Followers
Showing posts with label panggilan pulau. Show all posts
Showing posts with label panggilan pulau. Show all posts
Thursday, September 27, 2012
Memancing bersama sesuatu (Siri 1)
Monday, August 9, 2010
cikgu pulau part 8 (ku korbankan cintaku.... part 2/2)

Seingat aku, dalam 3-4 bulan gak aku lost kontek ngan buah ati, tup2 satu hari, aku kol rumah dia, dia angkat... Wah.. lamenye tak dengar kabar berita. Kalu tak salah time tu dekat ngan cuti merdeka.. Cerita punya cerita, tapi aku sedar nadanya agak berbeza seperti yang dulu2...
Akhirnya dia mula membuka rahsia..."Sebenarnya, saya ada sesuatu nak bagitau...." (macam dalam tv kan? Tapi ni betul2, bukan cubaan.. eh bukan lakonan). Ucapannya berhenti di situ. Terus aku meneka " Awak dah bertunang?" Ternyata dugaanku amat tepat.Dia hanya mengiyakan dengan lemah. Aku tanya jugak la dengan sape dia bertunang, macamana tetiba je bleh bertunang. Jawapan yang ringkas, dia sendiri pun tak sedar macamana perkara tu bleh berlaku... Bagi aku, mana boleh perkara tu berlaku tanpa sedar... Tapi, apa daya aku??? Kecewa? Memang la jugak... Namun tak ada langsung perasaan nak terjun bangunan ke ape ke... ish.. jangan melawak, ni cerita serius nii... gelak pun dilarang sama sekali... tengah cari mood sedih ni utk teruskan artikel nii....
Aku dengan rela hati, tanpa kata2 merayu, aku mintak dia teruskan dengan pilihan hatinya. Tapi waktu tu, nasib la dia tunjukkan mood sedih, kononnya tak gembira dengan pertunangan tu... hehee kira terubat la hati... ahhh... itukan sandiwara semusim cinta...
Dia pernah tanya.."Awak tak marah?"
Aik?? Apahal lak aku nak marah? Korang rasa aku patut marah tak? Bagi aku, tu semua aturan Tuhan, Dia tahu mana terbaik untuk kita dan aku teringat kata2 yang terimpan dalam buku catatan aku,
"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"
Aku dengan tenang menjawab, " Buat apa aku nak marah, perkara dah jadi, teruskan je laa..." Sekali memang betul dia teruskan..... waaargghh..... Sabo2... tu la belagak macho...
Waktu aku menulis artikel ni, ujan renyai2 mula turun, dah lewat malam gini, sesekali langsir meliang liuk ditiup angin, ish.. nasib la tengah feeling cerita sedih, klu duk menulis cerita seram, mau nya aku melompat atas katil n capai selimut terus.... seraaammm....
Mungkin sempena cuti merdeka, aku kena merdekakan dia dari hati aku, dan jugak aku perlu merdekakan jiwa aku. Tanpa kad jemputan, majlis dia berlangsung pada bulan 12 tahun tu. Orang tak jemput, tak la aku nak terhegeh-hegeh... Aku pernah tanya, kenapa tak hulurkan kad jemputan, dia jawab, dia tak mau menangis atas pelamin bila melihat kehadiranku... Teringat aku kat lagu Airmata di pelaminan, eh ade ke lagu tajuk gitu? tapi, lebih kurang gitu laa... tak sedih ke?
Aku masuk pulau dengan perasaan bercampur aduk. Tak menentu.. Tambah lagi bila tinggal di rumah bersendirian.. Terus bergema lagu Jamal Abdillah, SENDIRI... (baca sambil layan lagu ni untuk ambik mood)
Namun aku tak luntur jiwa.. Bagi aku, tinggal dipulau ni, pengorbanan tetap akan ada. Satu ujian untuk aku mendewasa di pulau ni. Maklum la, masih remaja... Tanpa aku sedar, jiwa aku lebih bebas, dan aku mula menikmati hidup di pulau... Di sini aku tenang. Dengan duit ciput di poket, aku tak perlu fikir hal kawin...
Sebenarnya, aku masih ada seseorang di Johor... err... tak perlu cerita, biarlah rahsia.. Lagipun, bila dah tercampak kat pulau, lost kontek, inilah ujian untuk cinta sebenar, kesetiaan amat teruji... jodohku tiada di Johor.. apakah mungkin di pulau niii???
Masa berlalu, akhirnya, sampai juga berita padaku, majlis di Pahang bukanlah alang2... siap masuk paper... Tau la aku, pilihannya bukan orang sembangan, orang ada-ada.. hehee macam dalam cerita P.Ramlee la pulak... Orang yang ada pengaruh jugak la rasanya... Takpe la, Tuhan Maha mengetahui... Dengan kuasa internet, aku dapat menjejak kesahihan berita tu... ternyata benar... cukup la sampai situ....
Syarat mak aku, kalu menghala ke timur, setakat kuantan, jodoh aku dah gagal... Sekarang, menghala ke barat pulak (rujuk artikel pertama) iaitu hingga ke Kota Bahru... Aku cuba penuhi syarat2 mak aku...
Kisah cinta terus ada kesinambungannya... namun ia tetap ada pergolakan.. Hampir saja aku merancang untuk bertunang, ternyata bukan jodohku.... ia berlalu begitu saja...
Suatu hari, aku keluar ke sandakan, di bandar ni, aku ada sewa rumah jugak... Ada satu orang kawan baru posting, menumpang di rumah. Aku memang tak kisah, dah memang tradisi begitu... Nama dirahsiakan.. Dia ni posting jauh jugak di pedalaman... Tapi, dengar ceritanya, macam banyak sangat masalah yang dia tak sanggup untuk terus berada di sekolahnya tu...
So, sebagai tetamu dan ahli baru dalam rumah, aku bawak la belanja makan.. tradisinya begitu... Kesian jugak aku dengar kisahnya kat sekolah pedalaman tu. cerita punya cerita... hati ku jadi panas... Aku tanya kenapa tak stay kat sekolah? Jawapanya yang pertama, sebab kat sana takde bekalan air, jawapan tu aku boleh terima, walaupun pulau tempat aku ngajar masih masalah yang sama.. Yang kedua, membuat aku meradang, alasannya, kat sana takde line telepon, so dia tak boleh nak call awek dia.. dan sebab tu, awek dia mentak putus... Dia tak bleh kehilangan awek dia tu... pergghhh..... Kalu macam ni alasan, 100% aku tak bleh terima... Down terus pandangan aku kat dia... Aku pun penah lalui benda ni, tapi, takkan la hanya kerana perempuan, kita lelaki jadi lembik dan hanyut... ape punya lelaki.... Kalu alasan xde line sebab tak bleh nak kol mak dia kat kmpung, bleh la aku terima... uweekkkss...
Ke kuantan sudah, ke Kota Bahru pun dah... mak aku mula berubah syarat... katanya, mak tak kisah mana2 pun, jangan sabah je...
Syarat dah berubah... Kisah baru terus tertulis dalam laluan hidup aku. Dalam hati yang nakal, terasa jugak nak menyangkut dengan cewek sabahan... Tapi aku fikir, aku pilih Sabahan, gerenti satu keluarga akan dikorbankan.. yela... klu duk Sabah, susah nak jumpa family kat semenanjung, klu duk semenanjung, susah lak nak jumpa family kat Sabah... bukan la bermakna aku kemaruk nak kawin, tidak...
Tak lama kemudian, syarat mak aku berubah lagi... Dalam telefon mak aku cakap, mak tak kisah mana2 pun, sabah pun sabah la, dia takut aku di"pugai" orang....(diguna-guna)... hehee... Entah ape mimpinya, aku pun tak tahu... Sebenarnya, bila umur mula mendewasa, kita dah tak kisah sangat dah hal kawin... Nak bercinta pun dah macam tawar... time remaja je seronok... layan solo pun best jugak...
Mungkin klu umur dah terlampau dewasa, makin liat la nak kawin kot... hehee tak tau la... tak mau komen... tapi yang peliknya, klu dah kawin, makin bertambah umur, makin nak kawin...lagi.... lelaki laa... yang ni pun tak bleh komen banyak2... aku tuju pada umum la ni, jangan la nak terasa pe2 lak...
Memang perancangan Allah Maha Sempurna... Bila sampai waktunya, Dia akan pandu kita menuju jodoh kita yang dah Dia sediakan. Mudah sangat jalan-Nya. Pengalaman2 dulu yang begitu menyakitkan, sebenarnya itulah pelajaran yang Allah ajar pada kita. Dialah guru yang mengajar tanpa kita terasa kita adalah muridnya... Pelajaran dulu yang Allah sampaikan itulah sebenarnya sebagai panduan kita untuk menghadapi rumahtangga yang dalamnya pelbagai gelora yang amat menggugat ketabahan jiwa kita, tapi kalu dulu jiwa kita cukup latihan, insyaallah, kita dapat hadapi dan tangani dengan ilmu... terutama lelaki laa... sebab tu jangan terlampau lembik dengan perempuan.... nanti kita tak mampu nak pimpin tangannya menuju kesejahteraan dan kerukunan dalam rumahtangga... hehee ade gaya berceramah nii... macam nak membebel pun ade jugak...
So, apapun yang kita lalui, sengsara yang kita rasa, semua tu adalah pendidikan dari Allah, jangan lupa Dia, kita mungkin berbangga dengan perancangan kita, tapi penentuan semuanya terserah pada kehendakNya. Tak perlu la terlalu meratap hiba atas suatu kehilangan, menangis tu perlu untuk lapangkan sebak di dada, namun, jalan yang masih terbentang, dihadapan sana telah tersedia kebaikan yang tak pernah terfikir oleh kita... tapi andai sepanjang jalan mertap hiba, kebaikan yang dah disediakan tadi tu, tak mungkin terlihat oleh mata kasar kita... Berjalanlah dibumi Tuhan ini dengan fikir dan redha jiwa, pasti akan terlihat oleh kita nikmat bunga harum sepanjang lanngkah menuju impian.....
Monday, November 2, 2009
cikgu pulau part 7 (ku korbankan cintaku.... part 1)

Aku sambung balik kisah hidup kat pulau. Lama sangat dah tak menulis. Last ari tu kisah mistik kat pulau. Belum lagi mistik time mancing. Lain artikel, aku tulis kisah pancing berhantu lak hehehe… kali ni nak cite hal macam serius n pilu skit.
Asalnya aku nak tulis ala2 novel, guna ayat skema spm, tapi dah separuh jalan, aku delete balik… sebab? Tengah menulis guna ayat sedih n skema, aku bleh tergelak sorang. Lagipun, idea aku jadi tersekat. Mungkin aku tak bleh terkongkong kot. Sebab tu aku tak suka pakai tie pegi skolah.. eh? Ade kaitan ke ngan tie? Pelik2. ok, aku start.
Mungkin sebahagian kecik dari jalan cerita ni aku dah ceritakan kat artikel lalu. So, bleh la imbas kat ‘panggilan pulau’ tu.
Dengan umur yang masih muda belia, janggut pun baru beberapa helai, aku dengan penuh kebimbangan, melangkah ke alam kerja. Rasa cemas tetap tak hilang. Kadang2 terasa nak patah balik ke zaman sekolah. Form 4 n form 5. alam yang begitu gemilang n sensasi dalam idup aku. Tapi, mana la boleh di undur. Sekejab betul habis zaman maktab 3 tahun. Aku jejak kaki di pulau, aku tahu, hidup aku akan berubah. Tanpa aku sedar, ia banyak mengorbankan jiwa aku. Dan akhirnya, jiwaku baru telah terbentuk disini.
Apa sangat lah yang bahagia kat pulau. Serba serbi kurang. Walau aku di tempatkan di rumah guru, bukanlah seperti rumah guru yang korang selalu bayangkan. Rumah ni hanya ada katil bujang tanpa tilam dan bantal. Ada kerusi meja budak sekolah. Dan almari buruk. Kosong, sekosong hatiku. Tilam n bantal aku dapat dari asrama sekolah menengah. Tq warden smk (Pok Su n topek)
Dengan berbekal rm1000 yang aku pinjam ari kak ani, dan 1 beg baju sederhana besar, aku bawak diri kat sini. Usahkan line hp, telefon rumah pun tak ade. Aku tilik hp aku. Hp yang pertama dalam idup aku. Nokia siri ape ntah, ade antenna kat luar dia. Warna kuning. Takde vibrate hehee. Dengan rasminya jadi jam loceng aku. Aku senyum sendiri. Ni pemberian dari abg aku, abg meran. Tq tq. Aku ingat sampai bila2. tu pun dia bagi aku sebab dia beli hp baru, nokia 3320. hikhikhik…. Skali ngan nombor. Kak ani pun pakai nokia same jenis gak. Katanya, nak bg hp dia kat aku, tapi dia ckp, tunggu aku keje dulu baru dia nak bagi. Belum aku abis maktab, abg meran dah bagi. Orang bagi, aku ambik (aku ambik tu baca dengan nada crita sarjan hassan time songkok dia kena campak n nak bergaduh)
Time aku dapat hp tu, abg aku gojie, bagi rm50, dia ckp, “terpulang kat ko nak wat ape rm50 ni, nak wat blanja atau nak wat topup” huh tentu la wat topup. Tq tq. Sadisnya aku waktu tu. Tak tau mcamana nak guna hp ni. Skrg dah expert dah hehee
Sambung balik. Oleh sebab tak de line, aku hanya mampu baca sms2 je yg aku dapat sebelum masuk pulau… lambat lagi ke bleh keluar bandar? Teringat malam sbelum aku masuk pulau, aku kol mak, aku ckp, mungkin sebulan lg baru aku kuar pulau. Teringat gak kat kekasih ati aku kat pahang yang slalu lost kontek. Mak aku pesan, jangan kawin ngan orang jauh. Jauh tu, jauh sampai mane mak? Mak aku cakap, kalau ke kelantan, stakat kota bahru jerk, kalu ke pahang, stakat ke kuantan je. So, untuk ikut syarat mak aku, aku pilih orang pahang n tak sampai kuantan pun. Itu la kekasih ati yang pertama zaman muda aku. Sebenarnye banyak, tapi takleh cite kat sini, nanti pecah tembelang woooo.. nanti bini banyak marah, banyak bising….. nanti taik telinga bleh masuk dalam otak wooo bahayaa…

Tak sangka, tak sampai seminggu duk pulau, aku dah dapat keluar ke Bandar sandakan atas alasan nak settle surat2 perjawatan aku. Aku keluar sandakan naik kapal (istilah bagi bot nelayan kat sini). Aku, pok su, n topek. Kat sandakan aku menumpang rumah poksu. Time tu, rumah sewa, kerjaan yang bayar. System subsidi. Maksudnya, untuk guru semenanjung, dua orang sewa satu rumeh, pastu dating penilai dari pejabat pendidikan, dia nilai rumah tu untuk tetapkan kadar sewa. Kalau cukup lengkap perabot n ada ekon, bleh cecah rm1000 lebih sebulan, sewa tu kerajaan bayar direct masuk akaun tuan rumah.
Syaratnya lagi, untuk cikgu2 pulau, kena ada 1 orang guru yang ngajar kat Bandar, jd penama pertama, n cikgu pulau jadi penama kedua. So, poksu jd penama kedua. Ust Mail, cikgu Bandar jd penama pertma. Kami yang lain, jadi tanpa nama la. Main duduk je la. Hulur2 duit letrik air n duit dapur la. Takkan la nak menumpang dengan lupa diri.
Tapi sekarang dah mansuh system tu. Start tahun 2003, kerajaan dah perkenalkan system baru, EPW(elaun perumahan wilayah). Untuk orang macam aku, diploma, n tunggal area pulau,dapat rm730 sebulan direct msuk gaji. Tapi sebelum 2003 tu, nazaknye aku. Nak dapat epw tu, punya la susah, banyak birokrasi. Sempat jugak la aku bertekak ngan bekas GB aku, tapi aku akui, bukan salah GB aku. Panjang ceritanya. Untuk GB aku tu, thanks, anda GB yang cemerlang yang pernah aku jumpa dan bekerja. Banyak tolong n fahami aku.
Kat Bandar, sempat la aku beli dapur n tong gas. Harta pertama yang aku miliki. Teringat time GB suruh isi pengishtiharan harta, aku tanya dia, dapur n tong gas tu kena ishtihar gak ke? Sebab tu je harta yang aku ade huhuuu… xbleh, xperlu la isytihar, so, aku hanya hantar borang kosong tanpa tulis apa2 harta.
3 bulan aku tak bergaji. Dari start posting bulan 6 sampai bulan 9 baru dapat gaji. Selama tu, makan pagi aku n tengahari, aku berhutang kat kantin. Malam aku masak sendiri. Paling special yang aku dapat masak, mi kering tu, aku wat ala mi rebus. Tumis bawang merah, bawang putih, taruk air, taruk mi n telor. Hanya tu je. Paling tidak pun, aku goreng lempeng, cicah ngan sos. Tu la makan harian aku. Sebulan lebih aku makan gitu, baru la aku tau, rupanya udang murah sangat kat sini. Satu petang, sorang budak ketuk pintu rumah aku.
“Ustaz, nak beli udang?” aku kenal budak ni. Anak murid aku. “satu plastic rm2..?” hah? Aku trus capai dua plastic. Tamak punya pasal. 1 plastik tu hampir2 1kg gak. So, 2 kg la aku beli hehehe. Udang kertas. Tiga tahun lepas tu, baru aku tau, rupanya udang level ni, orang kat sini wat umpan pancing je. Sebab banyak sangat, so, di reject. Yang beso2 je dorang jual kat peraih. Reject pun reject la. Janji sedap dimakan. Mi rebus aku dah tambah bahan-bahannye. 3 tahun pastu, aku jd kaki pancing lak. Dan udang2 level ni la jd umpan aku. (dalam bahasa suluk kat pulau tu, mamingit maksudnye memancing, meninduk pulak maksudnye mamatuk umpan, heheh kalu salah, cg jimran bleh betulkan walaupun dia orang sungai, dia punya blog ade aku link kan tu, aku la tok guru pancingnye, peringatan: hanya ilmu pancing ikan dilaut yang aku turunkan, ilmu pancing ikan didarat tu dia sendiri punya hal, n dah terkahwin ngan gadis pulau tu gak, tak lama lagi jd ketua kampong la kot)
Lepas beli, baru aku sedar, rumah aku xde peti ais… warghhh… aku kat pulau laaa…. Karan pun tak menentu… lupaaa daratan dah aku ni. Yela, daratan nun jauh di sana.. 5 jam kapal belayar. Bila lagi aku bleh belayar.
Malam tu, selain aku taruk dalam mi rebus, bakinye aku rebus macam sup. Bleh la simpan 2,3 hari. Aku tambah menu baru, udang cokodok, bukan cokodok udang, sebab terlampau banyak udang dari tepungnye hikhik… nyamnyam… peringatan, makanan laut sumber utama gout di lutut anda.
Poket makin surut. Aku dah makin gabra. Bile dah keje, mane bleh dah mintak biasiswa kat adik bradik aku lg. Dulu time maktab bleh la. Time sesak, bleh mintak kat gojie, tak pun kat bangzul. Kak ani tu mmg dah bg rm50 tiap bulan. Bangmeran ade bagi rm500 time dia jual rumah. Bangngah lak dah tanggung aku dari kecik. Adik aku kecik lagi time tu, masih skolah. Aku la patutnye tanggung dia. Sebab dorang banyak tolong aku time sesak, aku tak penah lupa dorang time aku dah senang. Adik bradik la paling aku dulukan. Aku takkan buang adik bradik. Yang pertama, tentu la ibunda tercinta. Sedara mara entah ke mana. Tapi sekarang ni, aku macam dah susah balik, aku macam dah masak smula menu aku dulu2. ada yang nak tolong hulur2 ke? Kalu ade, nak bagi no akaun ni….
Gaji pertama aku akhirnye tiba. Syukur. Bayar hutang. Sempat gak berhutang ngan sekolah. Hutang kak ani (bayar ansur2). Kirim kampong, beli hp baru, beli kamera. Itula kamera pertama aku beli. Beli itu ini untuk rumah. Aku beli radio kecik, kegunaan yang paling penting radio kecik ni ialah, pasang kuat2 bila kedengaran bunyi2 pelik di malam hari hehee… penakut gak walau dah besar panjang. Kadang2 berani gak.
Beli itu ini, begitu begini, ada la sisa2 skit lagi. Masa tu baru teringat, tiket flight balik kampong ujung tahun belum beli. Masa tu belum ada airasia. Yang ada hanya MAS, mahal macam mas(emas). Berderau darah aku. Macam mana la niii….. takkan la nak tersadai kat Sandakan. Tapi, aku beruntung punya member2 baik budi. Topek, tq sebab pinjamkan aku duit wat beli tiket. Harga tiket dekat seribu lebih pegi balik, separuh duit aku, separuh aku pinjam dari topek. Hati kecik ku mula menangis.
Aku balik kampong dengan poket yang amat nipis. Tapi, seorang ibu tetap memahami keadaan anaknya. Time aku nak balik Sabah, dia tanya aku, “ade duit tak nak wat blanja?” Dengan konfidennya aku jawab, “Ada, cukup.” Time tu dalam poket ada tak smpai sratus pun. Dari kampong, jauhnye nak pi sabah, hanya duit banyak tu dalam poket. Tiba2 dia hulur rm200. duit yang aku bagi dia awal bulan ari tu. “Nah, wat blanja..” Aku terkedu. Itula kali pertama dan kali terakhir aku ambil semula duit yang aku dah bagi kat mak. Mak betul2 memahami aku yang tengah sengkek waktu tu. Aku janji,pas dari tu, sesengkek mana pun aku, aku xmau mak susah ati. Aku janji akan bagi mak senang.
Dengan gaji rm900 sebulan, setakat lepas untuk diri sendiri.buah hati dah mula mintak masuk meminang. Aku tangguhkan. Lagipun aku baru mula keje. Depan mak bapak dia, aku minta tangguh, bukan aku tak serius, tapi bagi la aku tempoh untuk aku siapkan diri. Mungkin pandangan mak bapak dia berbeza, dan mungkin itulah takdir Allah menentukan. Aku berserah je la. Ada jodoh, kawin, takde jodoh, cari yang lain. Cakap je mudah kan2? Aku tak beratkan sangat hal tu, aku janji depan dorag, tiba masanya, aku datang ngan rombongan. Aku cagarkan jodohku di Pahang, tanah kelahiran ku. Aku sandarkan harapan di tanah Sabah.
(errkkk… nanti aku sambung balik tajuk ku korbankan cintaku ni, aku mati akal kat sini. Demam aku dah seminggu lum baik lagi. Sambungan tu dalam proses dah… jangan marahhh)
Monday, July 20, 2009
Cikgu pulau part 6.. ( blackout, kelibat2 kegelapan)

Pulau yang kecil, letrik di support sepenuhya oleh enjin besar ujung kampung. 2 buah enjin yang sudah begitu uzur. Letrik selalu di catu untuk jimatkan minyak. Biasanya, jam 1 tengahari sampai 6 petang, selalu di off kan. Selang sehari. Isnin, rabu, jumaat. Seawal pagi sabtu dan ahad memang tak merasa letrik sampai ke petang. Kalau waktu kemarau, alangkah panasnya hati, nak tido pun susah. Panas begitu membahang.
Tapi tahun 2001 tu, enjin selalu rosak. Seminggu tanpa letrik sudah menjadi lumrah. Nasib la radio aku gunakan bateri jadi teman setia untuk malam2 ku yang begitu sunyi.
Suatu musim yang begitu sepi, blackout melanda kampung seperti biasa. Ditambah lagi waktu itu, aku bersendirian di sekolah. Kuarters guru memang jauh terasing dari perkampungan. Apatah lagi ia terletak di belakang sekolah. Dan di belakang kuarters, hanyalah semak samun. Kawan2 guru yang tinggal di kuarters waktu tu kebetulan semuanya keluar ke bandar kerana urusan masing2. Tinggal aku yang menjadi penunggu setia.Wkatu itu, enjin rosak untuk jangkamasa yang lama.
Memang rasa takut dan seram sukar nak ditangkis bila malam menjelma. Hanya bertemankan lilin. Sendirian. Terkadang, terdengar deruman generator dari rumah2 orang kampung untuk kegunaan sendiri tatkala musim blackout begini. Hanya sesekali deruman itu dapat didengar bila dibawa angin. Sungguh sunyi lagi menyeramkan. Sesekali juga dapat didengari bot2 kecil membelah sungai. Suatu kelebihan andai malam2 begini diterangi oleh bulan. Terkadang bulan yang diharap, tiada menyinari malam2 suram ini.
Suatu waktu, jiran sebelah rumahku,(jiran sepintu rumah tinggi), sebelum keluar ke bandar, kebiasaannya, kami akan tinggalkan kunci rumah sendiri kat jiran. hari tu jiran aku tinggalkan kuncinya untukku. Pesannya, gunalah apa2 yang dirumahnya jika ada keperluan. Selalunya, aku tak pernah masuk kecuali untuk simpan makanan dalam peti sejuknya. Oleh kerana musim tu agak lama tiada letrik, taklah aku guna peti sejuk tu. Cuma petang tu, aku masuk ke rumahnya untuk ambil besen... waktu sudah agak petang. Remang2 senja yang memang hampir tiba. Oleh kerana belum maghrib, taklah aku rasa apa2 yang pelik. Pintu rumahnya aku bukak dengan perlahan. Suasana rumah agak suram. Nungkin kerana cuaca diluar makin kurang cahayanya. Aku melangkah tenang ke bilik air. Ada tiga buah besen kosong. Aku capai satu yang agak2 sesuai. Bilik air di dalam rumah taklah begitu besar. Hanya besen yang aku ambil. Keluar dari bilik air, bulu tengkok aku mula meremang. Patanda ada sesuatu yang berdekatan denganku yang tak dapat aku lihat dengan mata kasar. Sememangnya selalu terjadi begitu, deria aku selalu mengesan kehadiran makhluk itu jika ia terlalu hampir. Sebaik saja aku keluar dari bilik air, satu sergahan yang begitu kuat bergema di dalam rumah jiran ku ini. Aku benar2 pasti. Memang bukan suara dari luar. Begitu dekat suara itu menyergah.... "wwooouuuuuurgghh.."
Dengan langkah yang pantas aku menuju ke pintu sambil menoleh. Tiada apa2 kelibat, hanya suasana makin suram. Aku harus cepat keluar dari rumah ni. Seakan 'ia' mengikut di belakangku.
Petang tu, aku benar2 rasa kehilangan 'semangat'. Seakan semangatku terbang sewaktu sergahan tadi. Aku turun ambil angil di pangkin depan sekolah. Masih ramai yang main bola di padang depan sekolah walau dah hampir maghrib. Aku cuba tenangkan diri. Kakiku ternyata masih menggigil. Bagaimana aku nak lalui malam ni bersendirian dalam gelita begini. Malam tu, lepas solat maghrib, aku cabut pegi asrama sekolah menengah, tidur di rumah kawan aku. Rahsia petang tu belum aku ceritakan. Esok siang, aku baru aku balik.........
Sungguh seksa aku harungi malam2 balckout. Malam seterusnya, aku hadapi seperti biasa. 'Semangatku" sudah benar2 pulih. Di sekolah ku ada sorang sekurity. Malam tu, jam 8, lepas isyak, aku turun ke sekolah. Nasiblah sekurity ada bertugas. Dialah temanku berbual. Kami lepak di pondok depan sekolah. Bertemankan asap rokok penghalau nyamuk, pelbagai cerita terkeluar. Sesekali suara ketawa memecah kesunyian malam itu. Sesekali kami hanya mendiamkan diri bila kehabisan modal berbual. Entah macamana, topik yang begitu aku elakkan malam itu terkeluar jugak. Sekurity ni bagai tidak memahami perasaanku waktu itu, begitu rancak menyusun cerita seramnya waktu zaman persekolahannya di asrama sekolah menengah kampung ini. Untuk pengetahuan, sekolah rendah dan sekolah menengah hanya selang sepadang. Begitu dekat Ceritanya amat membuat aku tak selang duduk....
Bermula dengan cerita hesteria.... Kisahnya, suatu malam, mereka study seperti biasa. Asrama puteri dan putera tak lah jauh. Bangunan papan yang begitu uzur taklah mematah semangat mereka untuk belajar. Malam itu, kekusyukan meraka mentelaah telah dikejutkan dengan suara perempuan menjerit. Diserang hestria. Entah apa puncanya, dalam gelap malam begitu, pelajar perempuan tu berteriak2 hilang akal. Dalam suasana kelam kabut, pelajar perempuan tadi bagai dipanggil oleh seseorang, dengan laju berlari ke luar sekolah merentas padang sekolah. Pelajar lelaki yang ada ketika itu berusaha mengejar dan menangkap pelajar perempuan tadi bersama warden (guru lelaki). Nasib lah dapat ditangkap sebelum dia terjun di jeti yang memang dah tak jauh dari situ. Dengan susah payah, pelajar perempuan tu dapat di bawak balik ke asrama. Bila di jampi air penawar, barulah dia sedarkan diri.... Itu cerita pertama sekurity yang membuatkan aku tak senang duduk. Entah berapa batang rokok aku capai untuk melenyapkan bayangan seram yang terlintas dibenakku bila kenangkan aku sendirian lagi malam ni di rumah. Tengah malam nanti, gerenti sekurity ni balik, takkan dia tunggu sekolah ni sampai lepas waktu tengah malam.
Ceritanya kedua... waktu dia di asrama dulu, sememangnya, di pulau ni, pantang untuk sesiapa membawak berjalan bantal dalam pelukan bagai mendukung anak pada waktu malam di luar rumah. Andai dilakukan, pasti datang sesuatu kelibat putih yang terbang untuk merampas apa yang dalam pelukan orang tadi yang disangkanya anak kecil...... Aku pun tak tahu apa yang mereka gelarkan kelibat putih yang berterbangan begitu. Walau agak kurang percaya, tapi aku takkan cuba untuk lakukan hal begitu. Kalau korang tak percaya, boleh la cuba cara tadi malam ni kat luar rumah tengah2 malam nanti, dengan syarat, sorang2 tanpa teman la. Kalau kat bandar, kurang la risikonya, cuba la lakukan di kampung2 yang bermistik.....
Ceritanya yang ketiga... Di belakang asrama lelaki, amat dekat dengan hutan. Sekarang pun begitu. Katil 2 tingkat memanglah jadi kewajiban kat asrama2 sekolah menengah. Bagi yang tidur katil atas dan mengadap ke luar jendela, jugak mengadap ke huta, selalu mereka terlihat pokok2 bergoyang bagai dilanda angin kencang. Kalau semua pokok bergoyang, memang tak menjadi hal yang pelik. Tapi, anehnya, sebahagian sahaja yang bagai dilanda angin sedangkan sekitarnya senyap sunyi. Dan jugak waktu itu mereka tak merasa kehadiran angi sikit pun. Jangan pulak cakap monyet atau beruk yang goyangkan pokok2 tu. Kita sendiri pun boleh bezakan antara pohon di tiup angin dan pohon di goyang orang. pucuk2 pokok begitu hebat bergoyang abagi ditiup angin keras. Bila berlaku begitu, mereka hanya mendiamkan diri, dan terus tidur.. Jika korang tengok pokok diluar rumah korang tetiba bergerak sendiri, pergila bawah pokok tu, tunjukkan keberanian... Pilihan aku, tentunya tidur tarik selimut....
Cerita tadi pernah terjadi lagi sewaktu tahun 2002. Kawan aku, topek, pernah alami sendiri. Waktu tu, jam 6 pagi, dia mandi diluar rumah, tetiba dia ternampak sebahagian pokok bergoyang hebat bagai ditiup angin, sama seperti cerita kawanku sekurity tadi. Andai betul ceritanya, betullah yang aku sampaikan. Untuk lebih kepastian, aku mintak topek respon kalu terbaca artikel ni kat ruangan komen.....
Malam makin larut, jam dah melewati 11 malam. Aku buat2 menguap petanda mengantuk dan signal untuk mintak diri. Bukan jemu, bukan jugak mengantuk. Tapi, hati mula berasa dihantui oleh kelibat yang tak berasas.... Sudahnya, aku perlahan2 bangun dan minta diri untuk pulang. Dan yang tak bestnya, sekurity aku pun turut pulang. rumahnya kat dalam kampung sana.
Bertemankan lampu suluhku yang terkadang terang, terkadang suram, memang membuatkan aku seram dan meremang. Ingin je aku berlari dan melompat terus ke rumah, tapi aku harus berhati2 aku tak memeranjatkan anjing2 yang berkeliar. Kalau terperanjat, gerenti aku dikejarnya. Terpaksalah aku atur langkahku perlahan2 dengan dentuman jantung berirama sumbang.
Malam itu, aku kuatkan semangat. Masuk rumah, tak lupa untuk basuh kaki. Aku rebahkan diri di katil burukku... Cuba untuk pejamkan mata.... Minda aku tak tenteram. Terbayang cerita sekurity lagi. Satu lagi katanya, kat sini, kalau janji nak pergi ke rumah seseorang, jangan dimungkiri. Kalau tak dapat pergi, tinggalkan pesan kat siapa2. Ceritanya lagi, kalau ada kawan kita yang berjanji untuk datang ke rumah kita, tapi tak jadi datang, padahal tak dipesan yang aral melintang, nanti akan diganti oleh satu jenis kelibat yang aku lupa apa dorang sebut. Tapi kelibat ini akan datang ke rumah kita dalam bentuk orang yang berjanji tadi.... 'Dia' yang akan menggantikan kawan kita tadi untuk bertamu di rumah kita. Lepas maghrib atau malam, kalibat itu akan muncul di tangga rumah kita. Kalau dia masuk rumah dengan keizinan kita, maka akan jadi kekacauanlah isi rumah kita.... Ah.... dalam banyak2 cerita, cerita ni lah yang aku kurang percaya. Agak berlebihan olahannya. Macam siri seram di tv pulak...
Hampir2 terlelap, aku tersedar... Bagai terdengar ada derapan kaki orang berjalan menaiki tangga rumahku. Dan bagai terdengar langkah itu mudar mandir di depan pintu. Selalu benar aku dengar bunyi itu. Mata aku sukar pula untuk dilelapkan. Dalam fikiran, bagai filem, berputar semula apa yang pernah aku bualkan dengan isteri jiranku.
Cerita isteri jiranku, selalu mereka dengar bagai ada orang berjalan depan pintu rumah kami. Ternyata bukan aku sorang yang dengar. Bagai kalibat itu tak mampu masuk ke rumah ini. Hanya mengintai dari luar. Kalau dulu, bila pertama dengar bunyi begitu, aku bergegas intai ke luar. Tiada orang, aku bukak pintu, tengok2 kalau ada sesiapa yang datang. Bila selalu tiada orang, aku mula fikir lain. Akhirnya aku ambil keputusan, selagi tak terdengar salam, takkan aku mendekati pintu...
Ceritanya lagi, tiap kali aku ke bandar, tentunya rumah aku kosong. Isterinya pernah dengar suara anak2 bermain2 basikal dalam rumahku. Kadang2 terlompat. Terasa gegarannya kerana rumah papan. Bila dikejutkan suaminya, senyap pula suara tu. Oleh kerana terganggu dengan bunyi itu, dia mintak suaminya on kan lampu dalam rumah aku, sememangnya kunci rumah aku tinggalkan kat mereka. barulah bunyi tu reda.
Jam dah 3.30 pagi. Sepanjang aku menaib cerita ni, beberapa kali leher aku terasa meremang. bagi 'sesuatu' membaca sama.... Dan aku harus menarik selimutku lagiiiii........
(Kali ni aku cuba untuk bercerita bernada serius, agar anda dapat menghayati perasaanku waktu itu, lain kali aku akan bercerita secara santai kerana cara serius ini begitu membebankan kesantaianku. Aku dah cuba belajar untuk menulis novel tapi selalu tersangkut. Harap boleh tinggalkan komen tentang cerita ni. Aku harap korang dapat respon, bagi memotivasikan aku update blog ni, sekian)
Monday, June 15, 2009
Cikgu pulau part 5 (Mistik yang kedua…….)

Aku selalu buat kelas tuisyen malam2. time mula2 posting, memang aku ngajar math n agama. Aku slalu buat kelas math la sebab kesian betul kat budak2 yang begitu tunggang langgang math… time tu belum mula lagi PPSMI. So, tekun la aku ngajar dalam bahasa melayu. Lagipun, awal2 posting aku dah dapat pujian dari sorang makcik tu, rajinnye ustaz wat kelas tambahan… hehehhee…. Dia ada anak dara cun lak tu hahaa….
Time tu gak, belum lagi kerajaan wartakan SBT (skim baucer tuisyen) yang mana guru2 dibayar elaun untuk ajar tuisyen. So, tuisyen aku ni free tak de bayaran la. Insya Allah, ikhlas demi anak bangsa.. wah wah wahhh….
Suatu malam tu yang aku dah tak ingat tarikhnye, baru je selesai solat isyak, terdengar bebudak duk memanggil manggil aku. Bila aku jengok kat pintu, budak2 tuisyen dalam 20 orang tu nampak agak ketakutan.
“Ustaz, kami ada nampak orang kat belakang sekolah...” Berderau darah aku.
“Time kami duk depan sekolah, kami nampak ada kaki orang berdiri kat belakang bangunan sekolah, tapibila kami pergi ke belakang, takde orang pulak... tapi bila datang balik kat depan, kami nampak ada semula... kami takut niii....”
Aku mula rasa tak sedap hati. So, untuk hilangkan rasa takut bebudak ni, (aku sendiri pun rasa kecut gak huhuu..), aku turun pergi kumpul ngan budak2 tu. Diorang story la apa yang dorang nampak... Dengan langkah berani, (saje je tunjuk brani depan budak), aku pegi blakang skolah sorang2. Biasanya, klu ada ‘something’, bulu roma aku akan meremang. Tp time tu aku tak rasa pe2... makin brani la aku hehehee.. buatnye time tu meremang bulu roma, gerenti aku cabut n ajak budak2 tu masuk kelas hehee...
Aku pusing satu bangunan sekolah. Takde ape2 yang pelik... lastnya, aku jalan sampai ujung bangunan sekolah, berdiri depan kantin. Aku cuba amati kot2 ada yang pelik n menyeramkan kat bangunan kantin yang gelap n suram tu.. budak2 berdiri jauh kat depan bangunan sekolah sambil dorang tengok gelagat aku dari jauh....
Takde ape2 gak.. selamat. Aku ajak budak2 masuk kelas n mulakan sesi tuisyen macam biasa walau dorang dalam keadaan seram. Time tengah ngajar, kebetulan kertas jadual kelas yang dibuat guna manila kad tu tetiba je tertanggal hampir jatuh... budak2 mula panik.. hehhee ade2 je dorang ni... untuk lebih menakutkan dorang, aku sound la... “Wei... jangan nak mengacau kat sini lerr... p jauh2....” time cakap gitu, mata aku tengok kat depan. Apalagi.. bertambah kecut la bebudak tu... kebetulan lak lepas cakap gitu, manila kad tu terus terjatuh... gamat la satu kelas... tau saje le kalu campur ngan budak2 pompuan, teriakannye macam jumpe hantu kubur je.
Pada pengamatan aku la, manila kad tu jatuh sebab angin kipas kuat sangat heheheee.... malam tu habis gitu je... tapi..... Yang jadi lepas tu... Esoknye, heboh kat kampung, budak2 tu bawak cerita kononnye malam tadi ustaz ada bercakap ngan hantu kat ujung bangunan sekolah depan kantin.. hahaa nak tergelak dengar cerita tuuu... Mula la tersebar kononnye aku ni bleh bercakap ngan hantuuu... hantu betul budak2 niii...
Mula2 aku rasa perkara ni satu hal biasa je... Tapi bila pikir dalam hati, kalu la ada orang yang berilmu kat sini nak nak test aku... teruk la aku.... harap2 yidak.. aku mula kecut perut.. dah la kat sini memang top bab ilmu mistik niii.... Tiap2 ari la aku ngaji n pasang kaset ngaji kat umah... mudah2an dilindungi Allah..... mistiiiikkkk...........
Cikgu pulau part 4 (Bermulanya kisah mistik….)
Mula2 aku duduk rumah tinggi ni, memang dah rasa kelainan. Rumah ni ada tiga bilik.bilik pertama mengadap bangunan sekolah. Mula2 aku duk bilik ni la sebab kurang skit seram xmacam bilik belakang yang ngadap semak hutan. Tapi, macam ada satu keanehan yang aku rasa. Mungkin aku dikurniakan sixth sense kot haha mcm psikik. Rasa macam bilik ni dah ada penghuni yang xnampak di mata.
Bila aku solat kat ruang tamu, terasa macam ada mata yang memandang dari bilik ni… seram aku dibuatnye. So aku pindah bilik. Duk bilik tengah. Tapi bilik ni buatkan ku lemas sebab sempit dan rasa terkurung. So, pindah bilik satu lagi yang ngadap semak. Suasananya memang seram tapi aku rasa tenteram.pelik tu….
Aku tetap rasa ada something yang tak kena ngan rumah ni. Time aku Tanya topek, sebab topek pernah tinggal brumah ni sebelum aku masuk pulau, dia cakap, xde ape2. tapi aku rasa dia ‘buyuk’ (bohong) kat aku.
Sehinggalah suatu malam, time rasa nak p bilik air, memang aku x offkn lampu ruang tamu, nak p bilik air, kena melintas ruang tamu yang ada pntu ke dapur, kat ruang dapur, walau gelap, masih lagi nampak samar2 sebab cahaya dari rueng tamu. Tingkap dapur memang setentang ngan pintu dapur, time tu la aku nampak sorang tua berkelubung melintas belakang rumah aku, aku nampak dia ‘limpas’ (lalu) tepi tingkap dapur. Aku terfikir, eh, sape lak orang tua jalan bleakng rumah aku ni? Tengah malam lak tu…. X rasa seram pun time tu…masuk bilik air je, sambil ehem2.. sambil berfikir, tetiba teringat…. Eh… rumah aku ni tinggi… mustahil orang bleh bejalan tepi tingkap macam tu… warghhhh… kembang bulu tengkok aku… terus masuk bilik, selimut rapat n pasang radio kuat2….. cepatla siaaaaaangggggg……….
Friday, June 12, 2009
Cikgu pulau.....3 (rutin hidup yang sadis)

Susah betul aku nak sambung kisah panggilan pulau ni. Time datang idea, xde peluang lak nak bukak computer, time bukak computer, idea lak xde…. Bestnye kalu aku bleh beli net book kecik yang comel tu huhuhu,, boleh dibawa ke mana sahaja…. Sabarrrr…. Kot2 ade yang sponsor, mane tau, rezeki bergolek….
Aku teringat satu hari time kat pulau dulu, pegawai2 pendidikan dari Kuala Lumpur datang melawat. So, ada la sorang pegawai tu cakap kat aku, “saya tak sangka, tempat yang jauh dan terpencil macam ni pun ade sekolah… Tak sangka betul…” Huh… tengok tu… Terus je aku balas, “Tu la tuan, mane ade orang nak tengok dan kaji sekolah2 yang terperuk macam ni, klu gubah dasar pendidikan, tak pernah peduli sekolah2 macam ni… Sini tak sama ngan kat Bandar yang serba lengkap…Tak kesian ke budak2 kat sini yang dah la tecicir, makin tercicir pulak bila keluar dasar baru pendidikan. Budak2 pedalaman gini, diorang susah nak kejar sukatan pelajaran macam kat Bandar.”
Sebenarnya aku nak sambung panjang lagi, tapi, malas la….

Baik, aku nak sambung kisah duk pulau. Hari pertama lapor diri, xde ape2 yang pelik n menarik la berlaku. Juz satu kes je, time masuk kelas, tengah sesi berkenalan, tetiba je anjing berkelahi bawah sekolah, (bangunan sekolah kayu, macam rumah orang kampong la), pulak tu, lantai kayu kelas berlubang, so, nampak la anjing tu,terperanjat giler aku. Aku hentak2 kaki, terus je anjing2 tu lari tengah padang… fuh, seriau gak…
Satu hari, aku bawak budak2 p pusat sumber skolah ( tak besar pun, besar bilik tidur n buku2 pun x banyak), bila balik kelas semula, datang sorang budak pompuan, dia cakap.. “Ustaz, aku mau ambil tipak-tipakku tertinggal di pusat sumber….” Tergamam kejab… pebende ‘tipak-tipak’ tu… dengan kontrol macho n buat2 paham istilah diorang, aku cakap la, “ha.. p ambik cepat” hehee macam tau je. Tak lama kemudian, budak tu datang, hehe.. korang tau ape tu tipak-tipak? Hehee tu la yang kita panggil kotak pensil hehee.... dengan bangganya aku blaja istilah kedua sabah. Yang pertama, ‘limpas’, limpas ni maksud dia lebih kurang, tumpang lalu la, kalu kat kampung aku, orang sebut ‘excuse me’. Kat Sabah ni, klu tumpang lalu tu bawak maksud yang tak elok sikit. Ntah la, aku pun tak tau...
Kat SK (sekolah rendah), guru semenanjung ade 2 orang je temasuk aku. Sorang lagi tu ustaz gak, Ustaz topek (Taufiq). Kira member kamcing aku kat sini la. Susah senang sama2. tapi aku la yang banyak nyusahkan dia hahaa.... tq topek. 2 orang lagi dari sarawak, satu tu name Jatan satu lagi name Jawa (tapi orang iban, pelikkan?) hehee jangan marah geng.
First aku datang, masa nak p kuaters, aku ternampak si Jawa ni, badan bertatu n pakai rantai emas, seram giler aku dibuatnye. Tapi biler dah kenal, ok je dia ni. Friendly. Yang lain2 semua orang sabahan la, ade gak yang memang asal kampung tu termasuk GB (guru besar) time tu, cikgu Habib, gb yang memang aku respek.
Kat SMK (sekolah menengah la), warden dia orang klate, ustaz Surazman, aku panggil dia ni Pok Su. Bukan tua pun, semua dalam 20-an. Topek duk skali ngan Pok su. Rumah dorang la tempat aku lepak siang malam pagi petang.
Aktiviti aku tahun pertama aku kat pulau ni (dari bulan 6 2001), pagi, p sekolah, balik sekolah tengahari, gerenti aktiviti ‘kuak lentang ‘( hehee tido leerr..), petang bangun, p main bola kat padang smk. Main ngan guru n budak2 smk.
Aku memang terer la klu main bola, posisi yang paling serasi ngan aku time tu tentu la depan pintu gol lawan hahaa... tunggu bola datang n sambung je hehhee... kira curi ayam la, tapi undang2 x bermakna, sebab memang main untuk seronok2. lagipun, klu bola ni, aku akui aku memang ranking tertinggi, senang sebut, kaki bangku hahaa... so,rembat je la klu bola datang kat pintu gol, nak gelecek gerenti kelakar klu korang tengok hahahaa....
Satu hari, time nak rembat, sorang budak tu p tahan kaki depan bola, rembat je, kraarrkk... peerrkhh... sakit giler kaki aku, seliuh beb. Balik rumah terhenjut2. malam tu kira ok lagi. Duk sorang, urut sendiri. Pagi esok, kebetulan hari minggu, bangun subuh, tak bleh jalan langsung. Nak nagis je time tu. Terpaksa mengengsot heret kaki p bilik air... waarrgghhh... sedih giler duk tempat orang. Betul la orang cakap, time sihat, memang seronok duk tempat orang, time sakit, mula nak ingat kat sedara mara mak bapak n adik bradik. Moralnya, senang macamana pun korang, jangan lupa diri, kita tak tau time bile kita pelukan sedara mara adik bradik. Klu time senang kita lupa kat diorang, jgn la terhegeh2 pulak datang time susah. So, ingat2 la kat dorang time senang2 ni. Apala sangat setakat kirim sms tanye kabar, paling koman pun abis 50sen. Tu pun berkira ke?
Sejak dari tu, aku tobat xnak main bola. Tapi member2 pulak duk kutuk, pondan la ape la klu tak turun main petang2, last2 turun gak main sebagai defender hahahaa. Main slow2 je la. Tapi kami selalunya banyak ketawa dari sepak bola. Hepy la time zaman tu.
Penah satu hari, zaman kemarau teruk kat pulau tu, ujan tak turun hampir 3 bulan klu tak silap, tangki kering, telaga xde air, balik mai bola, singgah lepak kat rumah warden. Aku mintak air masak kat Poksu. Dia bagi air, aku tengok pelik tul air tu dalam gelas kaca. Nak kata air masak, nampak macam campur oren. Nak kata air oren, macam x cukup oren, try minum, huhuu.. payau n masin skit2.. baru aku tau, asrama dah mula sedut air sungai utk bekalan minum. Sadisnye... teringat crita nujum pak belalang, minum je sambil picit idung.... haussss.......
Monday, May 25, 2009
Aku masih kat sini......

Hari ni keputusan pertukaran guru antara negeri keluar. Seawal subuh aku chek keputusan tu. Huh... Dukacita lagi. Bermakna aku gagal kali kedua untuk permohonan balik semenanjung. Hati siapa tak sedih. Tapi tak la sampai nak meratap. Ini dah ketentuan Allah. Rezeki masih di sini.
" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
Itu sahaja yang boleh aku pujuk hati. Aku mula terkenang kembali janji2 pegawai ketika mula2 aku posting dulu. "Jangan risau, kepada yang dipostingkan ke pedalaman, anda boleh memohon tukar balik ke semenanjung awal, 4-5 tahun dah boleh dipertimbangkan..." Sekarang macamana? Dah 8 tahun. Itu janji dari pegawai agama, aku cukup pegang kata2 tu sebab aku percaya dengan kata2 pegawai agama. Aku percaya nasib guru2 yang dipostingkan ke pedalaman akan diberi perhatian dan dibela... Rupanya, hanya gula2 sahaja......
Semasa memohon maktab dulu, terkial2 gak nak pilih bidang yang patut aku ambil. Subjek utama yang aku pilih, tentulah matematik. Minat aku cukup tinggi dalam bidang ni. Walau hanya math moden, bukannya math tambahan macam orang lain, tapi inilah minatku. Lalu math menjadi major dalam pilihanku, masalahnya waktu tu, pengisian subjek minor. Mula2 nak pilih subjek B.Melayu, tapi bile fikir balik, betapa penatnya nak tanda karangan, awal2 aku batalkan niat. Terfikir pula nak ambil sains, tapi risau result aku tercorot masa SPM dulu walau akhirnya sains aku boleh dikatakan cemerlang, tapi permohonan maktab masa tu sebelum result SPM keluar. Risau untuk ambik subjek sains, takut tak layak untuk dipilih jadi guru, aku terpaksa cari satu subjek yang aku rasa konfiden lulus jika spm keluar. Fikir punya fikir, aku putuskan Pendidikan Islam untuk menjadi subjek minor aku di maktab. Fikiran aku masa tu, aku nak jadi guru matematik yang islamik. Itu saje dalam fikiran mentah aku waktu tu.
Rupanya aku telah memilih satu jalan yang amat sukar dan berat bebanannya untuk masa depanku. Dimaktab, aku mendapat title "Ustaz". Panik. Kenapa aku dipanggil ustaz? Rupanya aku ambil subjek agama, walau hanya sebagai minor, tiada exam untuk subjek ini kat maktab. Belajar agama sekadar belajar untuk siapkan assigment (tu pun banyak copy asigment member), itulah bekal aku untuk begelar ustaz. Maka dimaktab, terpikul aku dengan gelaran yang amat menakutkan aku. Aku rasa tak mampu untuk pikul gelaran ni. Ilmu hanya setitik. Berat betul untuk bersahsiah sebagai ustaz. Tapi langkah memang dah tak boleh di undur. Mungkin hanya di maktab, aku digelar begini.
Aku fikir, aku akan jadi guru math bila posting kat sekolah nanti.. Result posting keluar, aku ditempatkan ke Sabah, dibawah koata guru agama, dibawah kuasa Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral (SPPIM) . Aku jadi pelik. Sepatutnya, aku dipostingkan sebagai guru matematik dibawah koata guru akademik. Di sini lah timbul masalah yang aku risaukan sekarang. Oleh kerana dibawah koata guru agama, begitu sukar untuk balik negeri asal aku, Terengganu. Alasannya, koata guru agama berlebihan di Terengganu. Tak dapat masuk. Mulanya aku percaya juga pada kata2 pegawai2 ni. Tapi bila diperhatikan, tiap tahun, gerenti ada posting baru yang ditempatkan di Terengganu... Jadi? Kenapa cakap dah melebihi koata , dalam masa yang sama, masih lagi yang dipostingkan di Terengganu sebagai guru agama? Kenapa guru seperti aku ni, dah berkhidmat lama di Sabah, tak diberi peluang untuk balik ke negeri sendiri? Mana jujur dan amanahnya pegawai ini dalam memberi pernyataan?
Waktu mula2 posting dulu (tahun 2001), aku ajar subjek math dan agama serentak kat sekolah. Tapi bila mula PPSMI, aku tarik diri dari mengajar math. Aku tahu tahap keupanyaan aku dalam penguasaan bahasa Inggeris. Lagipun aku betul2 tak berminat dalam BI ni. So, keputusan selamat yang aku pilih untuk tidak menghancurkan masa depan budak2 yang belajar math, baiklah aku tak ajar math... Walau ada elaun utuk guru yang mengajar math dalam BI, aku tak tamak pada imbuhan tu. Aku takut, kalu dibayar untuk mengajar math dalamBI, tapi kalu aku ajar dalam BM macam kebanyakkan yang dibuat sekarang, tidakkah itu telah menyalahi amanah? Takkah itu dikatakan duit haram? Menipu?
6 tahun aku dipedalaman, akhirnya dapat gak pindah kat bandar Sandakan, itupun bukan pilihan aku. Aku mintak tukar ke bofot, dekat ngan k.ani, tapi sana jugak takde kosong. Mula2 aku tolak tawaran ni, tapi, tak lama kemudian surat arahan pertukaran penempatan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah, so, aku akur. Lapor diri di SK Muhibbah kerana arahan, bukan kehendak aku. Hai sahabat2 Muhibbah sekalian, bukan niat aku datang ke sini utk menyusahkan kalian semua. Atas arahan, barulah aku ke sini.
Memang orang tertanya2 kat aku, kenapa dah tahu Terengganu tu xde kosong, masih lagi mintak kat sana? Jawapannya mudah, kemana lagi tempat yang nak aku tuju jika bukan balik berdekatan dengan ibuku yang tercinta. dah la ibu tunggal, umur dah semakin lanjut. Sebab tu lah aku nak sangat berdekatan dengan beliau. Lalu orang tanya lagi, kenapa tak pilih negeri lain? Masih boleh dikira dekat dan senang balik? Jawapannya, takkah korang terfikir, tugas guru sekarang dah jadi seperti pejabat pos? Tau? Cuba tengok, pejabat pos pada dasarnya hanya berkaitan dengan kiriman surat. Apa dah jadi sekaang, segala bil, pembayaran, perbankan, insuran dan alain2 dah dibebankan kat pejabat pos sehingga tenggelam tugas asalnya. Macam tu jgak nasib guru2. Azalnya adalah mengajar dan mendidik, tapi sekarang? pelbagai tugas dibebankan ke atas guru. Macam2 projek dan tugas terpaksa dipikul oleh guru. Kaitannya, jika aku pindah ke negeri lain, dan tugas itu membuatkan aku sibuk dengan kerja hingga tak sempat nak balik kampung. Takkah itu lebih membuatkan hati ibuku terasa? Duduk dekat tapi tak dapat balik kampung. Kalau duk Sabah, tak la dia terasa macam tu... Cuba tanya diri masing2, berapa kali korang balik kampung tahun ni jengok mak korang? Jarang kan? Sebab tak dapat cuti kan? So, jangan tunding jari kat aku, tapi hisab2 lah diri dahulu sebelum menuduh dan berkata yang bukan2.
Untuk waktu sekarang, aku tunggu PPSMI tu dimansuhkan supaya kembali di ajar dalam BM, time tu, aku akan mohon untuk mengajar math semula walau aku rasa math aku dah mula berkarat. Tapi, aku memang nak tukar dari guru agama menjadi guru akademik. lalu korang pun cakap, kenapa nak tinggalkan guru agama? Tak baik lah macam tu.. Tak bersyukur.... Hebatnya korang berkata. Tapi bagi aku, apa salahnya aku jadi guru math yang islamik, bleh serapkan kesedaran beragama pada pelajar2ku walau subjek bukan agama. Kenapa kita tak Islamikkan semua subjek? Kenapa guru math, sains, dan lain2 masih tak bertudung? Bukankah mereka pun Islam jugak? Bukankah itu menjadi contoh kepada pelajar2? Kenapa nak meng'inggeriskan' sahaja sains math tapi takut nak mengislamikkan subjek ni dan subjek lain2? Sedangkan majoritinya adalah guru2 Islam? So, aku nak tukar bidang. Jadilah aku guru akademik, salah satu sebabnya, supaya koata itu tak dijadikan alasan.
Kasihan isteriku, sarat mengandung tapi aku tak disisinya. Tak apalah, aku harap ini menjadikan dia sebagai seorang wanita yang tabah dan kuat. Aku tak mahu dia jadi wanita lembik dan mengada2 macam yang aku lihat pada perempuan2 yang dekat dengan suami.... Biarlah dia tabah dan belajar terima takdir Allah.... Aku cuma tak dapat piindah, satu dugaan yang amat kecil diuji oleh Allah... Andai kita bersyukur, nikmat Allah tu amat luas, andai kufu, azabNya amat pedih, mungkin lagi teruk yang kita akan hadapi.. Untuk isteriku.... Tabahlah.... Mungkin ada hikmah yang tersembunyi... Selamat ulangtahun perkahwinan kita yang pertama 23hb mei...
Sunday, April 19, 2009
Cikgu pulau...........(2)
sudah takdir aku dipostingkan di sini(Terusan sugut). Time kat jeti, beselisih dengan seorang 'beliau'(panggilan untuk orang yang dah berumur, kalu standardnya, pakcik leerr..), so, aku mintak le beliau tu tunjukkan aku kat mane skolah Terusan Sugut ni. Lupa nak bgitau, aku posting kat sini berdua, tapi member aku ni bukan 1 skolah ler. Dia posting skolah berdekatan pulau ni.
Bual2 ngan beliau tu, tau le aku rupanya dia ni GB(guru beso) skolah member aku ni, tapi dia tinggal kat sini. Skolah kawan aku tu nun jauh stengah jam lagi naik bot hahaaa....
Dipendekkan cerita, sampai jerk kat kat skolah yang aku cari(sebenarnye, dari jeti pun dah nampak skolah), alangkah terkejutnye aku tengok keadaan sekolah. 2 Bangunan papan, n kat ujung ade rumah kecil x bercat. Aku tanya GB kawan aku ni, dia cakap, itu kantin. Ya ALLAH..... huhuu sadisnyee...
Selesai sesi pkenalan, aku ditempatkan disebuah rumah guru, rumah tinggi 2 pintu (dua berkembar la.) . Sebelah rumah aku ni, tinggal keluarga guru jugak la, suami isteri cikgu kat sekolah ni.
Time masuk rumah je, aku mengurut dada, kosong..... Tikar getah yang sambung2 lain warna, 2 meja murid, katil tanpa tilam, 3 kerusi murid, dapur lak, kosong.. ade paip, tapi dari tangki ujan. Aku teringat kuarters guruu kalu kat bandar, jauhnye beza.
Bual2 ngan beliau tu, tau le aku rupanya dia ni GB(guru beso) skolah member aku ni, tapi dia tinggal kat sini. Skolah kawan aku tu nun jauh stengah jam lagi naik bot hahaaa....
Dipendekkan cerita, sampai jerk kat kat skolah yang aku cari(sebenarnye, dari jeti pun dah nampak skolah), alangkah terkejutnye aku tengok keadaan sekolah. 2 Bangunan papan, n kat ujung ade rumah kecil x bercat. Aku tanya GB kawan aku ni, dia cakap, itu kantin. Ya ALLAH..... huhuu sadisnyee...
Selesai sesi pkenalan, aku ditempatkan disebuah rumah guru, rumah tinggi 2 pintu (dua berkembar la.) . Sebelah rumah aku ni, tinggal keluarga guru jugak la, suami isteri cikgu kat sekolah ni.
Time masuk rumah je, aku mengurut dada, kosong..... Tikar getah yang sambung2 lain warna, 2 meja murid, katil tanpa tilam, 3 kerusi murid, dapur lak, kosong.. ade paip, tapi dari tangki ujan. Aku teringat kuarters guruu kalu kat bandar, jauhnye beza.
Tuesday, April 14, 2009
Cikgu pulau...........

Aku nak cerita sikit mengenai pengalaman aku. Aku dulu2, lepas abis blaja maktab, trus kena posting kat sabah. Sbagai orang smnanjung, aku slalu dimomokkan tentang hal2 'mistik' kat Sabah ni. Slalu orang pesan, nak datang Sabah ni, jangan kosong ilmu di dada. Huh! Kerana itu, dengan ilmu yang mantap di dada (sebenarnye ilmu matematik, sebab aku ni opsyen matematik kat maktab dulu hehehee....) aku gagahkan jugak datang ke Sabah.
Dari KL, stay kat hotel mewah, pastu terbang ke K.Kinabalu, masih hotel, kemudian, diterbangkan ke Sandakan, kat airport sandakan, prebet sapu dah sedia menunggu. 3 jam pjalanan ke satu daerah yang tertulis rezeki aku untuk beberapa tahun.
BELURAN. Pekan kecil. Tidur beralaskan beg pakaian kat PKG Beluran. Sungguh sadis. Esoknya aku di bawak naik bot laju yang sarat dengan muatan minyak petrol, x laju la jadinya bot tu. 1 jam........... blum smpai, tido je la.... 2 jam kmudian, fuh lum sampai jugak. Aku mula risau. Dari mnyelusuri sungai, keluar ke laut Sulu, lepas tu masuk sungaii semula, baru nampak pkampungan terpencil. Jauh sungguh. 4 jam. naik kematu punggung aku.
Sampai kat jeti, mula cari sekolah dimaksudkan, on the way, nampak public fon, ati jd lega sbb line hp memang hancus. Hp bertukar jadi jam loceng ler.... Dari jauh aku tersenyum tgk public fon tu sehinggalah aku terpaksa sengih2 bila tgk betul2 dari depan, pondok je... telefonnye mane???????? Wargghhhh.... Bermula episod gelap(sebab kat pulau tu slalu xde karan, so malam gelap la wooiiii)... bersambung...
Subscribe to:
Posts (Atom)