Followers

Showing posts with label aku menulis. Show all posts
Showing posts with label aku menulis. Show all posts

Thursday, October 4, 2012

Hilang di waktu maghrib

Petang tu aku teramat-amat mengantuk. Orang tua pesan, jangan tido lepas asar. Tapi mata dah ngantuk sangat2. Syoki pun aku tengok mata dah terkulat2 menahan ngantuk. Tapi sebab keinginan untuk bermain tu tinggi, dia tetap lawan rasa ngantuknya. Aku tengok jam kat dinding, dah kul 5.30 petang. Kat sandakan time ni dalam 6.15 dah masuk maghrib.
Akhirnya aku rebahkan badan di katil bilik tidur. Terasa kenikmatan seluruh anggota setelah meluruskan urat-urat badan. Lega. Aku biarkan syoki dan adiknya bermain di tingkat bawah bersama uminya. Dan akhirnya lena menghanyutkan akal ke alam yang penuh rahsia yang sukar untuk di terokai oleh manusia secara ilmiah.
Tidurku tersentak oleh suara cemas umi. “Mana syoki???” “Tak jumpa cari syoki. Kat bawah tak ada, atas pun tak ada.” Aku terpinga-pinga. Terasa seolah-olah akal belum selaras dengan sedar. Memang bahana tidur petang. Aku tengok jam, dah kul 6.25 petang. Maghrib dah menggelapkan alam. Aku cuba mewaraskan fikiran. Dah la sedar dalam terperanjat, khabar berita pula mencemaskan.

Friday, September 23, 2011

Kita baik orang dengki, kita jahat orang benci....

Betul la kata orang, kalau kita punyai seribu kawan, jarang kita dapat temui mereka, jika kita punyai seorang musuh, kita akan temuinya di mana2. Tapi aku bukan la nak bermusuh. Dalam kita menjalani harian kita, tak lepas dari karenah manusia. Ada yang benci, ade jugak yang sayang. Ade yang peduli ade yang menyampah.


Sunday, July 18, 2010

Suntikan semangat untuk terus mencuba...

Selalu kita takut nak cuba sesuatu. kita fikir, boleh ke kita buat, boleh berjaya ke? Kalau nak berbisnes, selalu kita fikir, ade ke orang nak beli? laku ke nanti? nak jual kat sape? kekadang orang2 sekeliling kita la yang menjatuhkan semangat kita. So, kita akur dengan karenah mereka? Kalau aku ikut dan di layan kata2 dorang, dah lame aku tersungkur dan tak bangun2 lagi dah.

Kadang2 aku hampir putus asa gak.dah minat aku nak bukak bisnes. Namun sampai sekarang blum lagi aku jumpe yang sesuai. Tapi aku terus cuba n cuba. Sentiasa ada suara2 sumbang yang memperlekehkan kita, tapi, cuba dan terus mencuba. Bagi sesapa yang rasa macam apa aku rasa, mari la kita pakat2 baca kisah2 tokoh2 yg dah berjaya, semuanya brmula dari gagal dan diperlekehkan sebelum jadi diri mereka yang sekarang :
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandunsan idea.

-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.

Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.

Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita dek kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita”

Monday, March 8, 2010

Ustaz Cepat Kaya

Aku rasa dah dekat 5 bulan aku tak wat artikel. Fuh… masa yang begitu mencemburui aku. Start ngan problem internet time ujung bulan 10 tahun lepas, pastu internet tu stop sebab pakai akaun member, member serumah dah pindah, potong je la akaun tu. Bulan 12 dah cuti, bz manjang, x sempat nak jengok computer pun. Ujung bulan 1 baru aku daftar akaun sendiri, raya cina baru la dapat beronline… huhu sadisnyee…

Yang masalahnyer… bila dah berinternet, aku terberkenalan lak ngan facebook… duk ngadap benda alah tu je la. Bukan duk chatting ke hape, juz main game haaahaa… siang malam ngadap game tu.. Fishisle, fishville ngan Farmville… Tu la takdak idea nak berblog tu.. ade lagi ke pengikut blog ni? Moga setia bersama aku…
Merujuk tajuk di atas hehee.. tajuk ni dah lama bersarang dalam kepala otak aku, juz blum dapat hidayah nak menulis, mungkin agak sinis gak la terutama kalu korang yang baca ni bertitle ustaz. Kenapa ngan tajuk cepat kaya? Sebenarnye focus aku, kat ustaz2 yang duk sibuk siang malam kejar duit, kejar bisnes sana sini. Memang la tak salah, kalu boleh, aku pun nak kaya. Cuma ada sikit yang tak kena dan tak manis.

Satu pengalaman aku yang buat tercetusnya artikel ni, tak silap aku, 3 tahun lepas, time swisscash tengah top, time tu bulan posa la…. Tengah syok aku jelajah bazaar ramadhan nak cari kuih bukak posa, erm… aku story skit hal bulan posa kat Sandakan sabah ni. Sepanjang aku posa kat Sandakan ni, bulan posa betul2 la bulan yang boleh berjimat cermat, x macam kat semenanjung. Kenapa? Sebab…. Tiap kali aku p bazaar ramadhan sini, pusing2 cari kuih, gerenti yang hanya aku selera nak beli, air tebu, takpun air nyor je la. Xde yang best pun, mee goreng itam sbb banyak kicap, murtabak lak, inti kobis n telor, kuih lain2 tu biasa sgt, kalupun ada ayam pusing, yang tukang jualnye budak lelaki bersubang, bseluar pendek lak, iras2 apek…. Kadang2 ada gak kuih yang naikkan selera aku, baru je nak beli, tengok tukang jual, terasa lak mual tekak aku, ape taknye, xde rupa islamik langsung, sekurang2nye walau selekeh, pakai la tudung, bukan nak kutuk, ramai yang pakai tudung n cantik. Yang paling aku sakit ati, ada la mamat tu sorang, umur mungkin masih belasan, duk pelawa beli air tebu, pastu, dia sendiri yang duk teguk air tebu tu, padahal jam baru kul 3 petang huh….

Aku sambung lak pasal tajuk asal cita ni, jauh dah tersasar…. Time kat bazaar, aku jumpe la member lama, ustaz jugak laa… dia ni memang jenis ceria sokmo n bising ramah mesra laa… jumpe je, tanye kabar skit2, terus pelawa aku masuk skim swisscash tu… sunggoh2 ajak aku melabur, rugi kalau tak masuk, tersangat2 la rugi, katanya laa…. Dia ni memang kaki bisnes, sebelum ni pun memang dah aktif ngan MLM (jualan langsung laa tp ntah ape produk dia), mungkin sebab tu la dapat pakai keta besar.. aku Cuma dengar je la ceramah kebaikan swisscash tu, pastu aku teringat, aku penah tgk tv, ntah mufti mana ntah, aku tak ingat, tapi mufti tu kata, swisscash ni haram. So, aku cakap ler kat ustaz ni pasal kata2 mufti tu, kebetulan ada dua tiga orang lagi member2 lain yang join kami, mungkin sebab ade member2 lain ni, demi nak pertahankan swisscash dia, dengan nada meninggi, dia cakap, “mane ada haram!!!! Mufti mane cakap macam tu??? Bagitau aku…!!!” fuh berapi dia marah, aku senyap je, aku cakap, aku x ingat, tapi aku macam pernah dengar la….

Aku sebenarnye dah tau hokum swisscash ni haram. Tapi tak la sampai tahap aku nak bagi dalil n cramah kat ustaz ni, sebabnye, dia ni blaja teramat la jauh lebih tinggi dari aku. Sebenarnye mudah je nak faham, jauhi yang ragu2 kerana ia lebih mendekati haram. Swisscash, ape dia punya pelaburan? Gerenti ada campur aduk antara yang halal dan haram. Bukan setakat bisnes babi je haram, banyak benda yang bleh membawak ke haram, so, jauhi je la.
Yang paling aku kesal, bukan masalah nak melabur ke, nak bisnes ke, nak kaya ke…. Tapi yang aku kesalkan, kenapa kerana duit ni, kita bersungguh2 benar ajak orang ke arah tu material sampai sanggup perjudikan halal haram. Kenapa tak gunakan kemahiran komunikasi dan daya mempengaruhi orang lain ini untuk digunakan ajak orang masuk islam? Kat Sabah ni, masih ramai yang belum kenal Islam, xyah fikir jauh2 la, sekurang2nya, dalam satu sekolah, pasti ade guru bukan Islam. Apa peranan anda sebagai ustaz? Kalu anda bukan ustaz, ape peranan anda sebagai seorang muslim? Ingat!!! Tugas ni bukan hanya pada ustaz, sahabat2 nabi yang kembangkan Islam, bukanlah dari kalangan ustaz2, tapi diorang dari kalangan peniaga, buruh n macam2 lagi. Apa alasan anda yang anda bukan ustaz? Anda tetap seorang muslim yang wajib tau tentang agama sendiri. Apatah lagi anda seorang ustaz, mungkin dah ramai downline anda yang masuk MLM bawah anda… tapi dah berapa ramai downline anda yang nak menuju ke syurga?

Cikgu2 yang bukan muslim di sekolah anda, yang hari2 bergaul dengan anda, adakah pernah anda ajak mereka peluk Islam? Atau pernah tak kenalkan dorang dengan Islam, atau fahamkan dorang tentang Islam? Dorang tak berminat dengan Islam walau dorang tau pasal Islam, tapi oleh sebab takde orang yang kenalkan Islam dengan lebih detail, dorang tetap gunakan produk (agama) lain sepanjang hidup dorang. Macamana anda kenalkan produk anda dan tarik jadi ahli MLM anda, apa salahnye anda praktikkan juga begitu untuk orang berminat dengan produk islam. kalu anda dah ada 20 downline MLM, ape salahnye anda miliki seorang downline untuk akhirat anda.. MAJIKAN akhirat lebih hebat redeemnya…..
Rakan2 kerja satu ofis, berapa orang yang anda kenalkan pada Islam? Hebatnye MLM Syurga ni, walaupun orang yang kita ajak ni tak mau jd downline kita(peluk Islam), tapi kita tetap dapat ganjaran, bonus… lagi hebatkan?

Ok… kalupun kita tak punya kenalan non muslim ni, rakan2 kita yang muslim, pernah kita ajak dia amal Islam yang betul? Macamana solat 5 waktu? Penuh ke tak? Yang perempuan pulak, pernah kita tegur supaya bertudung? Atau ajak dia menutup aurat? X berani kan? Sebab nanti orang cakap menyibuk atau jaga tepi kain… dalam islam, jga tepi kain yang tak di bolehkan juz menyibuk tentang hal dalam rumah tangga orang je… yang lain, bleh kita ambik tau… sebab kalu kita tak ambik tau, kita akan disoal lak kat padang mahsyar nanti… masya Allah…. Dah macam cramah dah… tapi ini la yang duk terbuku dalam ati aku selama ni.. tq sebab baca sampai abis… bleh bagi komen la kat artikel ni… tq….

Thursday, August 20, 2009

Aku tertinggal jumaat


Masa sekolah dulu, aku tak berapa kisah sangat hal agama. Walau aku memang sekolah arab, tapi, tak berapa meresap kat jiwa. Dari aku form 1 sampai form 3, aku tak berapa ingat apa hal aku buat. Tapi time form 4, baru aku kenal dunia. Mata baru celik. Time tu, masa banyak aku habiskan untuk membaca. Nak kata ulat buku, tak gak. Balik sekolah, mesti pegi library awam, dekat je ngan sekolah. Aku guna 2 kad library yang aku punya, 2 kad lagi kakak aku punya, so 4 buah buku la sekali pinjam.

Selalunya, aku pinjam 1 buku psikologi, 1 buku agama, biasanya karangan imam al-ghazali, pastu 1 buku hal2 ghaib, macam alam malaikat, jin syaitan tu la tapi dari sudut agama Islam la, satu lagi aku pinjam buku novel. Tu la yang selalu aku pinjam. Dalam masa 2 minggu, aku habiskan baca buku2 tu.

Oleh sebab selalu baca buku agama, so, sekurang2nya bertambah gak ilmu. Tak la bergantung sepenuhnya kat sukatan agama sekolah. Mulai dari tu, aku mula la lekat sembahyang skit. Tu pun kadang2 fail jugak la. Banyaknye dosa aku. Tapi, mula time tu gak, aku dah tak tinggal jumaat. Kalu sebelumnya, 2 kali p jumaat 1 kali tido hehee..

Mula form 4 lagi aku dah tak tinggal jumaat, macamana hal pun, aku tetap p jumaat, kecuali ujan lebat. Maklum la time tu, aku p mana2 je naik basikal. Kalu nak bawak motor tu, kena berangan je la. Mana aku ada duit nak beli motor walau teringin giler. Apa2 hal pun, naik basikal bleh menyihatkan badan.

Penah gak on the way p masjid, ujan turun selebat2nya. Apalagi, kuyup la aku, singgah kat pondok wakaf tepi jalan. Walau masjid dah tak jauh, tapi, takkan la basah kuyup gini nak naik masjid. Iktikaf kat pondok la sampai orang balik jumaat hehee...

Macamana la nak ada motor, aku kat kampung, duk ngan mak n adik pompuan aku je. Abang2 aku memang la ada motor kreta, tapi dorang tak duk kampung, tunggu dorang balik, bleh la numpang naik kreta. Siannya aku dulu2.

Penah time cuti maktab dulu, geng2 maktab yang satu negeri ni, datang la jalan2 p rumah, time malam. Kebetulan malam tu, aku kuar p ronda sorang2 naik basikal kesayangan aku tu la. Layan jiwa kat jeti marang... tu la hobi aku dari sekolah menengah. Duk sorang2 layan blues. Dorang datang rumah aku time tu ngan moto masing2 la. Dorang tanya la adik aku yang aku p mana, adik aku cakap, aku kuar ntah p mana. Dorang tanya pulak yang aku kuar pakai helmet ke tak, dalam kepala dorang, aku kuar naik moto la. Jangkanya, kalu pakai helmet, aku p jauh la, kalu tak pakai, p dekat2 je n tak lama la aku balik. Adik aku jawab, tak pakai. Kebetulan lak aku sampai umah ngan basikal aku... apa lagi, bergegar la dorang gelakkan aku sebab pakai basikal. Berabis dorang ketawa. Patut la tak pakai helmet, naik basikal bla...bla...bla..... letih aku dengar. Perghhh... macam hina je idup tak de motor. Ala... dorang pakai motor pun duit mak bapak dorang, bukan duit sendiri pun.

Tapi aku pakai basikal, bukan duit aku gak. Bangngoh aku yang belikan. Sampai sekarang basikal tu aku simpan tapi tergantung je la bawah rumah. Sayang nak jual. Banyak kenangan aku ngan basikal tu. Jatuh bangun aku ngan basikal tu. P library, p skolah, sume naik basikal tu.
Crita aku kuar naik basikal tu, tak abis gelak kat depan rumah aku je, dorang jaja lak crita tu sampai maktab. Aku wat donno je la. Dah memang tu je harta aku time tu. Tebalkan muka, keringkan hati....

Zaman2 maktab aku, tak banyak yang menarik sangat. First datang maktab, bangngoh aku yang antar. Masa dapat tau masuk maktab batu pahat, aku berangkat la ke KL dulu. Singgah rumah abang2 aku. Masa dapat tau dapat kat Johor, aku tanya mak aku, macamana? Bleh ke aku p Johor? Mak aku izinkan walau berat ati. Yelah, dah takde orang kat umah. Tinggal mak aku ngan adik pompuan aku je. Aku pun berat ati gak nak tinggalkan kampung. Tapi apa bleh buat. Tu je harapan masa depan aku. Adik beradik lain sume duk luar, tak duk kampung.

Maka berangkat la aku tinggalkan kampung. Naik bas malam kat bandar ganu nak p KL, aku terpaksa kuar dari kampung selewat2nya pas asar, kalu tak, dah takde transpot nak p stesen bas kkat bandar. Takde orang nak antar. Nak tunggu jadual bas kul 9 atau 10 malam, merayap la dulu kat bandar.

Kat KL, bangngoh yang uruskan dokumen aku. Belikan baju kemeja n slack. Kasut aku beli dari duit aku kumpul time keje 3 bulan pas spm. Bleh la wat beli barang2 skit. Time tu zaman gawat, tahun 98. Sume oang susah. Aku pilih maktab sebab dapat elaun. Kalu masuk U, banyak gak blanja sementara dapat PTPTN , so, jalan selamat, ambik maktab la. Minat aku sebenarnya nak masuk politeknik, bahagian kemahiran. Tapi sebab tawaran maktab yang dapat dulu, masuk maktab la. 3 bulan pas masuk maktab, baru la dapat tawaran politeknik kuantan, jurusan sains komputer, terpaksa aku tolak sebab dah sign aggrement ngan maktab.

Sehari sebelum daftar maktab, bangngoh bawak aku p N.Sembilan dulu, landing kat rumah mentua dia kat Rembau. Teringat aku cerita Aku Budak Minang tu. Minat giler crita tu walau aku bukan budak minang, tapi aku budak marang, dekat2 la tu bunyinye. Bermalam kat rembau, esoknya pagi, bertolak ke batu pahat. Sepanjang jalan, banyak la dengar nasihat dari bangngoh. Yang aku tak bleh lupa pasal bangngoh sampai bila2, time dia datang ambik aku kat Pengkalan Berangan masa aku kecik dulu... jadi orang buangan aku sekejab. Mangsa keadaan je aku ni. Tapi tak bleh la aku story detail kat sini sebab tu hal private. Tiap kali ingat hal tu, bleh nangis woooo..... memang aku tak bleh lupa hal tu selagi aku hidup.

Pas daftar maktab, p asrama. Bangngah bawak aku p cari bilik. Bila dah jumpe n kemas2 semua, sebelum start sesi orentasi, b.ngah nak balik, time tu la dia cakap, b.ngah dah tak bleh datang dah lain kali. Ni la first n last datang tgk aku kat sini. Macam nak meletup je jantung aku dengar kata2 tu. Aku tau, nak datang sini bukan dekat, banyak blanjanya. Tu la last dia tanggung aku dari aku kecik. Aku paham keadaan dia. Zaman gawat, kerja pun tak menentu. Aku takkan lupa jasa dia tu.

3 tahun duk maktab, tanpa ada sorang sedara pun jengok aku kat sini. Berbanding budak2 IPT sekarang, mak bapak dorang sekeluarga datang hantar n ambik dorang. Bertuah betul. Banding ngan aku, p stesen bas pun kena pikul beg sendiri.

Kat maktab, dengan tak di sangkanya, aku di title kan dengan ustaz. Tak di sangka2. Walau major math, tapi tetap di ustaz kan jugak. Tapi ok la jugak, dengan title tu, terjaga gak perangai aku. Tak la jadi dajal sangat. Walau banyak benda jahat yang terlintas, tapi tak sanggup nak buat.

Zaman maktab, (sambung bab jumaat), walau ngantuk macamana pun, aku tak tinggal jumaat. Ntah la, memang rasa tak kena kalu nak tinggal. Sampai la satu hari, mamang dah takdir Allah, aku tertidur. Bukan saje2 nak tido. Mulanya, lepas balik dari kuliah maktab tu, lupa dah semester brapa, tapi ari jumaat la, siap2 la nak p jumaat. Masjid dekat je ngan hostel. Dah siap pakai baju melayu semua dah, aku duk la atas katil sambil tunggu roommate aku siap2, hajatnye p turun same2 la. Memang biasanya gitu. Ntah la ari tu, sambil duduk2, tak sedar dahh.... tertidoooo..... sedar2, pintu bilik kena ketuk... time sedar, mamai la, tak ingat apa, terus bukak pintu, perghhh... berderau darah aku... warden, ustaz (pensyarah), n Hal ehwal pelajar(HEM) datang ambush orang ponteng. Kena pekik la suruh keluar. Aku tengok, ada beberapa orang gak la yang kantoi termasuk aku. Fuh malu giler. Ustaz aku dah start membebel. Option agama pun ponteng jumaat. Demi Allah, aku tak terniat langsung. Tu la first aku terlepas jumaat kat maktab. Terus je aku terima hukuman Allah. Malu tak terkira. Dalam kelam kabut duk kumpul orang ponteng, datang HEM tu, kami panggil dia Pak Akob, orang yang garang giler. Dia datang rapat ngan aku, dengan suara perlahan, dia tanye aku,‘apsal ponteng?‘ aku jawab, “saya tertido, tak berniat pun nak ponteng‘. Dengan perlahan dia cakap, ‘ok, ko masuk bilik n kunci“ dengan kata lain, dia selamatkan aku dari kena tangkap la waktu tu. Dengan tu gak, aku tak la masuk senarai blacklist disiplin maktab. Malu wooo... senyap2 aku masuk bilik. Dia cakap gak yang dia tau mana orang yang sengaja n tak sengaja ponteng, lagipun, aku tak pernah buat hal. So, selamat la aku sekejab. Ustaz aku time tu jeling je tengok aku di selamatkan. Hehee nasib... yang lain kena ambik nama sume....

Bila aku tanya roommate aku kenapa tak kejutkan aku, dia cakap, dia dah kejutkan, bila dia tengok aku sedar, pastu landing balik, dia terus kuar n kunci pintu. Masya allah, aku tak sedar langsung.

Kes tu tak abis kat situ. Minggu depannye, aku dipanggil sorang ustaz(pensyarah) lain, bukan ustaz yang ikut serbuan tu. Ustaz ni jenis garang gak la. Cakap pun pedas semacam je. Nak senang faham, aku singkat je nama dorang, yang ikut serbuan tu Ustaz K, yang panggil aku ngadap untuk brainwash lak ustaz Y. Kalau geng maktab baca ni, dorang tau la kot. Aku kena panggil ngadap ustaz Y ni ngan member aku sorang lagi yang kantoi gak. Tak yang sebut nama la. Kang dendam ngan aku lak. Masuk bilik dia, berapi kena sembur sebab malukan jabatan agama. Title ustaz tapi ponteng jumaat. Berdesing telinga. Ape bleh buat, dah salah aku. Dalam duk bising tu, ntah macamana, aku terjawab gak, kan ke sunnah tido sebelum jumaat? Tau apa jawapan ustaz tu? Kepala bapak kau sunnah, sunnah tido ni time kul 11 tengahari bukan time dah nak solat jumaat... perghhh berapi lagi... berasap je dalam ati... terpikir gak aku, macam ni sumpah seranah dari sorang ustaz untuk didik orang.... dengan jahilnya time tu, baru aku tau yang sunat tido ni jam 11 rupanya. Aku dapat ilmu ni melalui sumpah senarah n makian yang yang berjela. Maha Suci Allah, dalam setiap keadaan, kita dapat kutip ilmu. Aku kena study agama lebih mendalam lagi. Pas tu aku cakap lagi, saya memang tak sengaja, n tertido, sedangkan nabi cakap, Allah tak jatuhkan hukum atas orang yang tertidur, lupa n kena paksa, so, saya masuk kategori tertido, bukan sengaja... makin la dia mengamuk... jalan senangnya, diam je laaa... aku mula dendam ngan ustaz tu. Abis je sesi amukan dia tu, aku kuar, kebetulan bertembuang ngan Pak Akob, dia tanya gak aku, apasal ada kat bilik pensyarah, aku story la yang aku kena brainwash. Aku tanya gak, nama aku kena blascklist ke? Dia cakap, jangan risau, dia tak masukkan aku dalam blacklist dia, tapi kawan aku kena la. Aku selamat. Dalam ahati, selamat kat dunia la, kat akhirat, kena balas gak, moga2 Allah ampunkan, Dia Maha Mengetahui al sebenar.

Member2 1 kelas mula la bawak crita hal aku kantoi... kena jaja gak la... aku senyap je.. tak mampu nak defense dah.. aku harap abis situ. Rupanya tak. Ada lagi balasan dunia yang perlu aku tanggung.

Satu malam, warden buat perhimpunan mengejut kat hostel lelaki la. Sume lelaki. Aku mulanya tak tau gak apa agendanya. Dah kumpul semua dua blok hostel lelaki dalam bilik meeting, warden tu mula bagi taklimat, hingga la part ponteng jumaat minggu lepas, berderau darah aku. Kena lagi. Dia cakap, siapa yang kena tangkap jumaat lepas tak p solat jumaat, sila berdiri. Maka berdiri la dekat 10 orang gak tak silap aku. Perlahan2 aku berdiri. Masa tu aku dah tak peduli siap yang sama2 kantoi. Mungkin macam ni la di mahsyar nanti, kita dah tak peduli n tak sempat nak fikir hal orang lain dah, yang kita fikir, dosa2 kita depan mahkamah Allah. Dengan longlai dan malu, aku gagahkan untuk berdiri, ya Allah, betapa malunya aku. Warden tu sound, hah, ustaz pun tak pegi jumaat. Waktu tu, itu lah malu yang paling besar yang aku rasa. Tak ada yang lebih memalukan. Aku terfikir, ini baru perhimpunan 2 blok hostel, kat dunia je, macamana la malu nanti kat akhirat dengan dosa2 yang dah aku buat. Ini baru 1 dosa. Maha Suci Allah, Dia telah aibkan aku untuk aku rasa macamana aibnya nanti kat akhirat, supaya aku berfikir.

Malam tu, diri aku penuh dengan keaiban. Tak tahu mana nak letak muka. Cukup perit. Cukup hina dan dihina. Aku benar2 mohon ampun pada Allah. Biarlah aib di mata manusia, jangan aib di mata Allah. Aku mula mengira2, itu baru 1 solat yang aku tinggalkan, macamana dengan solat2 yang dulu2 pernah aku tinggalkan? Macamana nanti aku nak berdiri di tengah2 lautan manusia? Ada wajah kah nanti untuk aku hadapkan pada Zat yang Maha Agung? Dalam diam, airmata aku mula mengalir. Air mata bukan tanda kelemahan lelaki. Tapi ianya kurniaan Allah untuk meredakan sebak di dada... aku biarkan air mata itu mengalir, moga dapat membasuh dosa2 ku pada-Nya. Moga air mata ini menjadi pendinding dari bahang neraka. Moga air mata ini termasuk dalam semangkuk air yang rasulullah gunakan untuk memadam api yang tak terpadam kecuali dari air mata hamba2 yang menangis kerana takutkan azab Allah..... aminn...

Monday, July 13, 2009

Sejarah aku belajar komputer...


Salam....Lama betul tak menulis. Terasa dah tak reti nak menulis. Tetiba lak malam ni dapat idea, memang dah lama nak tulis tapi tak tahu macamana nak tulis. Kali ni hal orang2 yang takut dan gayat bila sebut IT terutama hal komputer la. Ramai yang angkat tangan tanda mengaku kalah sebelum mencuba...

Dari pengalaman aku sendiri la, hahaa aku ada sejarah tersendiri dalam belaja bab komputer ni. Dari zaman sekolah lagi, aku memang jahil komputer. Aku masih ingat time aku p rumah abang2 aku kat KL kalu time cuti sekolah, ade la komputer kat rumah diorang. Masa tu, abang aku tu ajar aku main game ape ntah tajuknye, tapi games jerung makan ikan la gitu. Tu zaman 90an la. Abang aku yang tukang on/off.. Nak main kena bagitau abg aku dulu, dia bukakkan, time main, juz guna arrow atas, bawah, kiri,kanan n button 'ENTER'. Tu pun tergagap-gagap hehee.. Bila dah boring main, aku panggil abg aku, dia yang off kan hahaa... Susah tul komputer... Time tu aku blum teruja lagi ngan komputer ni.

Time kat skolah menengah, (time skolah rendah tak penah tau pun pebende tu komputer, macam teksi tu kot hehee), eksyen betul budak2 kelab komputer... Terasa gak nak join, tapi tak dapat. Aku kena masuk kelab ape ntah. Tapi time form 4, aku join kelab usahawan muda, jadi leader lak tu.... hahaha rupanya time tu ada peminat hahaa... nasib ko leerr lambat declare (pada yang berkenaan laa...)..

Time form 5, aku lupa untuk apa ntah, tapi dia nak transkrip tryer SPM dalam cetakan komputer... perghh pening aku pikir cari jalan nak wat. Last2 mintak tolong kawan aku budak kelab komputer... Aku ikut la dia masuk bilik komputer... wah... gayatnyer aku tengok komputer yang bersusun atas meja... Kawan aku pesan, jangan sentuh ape2, takut nanti rosak... Aku tengok je kawan aku taib transkrip aku kat komputer, dengan penuh takjub, ari tu la aku kenal yang orang panggil 'printer' hahaa rasa nak nangis je kenangkan kejahilan aku sendiri... dengan penuh bangga, takjub, tahyul dan takbur, aku pegang kertas yang di print komputer tu, punya la bangga sebab nama aku di print guna komputer depan aku sendiri... Aku la berdendam ngan komputer....

Tahun 1998, dengan result SPM pangkat 1, agreget17 kot, lupe dah, aku masuk Maktab Perguruan BAtu Pahat, Johor. Masa daftar diri hari pertama, orang kaunter tu tanye aku, kenapa tak masuk 'U'? Sayang result niii... Aku jawab jawab dalam ati je... Masuk maktab dapat elaun, bleh survive sendiri. Masuk U, banyak kena bayar, PTPTN memang la ada tapi cekik darah, jenuh nak bayar nanti, tu pun kalu dapat keje, so, masuk maktab la walau waktu tu orang pandang sinis kalu sebut masuk maktab berbanding masuk U.. Tapi sekarang dah berduyun2 nak masuk maktab, kadang2 tak layak jadi cikgu pun nak jadi cikgu gak... tu cerita lain, lain kali la aku bebelkan hal masuk maktab, cerita aku kali ni, aku blaja komputer....

Bila dah blaja maktab, assigment tentula nak dalam print komputer, atau bertaib.... fuh.. jenuh.. Tak macam bebudak sekarang, laptop sorang satu. Aku? Nak beli mesin taib pun tak mampu.... Berebut la aku ngan budak2 lain wat assigment kat LAB maktab. Komputer kat LAB tu sume pakai format DOS, ala yang masuk2 disket tu, apebende ntah... Lintang pukang la aku jadinye... Last, ambil jalan mudah, wat baik ngan budak pompuan, pastu mintak assigment dorang n aku edit skit2, pastu dorang print hahaa bijaknye otak aku... Thanks banyak2 kat kawan2 pompuan aku yang baik ati... Tak yah sebut nama la, kang bini aku jeles lak huhuu....

Satu hari, berita baik yang mengubah persepsi aku tentang komputer... Kat maktab, duk asrama, satu bilik 2 orang. Roommate aku ni orang berada gak la... Budak Johor. Parents dia belikan komputer untuk dia, so, dalam yang masa, aku bleh tumpang sekaki laaa...

Pertama kali guna komputer, punye la terkial2... Sume aku tanye, sampai boring roommate aku menjawab, last2 dia cakap"mana aku tau, aku pun baru belaja.." Laaaa.. dia pun tak tau gak, skit2 je rupanya.. Tak pe, aku bleh blaja sendiri.. So, mulai ari tu, aku godak la komputer dia habis2an. Dah tak pandang dah LAB tu. Komputer ni guna WINDOWS. Masa tu aku tak tau pun yang tu orang panggil WINDOWS. Sekarang je aku tau.. WINDOWS tu maksudnye komputer punye sistem operasi, kalu orang putih sebut Operation System(OS). Lain artikel, aku akan ceritakan bab mengenal komputer untuk yang beginner n yang buta IT n buta HATI... Buta IT tu bleh blaja, part buta HATI tu la yang nyakitkan hati n menyusahkan orang. Dah la taknak blaja, pastu hasut orang lain supaya jangan blaja... Wei, nabi pun suruh umat dia maju.... kan ke nabi tegur sahabat yang bersusah payah berjalan kaki yang pegi haji, nabi ckap, kan ke ada kenderaan utuk ditunggang? Gitu la lebih kurang. Nabi cakap kenderaan tu, bukannya bab kuda je, tapi, benda maju la, takkan la nabi nak suruh naik LRT lak, blum sesuai dengan zaman tu, so, kiasnya, guna la yang maju. Ada akal, pakai laaaa...

(Allah s.w.t. menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya.

Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah s.a.w melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki. Apabila melihat keadan itu maka Baginda s.a.w. bertanya, "Mengapa dengan orang ini?" Dua anak itu berkata, "Dia bernazar hendak menunaikan hai dengan berjalan kaki." Rasulullah s.a.w berkata, "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memerlukan orang yang menyiksakan dirinya." Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.

Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "Kamu datang dengan apa?" Anak murid itu berkata, "Saya berjalan kaki." Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata : "Dia telah menciptakan kuda, baghal dan keldai agar kamu mengenderainya.")


Sambung semula... idea dah lari dah niii..... Biasanya, aku akan bukak tiap folder n funtion dalam komputer, tu pun time roommate aku takde kat bilik n time dia tido la hehee... Satu ari time dia balik kampung ujung minggu, tinggal la aku dan komputer berduaan dalam bilik... Huh ini la masanya... aku godek habis2an. Lastly, komputer tu berproblem. Big problem. Tak bleh nak on... perghhh gabra giler.. Rasa nak berenti maktab je n lari balik kampung.... Bila roommate aku datang mktab, aku story la yang komputer dia bermasalah, tak bleh on, ntah kenapa kononnye, tetiba je nak on tak dapat time nak wat assigment semalam.. hahaa tu la aku rasa alasan yang paling lojik dan tak ketara supaya aku tak perlu berenti maktab.... Dia angguk2.... fuh lega... Parents dia datang ambik komputer tu wat pegi repair, seminggu gak aku tak jumpa komputer, rindunya....

Tak serik, dan jangan serik.... Bila komputer tu dah ok, aku godek lagi macam dulu, kali ni lebih hati2 n banyak bertanya kawan2 yang tau.... So, mula la meningkat...

Bila posting 2001, ngajar la kat pulau (nak tau lebih lajut hal skolah posting, sila klik kat panggilan pulau ruangan kategori tu), nasib la ada komputer gak.... So, lagi la best nak godek.... Pantang waktu free, gernti ngadap komputer. Time tu aku blum kenal internet...

2003, kawan2 PPSMI (yang ngajar math n sains guna laptop kerajaan tu la) pindah sekolah, aku dipertanggungjawabkan untuk pegang satu laptop walau tak ngajar math... wah, lagi la teruja, bleh wat balik rumah, siang malam la ngadap laptop. Mula dari sini la aku tingkatkan pengetahuan aku hal komputer..... Belajar sendiri n banyk tanye orang. Kalu nak tanye orang, jangan tanye kat satu orang je, nanti orang tu boring kat kite. So, aku tanye la ramai orang, kadang2 time lepak kedai mamak pun aku tanye macamana nak wat gitu gini, tapi takla sampai bawak laptop kat kedai mamak....

Tak silap aku, bulan 9 tahun 2004 kot, aku berjaya beli laptop sendiri... Best giler time tu... Komputer pertama yang mampu aku miliki... Bangganye lain macam. Budak sekarang, bapak2 beli sorang satu, heran tul aku. Yang lagi aku heran, tak gak pandai komputer, yang dorang tau, main games, tak pun berinternet je, tu pun hanye duk layan friendster, chatting n ntah ape2 lagi yang tak banyak faedahnye... aku tak kata tak berfaedah, tapi, tak banyk faedahnye...

Bila dah ada hak sendiri, makin la brani.... macam2 la aku buat, rajinnye lain macam. Sume nak aku taib. Semua nak aku save dalam laptop.....

Bulan 6 tahun 2005, sekolah aku mula dapat sambungan internet........ Err... aku tak ingat, sama ada aku beli laptop dulu baru ada internet atau ada internet dulu baru aku beli laptop.... Tapi pendapat yang paling kuat ialah, beli dulu baru ada internet... hehehee macam ceramah agama lak...

Masa tu la aku kenal internet... Sebelum ni, bukan tak pernah bukak internet, cuma yang aku tau, bukak Airasia sebab nak beli tiket. So, bila dapat internet kat sekolah, yang mula2 aku bukak, gerenti la web airasia, sebab tu je yang aku tau hahahaa....

Untuk cover malu dan cover tak tau, aku jeling2 la apa yang kawan aku buat time bukak internet... Jahilnye aku.. Ooooooo.... dorang bukak page yahoo dulu rupanya, pastu baru la dorang taib ape yang dorang nak cari.... Tau dah.. aku praktik la ilmu yang aku curik tuuu......

Hari2 ngadap internet lak keje aku... Macam2 aku cari... makin la bertambah ilmu aku... dari hari tu, aku banyak blaja dari internet, ape je ilmu yang aku nak tau, aku cari kat internet... Sebenarnya, wat blog ni, aku tak tanye kat sorang pun, sume aku cari n blaja dari internet..... Mudah kan?

Bila pindah kat bandar Sandakan, aku mula rasa tak puas dengan laptop aku... Tak power... Lastnye, kumpul duit, beli desktop,(yang aku duk pakai sekarang la). Baru puas ati. Mana bagus laptop ngan desktop? dua2 bagus. Tengok power dia la... Lain kali aku cerita.

Kat bandar, aku makin mudah nak dapat kaan yang mahir komputer. Apalagi, gunakan sebaik mungkin... Mula faham operasi komputer. Mula faham dan brani tengok hardware, baru kenal ape yang ada dalam cpu... kenal dah kompenen dalaman. Brani dah bukak n pasang sendiri. Kalu rosak sikit2, tak rasa ralat sangat. Tak lengkap blaja komputer kalu tak tau format. So, blaja la format, hehee bejaya jugak akhirnye...

untuk photoshop, orang selalu anggap aku mahir. Kadang2 tergelak sendiri. Sebenarnye, aku blaja photoshop time akhir tahun 2007. Blaja skit2 dari kawan. Blaja dua tiga langkah je. Selebihnye, aku blur n give up. Just wat bila boring2 je... Juz pas aku kawin petengahan 2008, kerana tak puas ati ngan gambar kawin aku, baru la aku bertungkus lumus blaja photoshop. Itu pun banyak blaja dari internet gak.. Pelik kan? Tak pernah ambik ape kursus pun..

Pendek cerita, dah panjang sangat dah cerita ni, semua ilmu IT ni bukan la satu hal yang pelik sangat. Belaja la walau kita dah berumur macamana pun. Jangan cakap, "saya ni dah tua, tak pandai bla bla bla....." Kalu nak, seribu daya, kalu tak nak, seribu dalih.....

Aku tak larat dah nak tulis, nak tido dah.. lain kali aku sambung... Kalu ada apa2 tajuk yang korang nak aku tulis, bleh kemukakan.... ngantuk ngantuk......... ZZzzzzzzz.......


Friday, July 3, 2009

Projek photoshop aku...



Akhirnye aku dapat siapkan jgak bannerbulan membaca atas permintaan pusat sumber skolah aku.. Walau tak seberapa sgt, tapi ni la hasil yang aku dapat buat, sememangnye aku takde idea. Dah cari dalam internet, xde gak yang bleh aku wat rujukan. Gerenti ade yang komen itu komen ini. Senang je nak jawab, Free, klu tak puas ati, wat je la sendiri. So, tolong bagi komen membina.. Sebelum ni ada dah skolah yang aku wat kan banner gini, dapat gak aku income walau murah.. Rupanya blaja photoshop ni betul2 bleh wat duit...
Aku bukan lama sangat blaja photoshop. Tak pernah ikut bengkel. Byk blaja sendiri n tanye kawan2. Kebanyakannya, orang takut nak cuba. Permulaan aku pun gitu. Bukak je photoshop, blank je. Tak tau nak bukak ape. Tak tau nak start mane. Sekarang, alhamdulillah. Dah tau skit2. Sekurang2nya, bleh edit gambo sendiri.

Paling aku bengang, hal gambo kawin aku dulu. Semua gambo yang aku upah, tak menggambarkan profesional. Masalahnya, ngaku pro. Bengang tul. Gelap n tekde angle yang pro. Terpaksa la aku ejas sendiri guna photoshop. Aku yang gelap ni bertambah gelap dalam gambo2 tu.. Tu la yang aku bengkek.. Dari situ la aku serius skit wat photoshop...

Satu hal lagi, aku dah mula taruk nama aku kat design yang aku wat. Asalnye tak taruk, tapi design aku diciplak n digunakan tanpa rela aku n tanpa izin aku pun. Asalnye, bila aku tunjuk design, duk komen itu ini, pastu kuar gak peringkat daerah. Time peringkat gabungan, perkhh.. design aku kuar tapi diganti tarikh n nama tempat jerk.. Dari situ, aku mula letak nama laa... pengajaran.....

Untuk sekolah, alhamdulillah ade yang nak blaja buat benda ni. Aku tak keberatan nak curahkan ilmu yang ade walau sikit. Bleh kongsi2. Kot2 nanti bleh wat bengkel utk orang luar. Bleh tambah pendapatan hehehehee.. Skrg ni aku tengok, bengkel asas photoshop pun dah Rm1000 lebih satui kepala kalu nak blaja.Yang tebaru yang aku tau, rm 400 satu kepala, tu pun bukan dari orang2 pro. So, mungkin nanti, klu ade yang berminat, bleh la aku ajar asas untuk rm200 satu kepala hahahaa tak gitu? ade yang setuju, bleh kontek kat chat box... tq tq.....

Wednesday, June 17, 2009

Bahaya bergambar tak pakai tudung....

Kadang2 kita macam terlupa, selalunya kita tak ambik berat. Selalu dah orang cerita, ustaz ceramah, tapi kita tetap terlupa. Bagi yang pakai tudung, yang tak pakai tudung. Aku makin naik risau... Pakai tudung keluar rumah, tapi orang tetap bleh tengok aurat kita dalam gambar, betulkan?

Wahai lelaki yang ada wanita bawah jagaan dan tanggungan kamu.. Hati2 la, tak kira la wanita tu adik kitake, kakak, ibu dan paling utama bawah jagaan kita, tentunya isteri dan anak2 perempuan kita. Selalu cerita tentang yang tak pakai tudung, kita nak suruh pakai tudung, tapi kali ni bukan isu tu.

Isu kali ni, yang dah elok pakai tudung. Keluar rumah pakai tudung, bagus dah. Yang kena kita selalu ingat n hati2 time nak bergambar. Selalu gak pompuan bgambar tak pakai tudung, mungkin kat umah, atau ngan family.. Tapi ingat, zaman sekarang ni, gambar2 yang kita bukak tudung tu, kita letak lak dalam internet, satu dunia tengok aurat kita, tak malu ke? Tak kisah ke?

So, dalam kita duk seronok2 ber'frienster' ke, berblog ke, gambar2 yang dedah aurat tu jangan la di publishkan. Sayangilah lelaki yang menjaga kita, nanti mereka akan diheret ke neraka kerana perbuatan kita, sedarlah wahai perempuan semua....

Monday, June 15, 2009

Biar hujan batu....





Cuti sekolah bulan enam 2009,seminggu kat gombak (keluarga isteri) seminggu kat ganu (kampung aku ler...). Bestnyer dapat balik kampung. Tapi masa cepat benar berlalu. sekejab je abis dua minggu. time balik ganu, tak banyak la dapat aku buat. Memang tujuan utama untuk jumpa mak n utk abiskan masa kat rumah

Balik kali ni aku sempat la wat apa yang mak aku suruh wat. Lega. Bukan selalu dapat balik, tpi aku bukan bujang macam dulu, bleh tido suka hati je bile balik kampung... so, rutin pun mula la berubah. Lagipun, dah ada kete. Jalan n ronda2 je la. Walau kadang2 cume p lepak tepi pantai.

Tapi ntah macamana, time nak p kedai kawan aku kat bukit tunggal, (jalan p epot ganu), telajak lak aku p pantai teluk ketapang, n time nak balik, ternampak lak bumbung stadium dari jauh.... Mula2 malas nak p tengok, tapi, bila teringat, klu dah balik ganu ni, gerenti orang tanya pasal stadium runtuh ni... Hehehe... Dengan bersemangatnya, aku tuju ler stadium ni. Mula2 berenti tepi jalan, ambik gambar dari jauh. Tapi alang2 dah sampai, p la dekat2, masuk area stadium walau x bleh dekat sangat sebab ada pita polis larangan masuk, so, ambik gmbar le dari dekat. Mula2 ingatkan aku je ntah ape2 bgambar ngan stadium runtuh ni, rupanya punya ramai orang datang, siap ada orang bukak gerai jual air n kuih lagi.. Tandanya memang ramai orang datang.

Aku tak mau komen apa2 ler kenapa dia runtuh... Dah ramai yang komen n pandai2 wat andaian sendiri. So terpulang la masing2 nak menilai. Bagi aku, hanya untuk kenangan balik ganu... Cuma aku rasa, benar gak pepatah orang tua, mgkin hujan batu di negeri sendiri la yang meruntuhkan stadium ni, dan aku tetap nak pindah balik ke negeri ni...... Doakan aku........

Monday, June 1, 2009

Siapa2 mau tempah karikatur??? Cepattt.....


Untuk projek terbaru yang aku dapatkan khas untuk korang semua, siapa2 yang mau muka dikartunkan, bleh tempah ngan aku... errr... sebenarnya, bukan aku yang buat laa... tapi, aku datangkan khas untuk korang.. Kartunis Lepat sendiri yang lukis.... Pic atas tu, contoh la.... So, klu ada yang berminat, kontek aku kat email, qamarulngah@gmail.com harga...

Harganya... bleh bincang kemudian.... So, bleh la email kan pic korang yang nak di kartunkan atau di karikaturkan... cepaatttt.............

Saturday, May 30, 2009

Pengarah syarikat Mirza didakwa jalankan perniagaan tanpa lesen

Aku pernah dengar cerita pasal MIRZA ni tahun lepas. Bukan main berkobarnya satu kawan aku ajak join skim ni... Siap beli kereta baru... Dan aku penah kata, cuba tengok dalam masa stahun lagi, kalau syarikat ni boleh kekal, maka kuatlah syarikat ni, klu tak, gigit jari la semua...



Cuba fikir, mana ada kerja yang kita boleh beri kita untung begitu lumayan tanpa buat apa2. Dari skim pak man telo, skim2 macam ni terus bercambah tanpa henti. Hanya tukar nama. Masih jugak orang kita tak nak faham2....

Beri modal, lepas tu, tunggu keuntungan tiap bulan.. Kat mana duit kita tu di laburkan? Halal ke haram? Lu pikir la sendiri......


28th May, 2009

KOTA KINABALU: Dua pengarah sebuah syarikat perniagaan jualan langsung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kelmarin terhadap pertuduhan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Dua pengarah Syarikat Gemilang Mirza Sdn Bhd itu, Ag Ajis Pg Mat Salleh, 30, dan Ag Binting Pg Mat Salleh @ Pg Jual, 46, yang diwakili peguam Ram Singh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat itu didakwa menerima deposit daripada orang awam antara 15 April tahun lepas dan 13 Jan tahun ini di Lot 14, Blok C, Papar Century Plaza, Papar, kira-kira 50km dari sini, tanpa lesen yang sah.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menetapkan 19 hingga 21 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hazri Haris berkata pihak pendakwaan akan memanggil 25 saksi dalam kes itu.

Sementara itu, dua pengarah syarikat itu turut dihadapkan ke satu lagi Mahkamah Sesyen di sini bagi pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di tempat dan pada masa yang sama.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Ismail Brahim membenarkan kedua-dua kes itu dibicarakan bersama.

Beliau juga membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM100, 000 dengan dua penjamin dan mengarahkan pasport antarabangsa masing-masing diserahkan kepada mahkamah.

Monday, May 25, 2009

Aku masih kat sini......


Hari ni keputusan pertukaran guru antara negeri keluar. Seawal subuh aku chek keputusan tu. Huh... Dukacita lagi. Bermakna aku gagal kali kedua untuk permohonan balik semenanjung. Hati siapa tak sedih. Tapi tak la sampai nak meratap. Ini dah ketentuan Allah. Rezeki masih di sini.
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "

Itu sahaja yang boleh aku pujuk hati. Aku mula terkenang kembali janji2 pegawai ketika mula2 aku posting dulu. "Jangan risau, kepada yang dipostingkan ke pedalaman, anda boleh memohon tukar balik ke semenanjung awal, 4-5 tahun dah boleh dipertimbangkan..." Sekarang macamana? Dah 8 tahun. Itu janji dari pegawai agama, aku cukup pegang kata2 tu sebab aku percaya dengan kata2 pegawai agama. Aku percaya nasib guru2 yang dipostingkan ke pedalaman akan diberi perhatian dan dibela... Rupanya, hanya gula2 sahaja......

Semasa memohon maktab dulu, terkial2 gak nak pilih bidang yang patut aku ambil. Subjek utama yang aku pilih, tentulah matematik. Minat aku cukup tinggi dalam bidang ni. Walau hanya math moden, bukannya math tambahan macam orang lain, tapi inilah minatku. Lalu math menjadi major dalam pilihanku, masalahnya waktu tu, pengisian subjek minor. Mula2 nak pilih subjek B.Melayu, tapi bile fikir balik, betapa penatnya nak tanda karangan, awal2 aku batalkan niat. Terfikir pula nak ambil sains, tapi risau result aku tercorot masa SPM dulu walau akhirnya sains aku boleh dikatakan cemerlang, tapi permohonan maktab masa tu sebelum result SPM keluar. Risau untuk ambik subjek sains, takut tak layak untuk dipilih jadi guru, aku terpaksa cari satu subjek yang aku rasa konfiden lulus jika spm keluar. Fikir punya fikir, aku putuskan Pendidikan Islam untuk menjadi subjek minor aku di maktab. Fikiran aku masa tu, aku nak jadi guru matematik yang islamik. Itu saje dalam fikiran mentah aku waktu tu.

Rupanya aku telah memilih satu jalan yang amat sukar dan berat bebanannya untuk masa depanku. Dimaktab, aku mendapat title "Ustaz". Panik. Kenapa aku dipanggil ustaz? Rupanya aku ambil subjek agama, walau hanya sebagai minor, tiada exam untuk subjek ini kat maktab. Belajar agama sekadar belajar untuk siapkan assigment (tu pun banyak copy asigment member), itulah bekal aku untuk begelar ustaz. Maka dimaktab, terpikul aku dengan gelaran yang amat menakutkan aku. Aku rasa tak mampu untuk pikul gelaran ni. Ilmu hanya setitik. Berat betul untuk bersahsiah sebagai ustaz. Tapi langkah memang dah tak boleh di undur. Mungkin hanya di maktab, aku digelar begini.

Aku fikir, aku akan jadi guru math bila posting kat sekolah nanti.. Result posting keluar, aku ditempatkan ke Sabah, dibawah koata guru agama, dibawah kuasa Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral (SPPIM) . Aku jadi pelik. Sepatutnya, aku dipostingkan sebagai guru matematik dibawah koata guru akademik. Di sini lah timbul masalah yang aku risaukan sekarang. Oleh kerana dibawah koata guru agama, begitu sukar untuk balik negeri asal aku, Terengganu. Alasannya, koata guru agama berlebihan di Terengganu. Tak dapat masuk. Mulanya aku percaya juga pada kata2 pegawai2 ni. Tapi bila diperhatikan, tiap tahun, gerenti ada posting baru yang ditempatkan di Terengganu... Jadi? Kenapa cakap dah melebihi koata , dalam masa yang sama, masih lagi yang dipostingkan di Terengganu sebagai guru agama? Kenapa guru seperti aku ni, dah berkhidmat lama di Sabah, tak diberi peluang untuk balik ke negeri sendiri? Mana jujur dan amanahnya pegawai ini dalam memberi pernyataan?

Waktu mula2 posting dulu (tahun 2001), aku ajar subjek math dan agama serentak kat sekolah. Tapi bila mula PPSMI, aku tarik diri dari mengajar math. Aku tahu tahap keupanyaan aku dalam penguasaan bahasa Inggeris. Lagipun aku betul2 tak berminat dalam BI ni. So, keputusan selamat yang aku pilih untuk tidak menghancurkan masa depan budak2 yang belajar math, baiklah aku tak ajar math... Walau ada elaun utuk guru yang mengajar math dalam BI, aku tak tamak pada imbuhan tu. Aku takut, kalu dibayar untuk mengajar math dalamBI, tapi kalu aku ajar dalam BM macam kebanyakkan yang dibuat sekarang, tidakkah itu telah menyalahi amanah? Takkah itu dikatakan duit haram? Menipu?

6 tahun aku dipedalaman, akhirnya dapat gak pindah kat bandar Sandakan, itupun bukan pilihan aku. Aku mintak tukar ke bofot, dekat ngan k.ani, tapi sana jugak takde kosong. Mula2 aku tolak tawaran ni, tapi, tak lama kemudian surat arahan pertukaran penempatan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah, so, aku akur. Lapor diri di SK Muhibbah kerana arahan, bukan kehendak aku. Hai sahabat2 Muhibbah sekalian, bukan niat aku datang ke sini utk menyusahkan kalian semua. Atas arahan, barulah aku ke sini.

Memang orang tertanya2 kat aku, kenapa dah tahu Terengganu tu xde kosong, masih lagi mintak kat sana? Jawapannya mudah, kemana lagi tempat yang nak aku tuju jika bukan balik berdekatan dengan ibuku yang tercinta. dah la ibu tunggal, umur dah semakin lanjut. Sebab tu lah aku nak sangat berdekatan dengan beliau. Lalu orang tanya lagi, kenapa tak pilih negeri lain? Masih boleh dikira dekat dan senang balik? Jawapannya, takkah korang terfikir, tugas guru sekarang dah jadi seperti pejabat pos? Tau? Cuba tengok, pejabat pos pada dasarnya hanya berkaitan dengan kiriman surat. Apa dah jadi sekaang, segala bil, pembayaran, perbankan, insuran dan alain2 dah dibebankan kat pejabat pos sehingga tenggelam tugas asalnya. Macam tu jgak nasib guru2. Azalnya adalah mengajar dan mendidik, tapi sekarang? pelbagai tugas dibebankan ke atas guru. Macam2 projek dan tugas terpaksa dipikul oleh guru. Kaitannya, jika aku pindah ke negeri lain, dan tugas itu membuatkan aku sibuk dengan kerja hingga tak sempat nak balik kampung. Takkah itu lebih membuatkan hati ibuku terasa? Duduk dekat tapi tak dapat balik kampung. Kalau duk Sabah, tak la dia terasa macam tu... Cuba tanya diri masing2, berapa kali korang balik kampung tahun ni jengok mak korang? Jarang kan? Sebab tak dapat cuti kan? So, jangan tunding jari kat aku, tapi hisab2 lah diri dahulu sebelum menuduh dan berkata yang bukan2.

Untuk waktu sekarang, aku tunggu PPSMI tu dimansuhkan supaya kembali di ajar dalam BM, time tu, aku akan mohon untuk mengajar math semula walau aku rasa math aku dah mula berkarat. Tapi, aku memang nak tukar dari guru agama menjadi guru akademik. lalu korang pun cakap, kenapa nak tinggalkan guru agama? Tak baik lah macam tu.. Tak bersyukur.... Hebatnya korang berkata. Tapi bagi aku, apa salahnya aku jadi guru math yang islamik, bleh serapkan kesedaran beragama pada pelajar2ku walau subjek bukan agama. Kenapa kita tak Islamikkan semua subjek? Kenapa guru math, sains, dan lain2 masih tak bertudung? Bukankah mereka pun Islam jugak? Bukankah itu menjadi contoh kepada pelajar2? Kenapa nak meng'inggeriskan' sahaja sains math tapi takut nak mengislamikkan subjek ni dan subjek lain2? Sedangkan majoritinya adalah guru2 Islam? So, aku nak tukar bidang. Jadilah aku guru akademik, salah satu sebabnya, supaya koata itu tak dijadikan alasan.

Kasihan isteriku, sarat mengandung tapi aku tak disisinya. Tak apalah, aku harap ini menjadikan dia sebagai seorang wanita yang tabah dan kuat. Aku tak mahu dia jadi wanita lembik dan mengada2 macam yang aku lihat pada perempuan2 yang dekat dengan suami.... Biarlah dia tabah dan belajar terima takdir Allah.... Aku cuma tak dapat piindah, satu dugaan yang amat kecil diuji oleh Allah... Andai kita bersyukur, nikmat Allah tu amat luas, andai kufu, azabNya amat pedih, mungkin lagi teruk yang kita akan hadapi.. Untuk isteriku.... Tabahlah.... Mungkin ada hikmah yang tersembunyi... Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang pertama 23hb mei...




Sunday, May 24, 2009

Cuba fikir semula


1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )

8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin
1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.

10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

Friday, May 22, 2009

Sudahkah kita bersedia?


28 april lalu, waktu aku dirumah k. ani, hadapi musibah kematian, mula aku berfikir kenapa nabi begitu titikberatkan hadiri majlis kematian. Walau dah banyak kali hadiri kematian, tapi kali ni cukup berbeza. Cukup memberi keinsafan dan kesedaran. Tapi, kenapa ramai yang masih boleh ketawa terbahak2 waktu majlis sebegini?

Jadilah kita seumpama ayam2 yang dalam bakul2 di pasar. Seekor demi seekor disembelih, yang lainnya? Tetap makan dan bercakaran dalam bakul tersebut tanpa mempeduli yang dia pun akan terima nasib yang serupa seperti kawan2nya.

Bukankah kita serupa sahaja seperti ayam2 tersebut? Kita lihat kematian, kita sedih, terharu, tapi, tak terfikirkah yang kita juga akan terbaring kaku sebegitu tak lama lagi? Pernah tak terfikir , andai jasad kita terbujur dingin nanti, apakah ketika itu, kita senyum? apakah jenazah kita begitu ringan dipikul orang? Atau tak terangkat walau begitu ramai yang gagah perkasa untuk mengangkat jenazah kita? Harumkah yang tercium nanti? Atau begitu meloyakan sesiapa yang tercium? Bagaimanakah kita nanti?

Andai tetiba kita dipanggil, yang tertinggal, bagaimanakah hutang2 kita yang belum jelas? Hutang tu akan dituntut di akhirat, dengan apakah kita mau membayar? Dengan pahala? Berapa banyak sahaja bekal pahala yang kita bawa? Belum lagi kita hitung pahala kita yang mengalir pada manusia2 yang kita umpat.. Jadi, berapa sahaja baki pahala kita?

Anda tiba masa kita, setiap barang yang kita tinggal, tiada kuasa untuk kita tangani lagi. Perhatikan mesej2 dalam handfon kita... Andai mati mengejut, mesej2 yang tertinggal yang tak sempat kita padam itu, ke arah apakah mesej2 kita itu? Terbukalah rahsia kita waktu itu, tak aib kah?

Kekasih2 yang kita tinggal.... Anak isteri, saudara mara... Sudahkah kita tunaikan hak2 mereka? Apakah isteri kita tunaikan tanggungjawabnya kepada Tuhan? Sudah arifkah isteri kita menjaga auratnya? Tak pelikkah kita jika masih ada isteri2 kita tak bertudung ketika hadiri kematian? Belum insafkah? Andai anda lelaki bergelar suami, sediakah untuk direntap oleh malaikat azab kerana kesalahan isteri kita yang sebenarnya berpunca dari diri kita yang gagal mendidik mereka?

Anak2.. apakah dia mampu sedekahkan bacaan yasin untuk kita? Atau kata mereka " Kami tak pandai baca Quran..." Siapa lagi yang kita harapkan untuk mengaji di kubur kita? Isteri kita? Sedangkan tudung pun tak sempurna, apatah lagi yang lain... Kita lah yang mendidiknya...

Ibubapa kita... redhakah mereka pada kita? Sempatkah kita mohon kemaafan dari mereka? Sudah puaskah hati mereka dengan layanan kita?

Kawan2 kita... Apakah mereka maafkan segala kelakuan kita? Kekasaran kita? Kesombongan kita?

Sudah sedia ke belum? Malaikat maut tngah menunggu arahan bila-bila masa saja... Setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati....



Thursday, May 21, 2009

selamatlah hari-hari, ibu.....


Setahun sekali, maka ramai la antara kita yang ghairah sambut hari ibu. Sebenarnya, aku lupa bila tarikh hari ibu setiap tahun. Yang aku ingat, 1 mei tu hari pekerja, 16 mei lak hari guru sebab aku ni pun cikgu. Hari ibu? Ntah la brape haribulan yek? Kerana hari ibu, bagi yang jauh, sibuk la menelefon ucap "Selamat Hari Ibu", yang cangggih skit, kirim msg (mak aku x pakai handfon), yang klasik skit, kirim kad,yang duk dekat, singgah rumah rumah mak sekejab, ucap hari ibu. Yang x berperasaan
lak, wat tak tau je....

Syukur la masih ada ibu, bleh la kita ucapkan selamat. Kalu dah takde? Hari ibu baru kita teringat kat ibu? Ada orang, ada ibu, buat2 macam xde ibu. Masa ibu masih sihat, xnak tanye kabo. Eh... pelik tul aku ngan manusia macam ni. Takkan la nak tunggu
panggilan kecemasan dari kampung yang mak tenat, baru nak terlompat balik kampung kot....

Ade lak yang jenis kecik ati kat mak, terus merajuk tak tunjuk batang idung. Amboiii... Keras betul ati korang. Jangan lupa diri...

Tak ingat ke, masih kita baby dulu (memang la x ingat, kan), mak kita la yang susah payah jaga kita, malas la aku nak story ape yang mak kita buat kat kita. Korang masing2 tau. Klu korang tak tau, maknanye korang ni species katak, penyu, dan jenis2 yang lahir terus cari makan sendiri la tanpa kenal mak bapak korang. Xpun korang ni anak yang orang jumpa kat tong sampah. Kalu selain tu, gerenti mak korang berhempas pulas membesarkan korang.

Bagi aku, kelmarin, hari ni, esok, lusa dan hari seterusnye, adalah hari ibu. Tak perlu tunggu hari ibu baru nak telefon mak. Tanye kabo mak. Cuba korang kira, dalam tahun ni, berapa kali dah korang yang duk jauh ni, telefon mak korang. Berapa kali dah korang balik jengok mak korang?

Selagi mak aku ade, aku nak balik jumpe mak selalu. Nak bagi duait kat mak selalu. Selalu nak tanye, ape mak nak makan, nak beli ubat kat mak, nak pimpin tangan mak time lintas jalan, (korang rasa malu ke nak pimpin tangan mak korang?), nak bercerita ngan mak, nak telefon mak, nak mak doakan selalu, silagi masih ade mak... aku nak buat.... aku masih ade peluang... alhamdulillah... slalu nak blaja ngaji, supaya dapat ngaji untuk mak bila dah sampai masanya, bukannye mintak orang mengaji untuk mak aku....

Dulu time kita sakit, mak kita la yang duk setia kat sebelah kita. Picit2 kepala, Masak bubur nasi. Papah kita pegi bilik air, cebokkan kita... Time mak kita sakit? Apa kita buat? Alaa, sakit sikit je tu... Koman2 pun, korang antar p klinik, pastu suruh mak telan obat, konon2 marah la klu mak degil tak nak makan ubat. Korang x tolong picit ke? x tanye ke kot2 mak nak makan ape? Korang duduk tak sebelah mak? Kalu mak masih ada, berbakti la cepat... Kalu xbleh buat, lain kali kalu korang sakit atau terkejut, jangan sebut "maaaakkkk...."

Jika masih ada kesedaran, jika masih ada kesedaran, jika masih ada kekuatan, tunjukkan la kasih kita kat mak setiap hari.... So, renung2kan la nukilan ni....

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau..... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada.....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Wednesday, May 13, 2009

Kad peserta Perkhemahan unit beruniform




Malam ni aku siapkan gak kad ni, walau aku tau ade yang komen itu la ini la......


Untuk sape2 yang komen, bleh je, sebab aku tau korang terer buat, so, ganti ler tugas aku wat benda alah ni lain kali. Tak la aku bersengkang mata, kalu korang komen membina, tu ok, tapi klu nak kondem, korang ganti la tugas niiiii...

Wednesday, April 15, 2009

bila mula nak senang........


Tak siapa nak idup susah. Aku? Memang lanak senang woi!!!!
Rupanye bukan senang nak senang. kadang tu, baru je nak senang, dah tak senang. Baru je nak senang, orang lain lak tak senang dengan aku.
Kadang time susah, ade lak yang menyusahkan aku.... korang macam mane? Aku nak menyusahkan korang pulak ni. Korang jangan lak menyusahkan aku. Baca la benda ni untuk menyerabutkan lagi otak korang hahahaaa..... puas ati akuuu.......

Tuesday, April 14, 2009

bila dah mengantuk




sering tido lewat, ntah ape yang aku buat. tapi, aku tetap buat yang aku tak tau apa yang aku dah buat. Yang penting, memang ada yang aku buat tiap kali aku tido lewat. Kali ni, aku blaja buat blog hahaaa... ntah nape, bila dah siap blog, aku sendiri x jumpa blog aku time search kat google huhuu... kalau ada siapa2 tersinggah kat blog aku ni, korang memang la manusia bertuah dn terpilih. Dan mungkin gak korang sebenarnye tersesat.
Korang nak tau kenapa aku buat blog ni? Sebabnye, aku saje je nak buat blog sambil nak test power aku. Lagipun aku nak menunjuk2 hasil kerja aku yang x sebeberapa x hebat ni.(kira hebat la pada aku) Klu korang dengki, korang buat la sendiri n kmudian, korang baca la sendiri kuikui...

Hebatkah kita?


Kita memang dilahirkan sebagai makhluk yang hebat. Aku tau tentang perkara ni, tapi.......... susahnya nak jadi manusia hebat. Betul x? Tapi pernahkah anda berfikir untuk jadi hebat pada diri sendiri? Kita selalu ingin jadi hebat pada mata manusia lain, dan kita selalu gagal. Tak terfikirkah untuk jadi hebat pada mata kita sendiri?
Mulalah dengan menjadi hebat untuk diri sendiri, dan jika besar kuasa kehebatan itu, ia akan meletus jua dan akan terserlah. Percayalah... letusan itu akan membuatkan manusia sekeliling kita merasai bahang kehebatan kita itu dan tanpa sedar, mereka akan akur pada kehebatan kita tanpa perlu kita canang ke seluruh semesta.
Terkadang, kita perasaan kita hebat, kemudian kita canangkan kehebatan kita. Itulah manusia yang bodoh dan jua memperbodohkan diri sendiri. Aku makin mengenal manusia-manusia sebegini. Terlalu kasihan. Yang bodohnya, mereka tak pula kasihan pada diri sendiri, pelikkan??
Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq