jadi perkara biasa. Biasala budak2. Budak perempuan pulak bermasalah dalam aurat. Walau belum wajib menutup aurat, tapi ianya perlu dibiasakan.
Biasanya, tahun 1 aku akan galakkan diorang bertudung. Walau ramai yang dah bertudung, itu bagus. Time gini, ibubapa yang tak biasakan anaknya bertudung, akan bermasalah la skit. Tapi yang peliknya, ade anak yang bertudung, tapi ibunya tak bertudung. Itu satu kehairanan. Kalau anak tak bertudung, ibu bertudung, itu hal biasa.
Untuk tahun dua, aku akan lebih beratkan supaya bertudung. Dan bila dah tahun 3, aku akan tanya, kenapa tak mau bertudung, apa masalahnya. Biasanya, dah tahun 3 semua dah bertudung.
Satu budak, dari tahun 1, selalu berpakaian yang stail skirt tu. Muslim. Bila di tanya kenapa tak pakai baju kurung, jawabnya, pakaian sekolah ni sekolah yang bagi. Aku terduduk. Kerajaan bekalkan bantuan pakaian sekolah untuk pelajar muslimah berbentuk skirt. Tak apalah. Aku kesian. Mak bapaknya orang susah barangkali. (Mungkin tu bekalan terakhir oleh kerajaan, dan selepas itu telah ditukar kepada baju kurung).
Pakai skirt macamana aku nak suruh dia pakai tudung? Akhirnya aku pesan, nanti ujung tahun, minta mak belikan baju stail baju kurung macam kawan2 lain ye.... Alhamdulillah, tahun berikutnya sudah berbaju kurung dan bertudung.
Itu cerita tudung. Dan semua kat atas tadi tu cuma mukaddimah. Baru nak masuk cerita sebenar.
Ramadhan baru ni, seperti biasa, jugak guru2 lain, biasanya akan bersoal jawab dengan murid2 tentang puasa. Siapa puasa siapa tidak. Jika guru2 biasa pun bersoal jawab begitu, apatah lagi ustaz dan ustazahnya. Budak2 aku pun sama. Biasanya memang ramai yang tak puasa, maklumla budak2. Aku sebenarnya tak kisah dan tak meradang pun. Sedangkan budak2 umur 40 tahun pun susah nak puasa, gastrik la, sakit la itu la, inikan lagi budak2 umur 10 tahun.
Kebanyakkan alasan bila ditanya kenapa tak puasa, jawapannya, haus, lapar, tak tahan, tak bangun sahur, mak tak benarkan... macam2 la...
Seperti biasa, sebelum masuk tajuk pelajaran, aku cerita la skit hal2 puasa. Dan aku ingatkan kepada semua murid, dan semua kelas yang aku ajar, agar cuba la berpuasa setakat mampu. Dan juka rasa tak boleh puasa, aku PESAN.... "Kalau kamu rasa tak mampu atau tak larat puasa, sebelum datang sekolah, makan kenyang2.. dan bila kat sekolah, jangan makan depan kawan2 kamu yang berpuasa..." (Aku sekolah sesi petang...)
Dan aku tak sangka, dalam aku duk pesan budak2 supaya belajar puasa, ia jadi satu kes besar. Seorang bapa tak puas hati dengan kaedah aku. Dan kerana kes ini lah, aku nampak jelas siapa boleh dipercayai dan siapa yang cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan kita dan cuba menjadi hero.
Ceritanya, satu hari masa datang sekolah tengahari macam biasa, sorang bapa datang menerpa dan memanggil aku keluar bilik guru, ada hal mau cakap dengan ustaz....
Antara ayat2 yang aku ingat sampai sekarang...
"Kenapa ustaz pandai2 paksa anak saya puasa!!!???"
"Anak saya sampai sakit separuh mati paksa diri untuk puasa, sebab takutkan ustaz...!!!"
"Kami ni balik jalan kaki, tak larat nak puasa, kalau jadi apa2 pada anak saya, ustaz nak tanggung???"
"Ustaz tak payah pandai2 nak ajar anak saya puasa, kami ibubapanya tau la ajar anak kami...!!!"
"Anak saya jujur, dia takut kalau ustaz tanya kenapa dia tak puasa, itu la dia puasa jugak sampai setengah mati, anak saya ni sakit!!!!"
Dan aku tanya..
"Ada anak abang bagitau yang saya suruh makan dulu sebelum datang sekolah kalau tak sanggup puasa? Dan jangan makan depan kawan2 yang puasa...?"
Jawabnya, "Ya, ada..."
Dan kemudian dia tetap dengan nada suara tinggi memarahi dan jengkel dengan perbuatan aku menyuruh anaknya puasa...
Dan aku katakan.." Baiklah, kalau begitu, saya minta maaf, dan saya takkan ajar anak abang jika itu dah permintaan. Sampai sini je, harap lepas ni tak ditimbulkan lagi..."
Dia hulurkan tangan dan aku sambut. Kebetulan waktu perselisihan tu ada 2 orang penolong kanan yang berada bersama. Mereka jugak cuba jernihkan keadaan.
Hari tu aku masuk kelas seperti biasa. Aku tetap teruskan juga rutin untuk tanya murid2 tentang puasa, dan apa2 soalan mereka tentang puasa aku akan cuba jawab. Dan sememangnya dalam kelas tu, ada 2 murid lelaki yang memang mengaku tak pernah puasa. Tiap kali disoal siapa yang tak puasa, merekalah orang yang sama angkat tangan setiap hari. Dah puasa kau pesan supaya cuba puasa. Dan setakat tu juga yang mampu aku ingatkan. Yang peliknya, kenapa bapa tadi tegaskan bahawa hanya anaknya seorang sahaja yang berani mengaku tak puasa? Dan dia tegaskan bahawa anaknya tu jujur?
Aku teruskan soal jawab puasa. Kali ini aku bawakan cerita Perang Badar untuk motivasi kekuatan puasa. Seramai 313 orang tentera Islam menentang 1000 orang tentera kafir. Peperangan yang berlaku di dalam bulan puasa. Aku tegaskan di situ, orang2 Islam, bila berpuasa mereka jadi lebih kuat. Tentera Islam yang berpuasa, menentang tentera kafir yang tidak berpuasa. Dan kemenangannya berpihak kepada tentera Islam. Walaupun mereka berpuasa tapi mereka kuat. Tentera kafir tidak puasa, tapi mereka kalah....
Apa jadi? Keesokkannya aku dipanggil mengadap Guru Besar dibiliknya. Ada seorang bapa yang tidak puas hati dengan kenyataan aku di kelas. Katanya, tak puas hati, patutkah seorang bapa yang memarahi ustaz yang tak bersetuju anaknya dilarang puasa, ustaz menuduh bapa itu tentera kafir? Pernyataan tidak puas hati itu di utarakan didalam chatbox web sekolah pulak.
Guru besar minta aku jelaskan apa yang berlaku. Kebetulan pula bersama aku ada sorang penolong kanan yang ada bersama time peristiwa sebelumnya. Aku ceritakan apa yang dah jadi. Dan GB minta aku untuk tidak menjawab dalam chatbox tadi. Ambil langkah diamkan diri. Moga ia habis begitu saja. Aku akur.
Sangkanya, ia berlalu begitu saja. rupanya berlarutan sampai sekarang. Ada jugak yang mempertahankan dan cuba menjelaskan keadaan yang sebenar. Walau aku tak tahu siapa, tapi terima kasih. Tapi bapa itu tetap tak boleh terima dan tetap menyalahkan aku. Dan aku hanya ada pilihan untuk diam tidak mempertahankan diri walau tuduhan demi tuduhan. (Kalau nak tahu, boleh rujuk web sekolah... dan aku ada buat copy semua statement di chatbox tersebut, kalau mau baca versi word yang di copy paste, bleh inbox kat facebook hehee, itu tanda sikap ambil berat dan ingin tahu).
Aku cuba fikir, apa sebab jadi begitu. Fikir punya fikir. Apa yang membuatkan dia terlalu marah. Yang aku ingat, setiap kali rehat, dia pasti aku nampak dia meyuapkan anaknya makan. Dan aku tak pernah kacau dan larang. Padahal itu di bulan puasa. Dan bukan dia sorang. Ada jugak ibu2 lain yang berbuat hal yang sama. Dan mereka ini aku tak pernah larang. Hanya biarkan. Sememangnya waktu rehat aku sebagai guru disiplin petang akan round dan pastikan semua murid Islam berada di astaka untuk program menghidupkan ramadhan. Yang makan aku biarkan, yang tak berbuat apa2, atau main, aku akan kerahkan ke astaka. Itu salah?
Aku akui, dia seorang bapa yang amat penyayang. Setiap hari akan menemani dan tunggu anaknya di dalam kawasan sekolah dari waktu datang sampai waktu pulang. Setiap hari termasuk jumaat. Walau peraturan sekolah tidak benarkan berada di dalam kawasan sekolah tanpa urusan. Dan itu juga aku tak pernah ganggu. Tak pernah mengusir keluar apatah lagi menghalau. Walau hati tak bersetuju tapi itu bukan bidang kuasa aku. Hanya melihat dan membiarkan mereka berkumpul bergelak tawa. 1 bapa di kelilingi golongan ibu yang menunggu anak2 mereka. Sungguh besar kasih sayang mereka pada anak2. Biarlah, mereka punyai aturan sendiri dalam mendidik anak2 mereka.
Dalam situasi begini, Allah memperlihatkan aku siapa kawan dan siapa yang patut aku berjaga-jaga. Ada yang menunggu untuk melihat aku jatuh tersungkur. Dan ada yang cuba menghulurkan kaki agar cepat saat tersungkurnya aku. Dan ada juga yang menunjukkan arah kaki2 yang cuba menyekat laluan agar tak tersandung. Ada pula yang tersenyum, ada yang marah geram.. Macam2 ada.... Kenal dan aku semakin kenal... Setiap dugaan tentu ada hikmahnya...
Sabtu ni, ada mesyuarat PIBG. Mungkin bapa itu akan kemukakan rasa tidak puas hati itu di sana. Bagai menghadapi mahkamah dunia, walau tak bersalah, tapi mahkamah dunia tidak seadil mahkamah Allah. Dan tidak ada undang2 yang mempertahankan guru. Apakah hak2 guru jika diserang dan di beri amaran oleh bapa murid sedangkan dia tidak berbuat seperti yang dituduh keatasnya? Tak ada, kan?? Aku akan tunggu sabtu ini, apakah aku akan berdiri seorang atau ada yang akan berdiri bersama2 mempertahankan... Cukuplah Allah bagiku untukku serahkan urusanku..
Tentulah dalam keadaan begini, hati tak tenteram. Amat perlukan sokongan moral, dan dalam keadaan serba tidak tenteram, aku teringat pesan Rasulullah, Jangan sedih, sesungguhnya Allah bersama kita.... Aku berdoa agar kata2 itu untukku dan menyebelahiku....
No comments:
Post a Comment