Followers

Thursday, October 4, 2012

Hilang di waktu maghrib

Petang tu aku teramat-amat mengantuk. Orang tua pesan, jangan tido lepas asar. Tapi mata dah ngantuk sangat2. Syoki pun aku tengok mata dah terkulat2 menahan ngantuk. Tapi sebab keinginan untuk bermain tu tinggi, dia tetap lawan rasa ngantuknya. Aku tengok jam kat dinding, dah kul 5.30 petang. Kat sandakan time ni dalam 6.15 dah masuk maghrib.
Akhirnya aku rebahkan badan di katil bilik tidur. Terasa kenikmatan seluruh anggota setelah meluruskan urat-urat badan. Lega. Aku biarkan syoki dan adiknya bermain di tingkat bawah bersama uminya. Dan akhirnya lena menghanyutkan akal ke alam yang penuh rahsia yang sukar untuk di terokai oleh manusia secara ilmiah.
Tidurku tersentak oleh suara cemas umi. “Mana syoki???” “Tak jumpa cari syoki. Kat bawah tak ada, atas pun tak ada.” Aku terpinga-pinga. Terasa seolah-olah akal belum selaras dengan sedar. Memang bahana tidur petang. Aku tengok jam, dah kul 6.25 petang. Maghrib dah menggelapkan alam. Aku cuba mewaraskan fikiran. Dah la sedar dalam terperanjat, khabar berita pula mencemaskan.

“Tadi syoki cakap dia turun nak tengok TV, tapi, tv terpasang, dia tak ada.” Sambung ummi. Agak2 kesedaran mula mewaraskan akal, aku mula bangun dan mencari kepastian. Aku jenguk ke bilik kerja aku, tiada. Di bilik jahit umi pun tiada.
Aku turun ke tingkat bawah, tv masih terpasang. Tapi langsung tiada kelibat syoki. Puas aku terjerit-jerit panggil nama syoki. Tiada jawapan. Hati mula membayangkan yang tidak enak. Maghrib begini, selalu kedengaran budak hilang. Aku lihat pintu semua berkunci. Itu sudah petanda baik. Bermakna, masih di dalam rumah. Kalau dia keluar, tentu panjang cerita ni. Aku cuba ingat2 wajah syoki, ya!!! Dia mengantuk. “Ummi, cuba cari kat celah mana2, mungkin dia tertidur.” Aku terus cari di bawah meja makan, tiada bawah tangga, tiada, celah dapur pun tiada. Mula terasa hiba.aku buka pintu dapur , walau tak mungkin di luar, tapi aku cuba juga. Segenap ceruk aku intai tetap tiada....  hari makin gelap, terdengar pula lolongan anjing di hujung taman perumahan. Ah!!! Ini tak ada kaitan dengan cerita seram. Nasib la aku tak suka tengok cerita seram kat tv3. Jangan2..... ah tak mungkin....
Sayup-sayup terdengar suara ummi terpekik dari tingkat atas “Abiiii....!!!! dah jumpa dah!!!!” aku meluru naik. “Mna syoki???”

“Tuuuuuu!!!!”
Sambil tangan ummi menunjuk ke arah bawah meja bilik kerja aku... Laaa.... tido atas mesin urut badan, bawah meja lak tu... huh tamat kisah panik... darah pun mengalir seperti biasa... 




2 comments:

Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq