Followers

Sunday, August 23, 2009

Islam tidak membezakan keluarga ibu tunggal

KELUARGA induk tunggal adalah rumah tangga yang diketuai oleh seorang ibu atau bapa dan tanggungjawab keibubapaan dilakukan oleh orang yang sama.

Oleh kerana majoriti keluarga induk tunggal diketuai oleh wanita, maka sering kali perbincangan mengenai induk tunggal menjurus kepada keluarga ibu tunggal. Tambahan pula jangka masa status bapa tunggal adalah lebih singkat kerana mereka lebih kerap berkahwin semula berbanding ibu tunggal.

Wujudnya keluarga induk tunggal ini berpunca daripada beberapa sebab. Pertama, kematian salah seorang pasangan hidup. Kedua, perceraian. Ketiga, kelahiran di luar institusi perkahwinan. Akhirnya, proses 'pengangkatan' anak yang penjaganya masih bujang.

Berita Harian melaporkan bahawa mengikut Laporan Banci tahun 2000, ada 620,389 ibu tunggal berbilang bangsa di negara ini. Seramai 529, 701 orang (85.4 peratus) daripada mereka kematian suami, manakala 90,688 orang (14.6 peratus) bercerai. Ini bermakna majoriti ibu tunggal adalah balu.

Peningkatan kadar perceraian menjadikan bilangan keluarga induk tunggal ini semakin bertambah. Namun, statistik yang ada belum menggambarkan jumlah sebenar kerana banyak kes lain yang secara realitinya adalah ibu tunggal, tetapi dari segi definisi atau undang-undangnya tidak dilihat sedemikian. Misalnya, perpisahan atau peninggalan pasangan tanpa pembubaran perkahwinan dan keluarga yang suami atau bapa tidak menjalankan tugas mencari nafkah kerana sebab tertentu seperti kesihatan (lumpuh), dipenjarakan, menjalani rawatan di pusat pemulihan dadah atau di institut kesihatan mental.

Perbincangan kita menumpukan kepada keluarga ibu tunggal akibat kematian dan perceraian saja.

Ada empat cabaran utama yang perlu dihadapi oleh keluarga ini. Cabaran itu ialah dari segi ekonomi, stigma sosial, beban peranan dan tanggungjawab keibubapaan. Disebabkan cabaran ini, keluarga ibu tunggal mendapat perhatian banyak pihak di negara ini.

Cabaran utama yang perlu dihadapi oleh ibu tunggal ialah ekonomi. Rata-rata, ibu tunggal menjadi lebih miskin selepas kematian suami atau perceraian. Menurut Tengku Aizan (2002), ini amat dirasai terutama pada awal pembentukan keluarga ibu tunggal kerana sebelum ini suami adalah sumber ekonomi keluarga. Keadaan ini lebih buruk lagi bagi wanita yang sebelum ini adalah suri rumah sepenuh masa.

Kajian di Barat mendapati pendapatan wanita selepas bercerai jatuh 33 peratus pada tahun pertama (Benokraitis, 1993). Bagaimanapun, keadaan adalah sebaliknya bagi lelaki.

Ibu tunggal terpaksa bekerja lebih masa untuk mencari wang dan menampung keperluan keluarga. Keadaan akan menjadi lebih sukar sekiranya ibu tunggal itu tidak memiliki kelulusan tinggi atau pengalaman bekerja.

Mutu hidup keluarga ibu tunggal sering terancam oleh sumber kewangan terhad. Kegagalan pihak suami membayar nafkah anak akan menjadikan kedudukan keluarga ibu tunggal berada dalam keadaan tidak stabil. Tuntutan masa bekerja pula akan mempengaruhi hubungan ibu dan anak.

Cabaran kedua keluarga ibu tunggal, khususnya ibu tunggal akibat perceraian ialah anggapan serong bahawa struktur keluarga sebegini adalah sesuatu yang devian (menyimpang daripada kebiasaan), jelek, aneh, janggal dan tidak berfungsi seperti sepatutnya (Tengku Aizan, 2002). Akibatnya, ahli keluarga ini sering dipinggirkan.�

Menurut Benokraitis (1993), wanita yang bercerai berasa diri dipinggirkan daripada majlis mereka yang berkeluarga. Ini kerana mereka 'takut dijangkiti', tidak mahu dilihat sebagai menyebelahi mana-mana pihak dan takut wanita itu menggugat hubungan perkahwinan yang ada.

Masalah stigma ini bukan saja dirasakan oleh orang dewasa, malah anak mereka. Amato (1991) mendapati masyarakat umum mempunyai persepsi negatif terhadap kanak-kanak daripada keluarga yang bercerai, walaupun tahu bahawa pengkaji tidak menekankan kepada kesan buruk perceraian kepada kanak-kanak. Kata Amato, jangkaan negatif ini akhirnya menjadi nyata akibat sikap masyarakat.

Cabaran seterusnya berkaitan peranan yang bertambah. Dalam keluarga ibu tunggal, si ibu tadi akan mengambil alih peranan ketua keluarga yang selama ini dipegang oleh bapa.

Peranan ini adalah sesuatu yang baru untuk ibu tunggal. Daripada seorang isteri dan ibu, kini mereka menjadi ibu, ayah, ketua isi rumah, pekerja dan pencari nafkah. Ini tidak termasuk peranan untuk membesarkan anak dan menguruskan rumah tangga secara bersendirian (Tengku Aizan, 2002).

Beban peranan yang bertambah ini memberi tekanan kepada ibu tunggal dan boleh menjejaskan kesejahteraan mereka.

Selain mengambil alih peranan bapa sebagai pencari nafkah, ibu tunggal melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa yang ditinggalkan oleh suami. Maka sudah pasti ini menambahkan beban mereka. Menurut Tengku Aizan (2002), alam keibubapaan tunggal adalah mencabar dan kadang kala tidak mendapat perhatian sewajarnya kerana ibu atau bapa tunggal sibuk bekerja.

Maka, tidak hairan kajian mendapati ibu tunggal kurang membabitkan diri dengan kerja sekolah anak dan mengalami kesukaran untuk menyelia dan mendisiplinkan anak. Anak mereka pula mempunyai tahap tingkah laku antisosial yang tinggi dan mempunyai konsep kendiri yang rendah.

Tekanan ekonomi dan ketidaksejahteraan emosi menyebabkan ibu tunggal gagal menjalankan peranan dengan berkesan (Rojanah, 2002).

Keluarga yang ideal adalah keluarga lengkap iaitu mempunyai suami, isteri dan anak. Namun, namun Islam tidak melihat keluarga ibu tunggal sebagai keluarga yang tidak berfungsi seperti sepatutnya. Tiada ayat al-Quran mahupun hadis yang menyatakan bahawa keluarga induk tunggal adalah sesuatu yang devian, jelek, aneh dan janggal.

Sebaliknya, bentuk keluarga ini, khususnya yang berpunca daripada kematian pasangan, mendapat perhatian yang istimewa daripada Allah.

Betapa tidak, dari segi ekonomi wujud pelbagai perintah yang ditetapkan demi menjaga kebajikan balu dan anak yang ditinggalkan. Ia merangkumi pembahagian harta, larangan memakan harta anak yatim, kepentingan bersedekah dan keperluan melayan anak yatim dengan baik.

Dalam kes perceraian pula, dari segi ekonomi, Allah menetapkan bahawa bekas suami perlu memberi mutaah dan nafkah edah kepada bekas isteri. Nafkah anak wajib dibayar oleh si bapa hingga mereka boleh berdikari.

Namun, oleh kerana kematian sering dianggap sebagai ketentuan takdir, keluarga ibu tunggal yang kematian suami sering dilihat sebagai mulia. Sementara, keluarga induk tunggal akibat perceraian, sering kali dilihat secara negatif.

Ini mungkin kerana umum maklum hadis Rasulullah bermaksud: "Perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah ialah talak." (Hadis riwayat Abu Daud). Soalnya, wajarkah pandangan seperti ini? Seperti ajal maut dan jodoh pertemuan juga terletak di tangan Allah.

Islam tidak membezakan kedudukan keluarga ibu tunggal, baik akibat kematian mahupun perceraian. Ini kerana kedua-dua keadaan itu, mendapat perhatian sewajarnya daripada Allah. Allah yang menetapkan apa yang perlu dilakukan bagi menjamin kebajikan semua ahli yang terbabit dalam perkara itu. Hanya persepsi manusia yang membezakan kedua-duanya.

Persoalan timbul bagaimana Allah menjaga kebajikan ahli keluarga ibu tunggal. Allah sebagai Pencipta umatnya, Amat Mengetahui kemungkinan dalam hidup manusia.

Oleh itu, Allah mengeluarkan perintah tertentu bagi memenuhi keperluan manusia apabila kemungkinan itu berlaku.

artikel ini dipetik dari
27/05/2004 | Berita Harian tulisan Siti Fatimah Abd Rahman

Thursday, August 20, 2009

Aku tertinggal jumaat


Masa sekolah dulu, aku tak berapa kisah sangat hal agama. Walau aku memang sekolah arab, tapi, tak berapa meresap kat jiwa. Dari aku form 1 sampai form 3, aku tak berapa ingat apa hal aku buat. Tapi time form 4, baru aku kenal dunia. Mata baru celik. Time tu, masa banyak aku habiskan untuk membaca. Nak kata ulat buku, tak gak. Balik sekolah, mesti pegi library awam, dekat je ngan sekolah. Aku guna 2 kad library yang aku punya, 2 kad lagi kakak aku punya, so 4 buah buku la sekali pinjam.

Selalunya, aku pinjam 1 buku psikologi, 1 buku agama, biasanya karangan imam al-ghazali, pastu 1 buku hal2 ghaib, macam alam malaikat, jin syaitan tu la tapi dari sudut agama Islam la, satu lagi aku pinjam buku novel. Tu la yang selalu aku pinjam. Dalam masa 2 minggu, aku habiskan baca buku2 tu.

Oleh sebab selalu baca buku agama, so, sekurang2nya bertambah gak ilmu. Tak la bergantung sepenuhnya kat sukatan agama sekolah. Mulai dari tu, aku mula la lekat sembahyang skit. Tu pun kadang2 fail jugak la. Banyaknye dosa aku. Tapi, mula time tu gak, aku dah tak tinggal jumaat. Kalu sebelumnya, 2 kali p jumaat 1 kali tido hehee..

Mula form 4 lagi aku dah tak tinggal jumaat, macamana hal pun, aku tetap p jumaat, kecuali ujan lebat. Maklum la time tu, aku p mana2 je naik basikal. Kalu nak bawak motor tu, kena berangan je la. Mana aku ada duit nak beli motor walau teringin giler. Apa2 hal pun, naik basikal bleh menyihatkan badan.

Penah gak on the way p masjid, ujan turun selebat2nya. Apalagi, kuyup la aku, singgah kat pondok wakaf tepi jalan. Walau masjid dah tak jauh, tapi, takkan la basah kuyup gini nak naik masjid. Iktikaf kat pondok la sampai orang balik jumaat hehee...

Macamana la nak ada motor, aku kat kampung, duk ngan mak n adik pompuan aku je. Abang2 aku memang la ada motor kreta, tapi dorang tak duk kampung, tunggu dorang balik, bleh la numpang naik kreta. Siannya aku dulu2.

Penah time cuti maktab dulu, geng2 maktab yang satu negeri ni, datang la jalan2 p rumah, time malam. Kebetulan malam tu, aku kuar p ronda sorang2 naik basikal kesayangan aku tu la. Layan jiwa kat jeti marang... tu la hobi aku dari sekolah menengah. Duk sorang2 layan blues. Dorang datang rumah aku time tu ngan moto masing2 la. Dorang tanya la adik aku yang aku p mana, adik aku cakap, aku kuar ntah p mana. Dorang tanya pulak yang aku kuar pakai helmet ke tak, dalam kepala dorang, aku kuar naik moto la. Jangkanya, kalu pakai helmet, aku p jauh la, kalu tak pakai, p dekat2 je n tak lama la aku balik. Adik aku jawab, tak pakai. Kebetulan lak aku sampai umah ngan basikal aku... apa lagi, bergegar la dorang gelakkan aku sebab pakai basikal. Berabis dorang ketawa. Patut la tak pakai helmet, naik basikal bla...bla...bla..... letih aku dengar. Perghhh... macam hina je idup tak de motor. Ala... dorang pakai motor pun duit mak bapak dorang, bukan duit sendiri pun.

Tapi aku pakai basikal, bukan duit aku gak. Bangngoh aku yang belikan. Sampai sekarang basikal tu aku simpan tapi tergantung je la bawah rumah. Sayang nak jual. Banyak kenangan aku ngan basikal tu. Jatuh bangun aku ngan basikal tu. P library, p skolah, sume naik basikal tu.
Crita aku kuar naik basikal tu, tak abis gelak kat depan rumah aku je, dorang jaja lak crita tu sampai maktab. Aku wat donno je la. Dah memang tu je harta aku time tu. Tebalkan muka, keringkan hati....

Zaman2 maktab aku, tak banyak yang menarik sangat. First datang maktab, bangngoh aku yang antar. Masa dapat tau masuk maktab batu pahat, aku berangkat la ke KL dulu. Singgah rumah abang2 aku. Masa dapat tau dapat kat Johor, aku tanya mak aku, macamana? Bleh ke aku p Johor? Mak aku izinkan walau berat ati. Yelah, dah takde orang kat umah. Tinggal mak aku ngan adik pompuan aku je. Aku pun berat ati gak nak tinggalkan kampung. Tapi apa bleh buat. Tu je harapan masa depan aku. Adik beradik lain sume duk luar, tak duk kampung.

Maka berangkat la aku tinggalkan kampung. Naik bas malam kat bandar ganu nak p KL, aku terpaksa kuar dari kampung selewat2nya pas asar, kalu tak, dah takde transpot nak p stesen bas kkat bandar. Takde orang nak antar. Nak tunggu jadual bas kul 9 atau 10 malam, merayap la dulu kat bandar.

Kat KL, bangngoh yang uruskan dokumen aku. Belikan baju kemeja n slack. Kasut aku beli dari duit aku kumpul time keje 3 bulan pas spm. Bleh la wat beli barang2 skit. Time tu zaman gawat, tahun 98. Sume oang susah. Aku pilih maktab sebab dapat elaun. Kalu masuk U, banyak gak blanja sementara dapat PTPTN , so, jalan selamat, ambik maktab la. Minat aku sebenarnya nak masuk politeknik, bahagian kemahiran. Tapi sebab tawaran maktab yang dapat dulu, masuk maktab la. 3 bulan pas masuk maktab, baru la dapat tawaran politeknik kuantan, jurusan sains komputer, terpaksa aku tolak sebab dah sign aggrement ngan maktab.

Sehari sebelum daftar maktab, bangngoh bawak aku p N.Sembilan dulu, landing kat rumah mentua dia kat Rembau. Teringat aku cerita Aku Budak Minang tu. Minat giler crita tu walau aku bukan budak minang, tapi aku budak marang, dekat2 la tu bunyinye. Bermalam kat rembau, esoknya pagi, bertolak ke batu pahat. Sepanjang jalan, banyak la dengar nasihat dari bangngoh. Yang aku tak bleh lupa pasal bangngoh sampai bila2, time dia datang ambik aku kat Pengkalan Berangan masa aku kecik dulu... jadi orang buangan aku sekejab. Mangsa keadaan je aku ni. Tapi tak bleh la aku story detail kat sini sebab tu hal private. Tiap kali ingat hal tu, bleh nangis woooo..... memang aku tak bleh lupa hal tu selagi aku hidup.

Pas daftar maktab, p asrama. Bangngah bawak aku p cari bilik. Bila dah jumpe n kemas2 semua, sebelum start sesi orentasi, b.ngah nak balik, time tu la dia cakap, b.ngah dah tak bleh datang dah lain kali. Ni la first n last datang tgk aku kat sini. Macam nak meletup je jantung aku dengar kata2 tu. Aku tau, nak datang sini bukan dekat, banyak blanjanya. Tu la last dia tanggung aku dari aku kecik. Aku paham keadaan dia. Zaman gawat, kerja pun tak menentu. Aku takkan lupa jasa dia tu.

3 tahun duk maktab, tanpa ada sorang sedara pun jengok aku kat sini. Berbanding budak2 IPT sekarang, mak bapak dorang sekeluarga datang hantar n ambik dorang. Bertuah betul. Banding ngan aku, p stesen bas pun kena pikul beg sendiri.

Kat maktab, dengan tak di sangkanya, aku di title kan dengan ustaz. Tak di sangka2. Walau major math, tapi tetap di ustaz kan jugak. Tapi ok la jugak, dengan title tu, terjaga gak perangai aku. Tak la jadi dajal sangat. Walau banyak benda jahat yang terlintas, tapi tak sanggup nak buat.

Zaman maktab, (sambung bab jumaat), walau ngantuk macamana pun, aku tak tinggal jumaat. Ntah la, memang rasa tak kena kalu nak tinggal. Sampai la satu hari, mamang dah takdir Allah, aku tertidur. Bukan saje2 nak tido. Mulanya, lepas balik dari kuliah maktab tu, lupa dah semester brapa, tapi ari jumaat la, siap2 la nak p jumaat. Masjid dekat je ngan hostel. Dah siap pakai baju melayu semua dah, aku duk la atas katil sambil tunggu roommate aku siap2, hajatnye p turun same2 la. Memang biasanya gitu. Ntah la ari tu, sambil duduk2, tak sedar dahh.... tertidoooo..... sedar2, pintu bilik kena ketuk... time sedar, mamai la, tak ingat apa, terus bukak pintu, perghhh... berderau darah aku... warden, ustaz (pensyarah), n Hal ehwal pelajar(HEM) datang ambush orang ponteng. Kena pekik la suruh keluar. Aku tengok, ada beberapa orang gak la yang kantoi termasuk aku. Fuh malu giler. Ustaz aku dah start membebel. Option agama pun ponteng jumaat. Demi Allah, aku tak terniat langsung. Tu la first aku terlepas jumaat kat maktab. Terus je aku terima hukuman Allah. Malu tak terkira. Dalam kelam kabut duk kumpul orang ponteng, datang HEM tu, kami panggil dia Pak Akob, orang yang garang giler. Dia datang rapat ngan aku, dengan suara perlahan, dia tanye aku,‘apsal ponteng?‘ aku jawab, “saya tertido, tak berniat pun nak ponteng‘. Dengan perlahan dia cakap, ‘ok, ko masuk bilik n kunci“ dengan kata lain, dia selamatkan aku dari kena tangkap la waktu tu. Dengan tu gak, aku tak la masuk senarai blacklist disiplin maktab. Malu wooo... senyap2 aku masuk bilik. Dia cakap gak yang dia tau mana orang yang sengaja n tak sengaja ponteng, lagipun, aku tak pernah buat hal. So, selamat la aku sekejab. Ustaz aku time tu jeling je tengok aku di selamatkan. Hehee nasib... yang lain kena ambik nama sume....

Bila aku tanya roommate aku kenapa tak kejutkan aku, dia cakap, dia dah kejutkan, bila dia tengok aku sedar, pastu landing balik, dia terus kuar n kunci pintu. Masya allah, aku tak sedar langsung.

Kes tu tak abis kat situ. Minggu depannye, aku dipanggil sorang ustaz(pensyarah) lain, bukan ustaz yang ikut serbuan tu. Ustaz ni jenis garang gak la. Cakap pun pedas semacam je. Nak senang faham, aku singkat je nama dorang, yang ikut serbuan tu Ustaz K, yang panggil aku ngadap untuk brainwash lak ustaz Y. Kalau geng maktab baca ni, dorang tau la kot. Aku kena panggil ngadap ustaz Y ni ngan member aku sorang lagi yang kantoi gak. Tak yang sebut nama la. Kang dendam ngan aku lak. Masuk bilik dia, berapi kena sembur sebab malukan jabatan agama. Title ustaz tapi ponteng jumaat. Berdesing telinga. Ape bleh buat, dah salah aku. Dalam duk bising tu, ntah macamana, aku terjawab gak, kan ke sunnah tido sebelum jumaat? Tau apa jawapan ustaz tu? Kepala bapak kau sunnah, sunnah tido ni time kul 11 tengahari bukan time dah nak solat jumaat... perghhh berapi lagi... berasap je dalam ati... terpikir gak aku, macam ni sumpah seranah dari sorang ustaz untuk didik orang.... dengan jahilnya time tu, baru aku tau yang sunat tido ni jam 11 rupanya. Aku dapat ilmu ni melalui sumpah senarah n makian yang yang berjela. Maha Suci Allah, dalam setiap keadaan, kita dapat kutip ilmu. Aku kena study agama lebih mendalam lagi. Pas tu aku cakap lagi, saya memang tak sengaja, n tertido, sedangkan nabi cakap, Allah tak jatuhkan hukum atas orang yang tertidur, lupa n kena paksa, so, saya masuk kategori tertido, bukan sengaja... makin la dia mengamuk... jalan senangnya, diam je laaa... aku mula dendam ngan ustaz tu. Abis je sesi amukan dia tu, aku kuar, kebetulan bertembuang ngan Pak Akob, dia tanya gak aku, apasal ada kat bilik pensyarah, aku story la yang aku kena brainwash. Aku tanya gak, nama aku kena blascklist ke? Dia cakap, jangan risau, dia tak masukkan aku dalam blacklist dia, tapi kawan aku kena la. Aku selamat. Dalam ahati, selamat kat dunia la, kat akhirat, kena balas gak, moga2 Allah ampunkan, Dia Maha Mengetahui al sebenar.

Member2 1 kelas mula la bawak crita hal aku kantoi... kena jaja gak la... aku senyap je.. tak mampu nak defense dah.. aku harap abis situ. Rupanya tak. Ada lagi balasan dunia yang perlu aku tanggung.

Satu malam, warden buat perhimpunan mengejut kat hostel lelaki la. Sume lelaki. Aku mulanya tak tau gak apa agendanya. Dah kumpul semua dua blok hostel lelaki dalam bilik meeting, warden tu mula bagi taklimat, hingga la part ponteng jumaat minggu lepas, berderau darah aku. Kena lagi. Dia cakap, siapa yang kena tangkap jumaat lepas tak p solat jumaat, sila berdiri. Maka berdiri la dekat 10 orang gak tak silap aku. Perlahan2 aku berdiri. Masa tu aku dah tak peduli siap yang sama2 kantoi. Mungkin macam ni la di mahsyar nanti, kita dah tak peduli n tak sempat nak fikir hal orang lain dah, yang kita fikir, dosa2 kita depan mahkamah Allah. Dengan longlai dan malu, aku gagahkan untuk berdiri, ya Allah, betapa malunya aku. Warden tu sound, hah, ustaz pun tak pegi jumaat. Waktu tu, itu lah malu yang paling besar yang aku rasa. Tak ada yang lebih memalukan. Aku terfikir, ini baru perhimpunan 2 blok hostel, kat dunia je, macamana la malu nanti kat akhirat dengan dosa2 yang dah aku buat. Ini baru 1 dosa. Maha Suci Allah, Dia telah aibkan aku untuk aku rasa macamana aibnya nanti kat akhirat, supaya aku berfikir.

Malam tu, diri aku penuh dengan keaiban. Tak tahu mana nak letak muka. Cukup perit. Cukup hina dan dihina. Aku benar2 mohon ampun pada Allah. Biarlah aib di mata manusia, jangan aib di mata Allah. Aku mula mengira2, itu baru 1 solat yang aku tinggalkan, macamana dengan solat2 yang dulu2 pernah aku tinggalkan? Macamana nanti aku nak berdiri di tengah2 lautan manusia? Ada wajah kah nanti untuk aku hadapkan pada Zat yang Maha Agung? Dalam diam, airmata aku mula mengalir. Air mata bukan tanda kelemahan lelaki. Tapi ianya kurniaan Allah untuk meredakan sebak di dada... aku biarkan air mata itu mengalir, moga dapat membasuh dosa2 ku pada-Nya. Moga air mata ini menjadi pendinding dari bahang neraka. Moga air mata ini termasuk dalam semangkuk air yang rasulullah gunakan untuk memadam api yang tak terpadam kecuali dari air mata hamba2 yang menangis kerana takutkan azab Allah..... aminn...

Fahami hal puasa


1. Definisi:
Puasa ialah menahan diri dari makan, minum dan bersenggama mulai dari terbit fajar yang kedua sampai terbenamnya matahari. Firman Allah Ta 'ala:

“…. dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam....” (Al-Baqarah: 187).


2. Bila dan bagaimana puasa Ramadhan diwajibkan?
Puasa Ramadhan wajib dikerjakan setelah terlihatnya hilal, atau setelah bulan Sya'ban genap 30 hari. Puasa Ramadhan wajib dilakukan apabila hilal awal bulan Ramadhan disaksikan seorang yang dipercaya, sedangkan awal bulan-bulan lainnya ditentukan dengan kesaksian dua orang yang dipercaya.

3. Siapa yang wajib berpuasa Ramadhan?

Puasa Ramadhan diwajibkan atas setiap muslim yang baligh (dewasa), aqil (berakal), dan mampu untuk berpuasa.

4. Syarat wajibnya puasa Ramadhan?

Adapun syarat-syarat wajibnya puasa Ramadhan ada empat, iaitu Islam, berakal, dewasa dan mampu.

5. Bila anak kecil diperintahkan puasa?

Para ulama mengatakan Anak kecil disuruh berpuasa jika kuat, hal ini untuk melatihnya, sebagaimana disuruh shalat pada umur 7 tahun dan dipukul pada umur 10 tahun agar terlatih dan membiasakan diri.

6. Syarat sahnya puasa.

Syarat-syarat sahnya puasa ada enam:

a. Islam: tidak sah puasa orang kafir sebelum masuk Islam.
b. Akal: tidak sah puasa orang gila sampai kembali berakal.
c. Tamyiz: tidak sah puasa anak kecil sebelum dapat membezakan (yang baik dengan yang buruk).
d. Tidak haid: tidak sah puasa wanita haid, sebelum berhenti haidnya.
e. Tidak nifas: tidak sah puasa wanita nifas, sebelum suci dari nifas.
f. Niat: dari malam hari untuk setiap hari dalam puasa wajib.

Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari sebelum fajar, maka tidak sah puasanya." (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa'i dan At-Tirmidzi. Ia adalah hadits mauquf menurut At-Tirmidzi).

Dan hadits ini menunjukkan tidak sahnya puasa kecuali diiringi dengan niat sejak malam hari, iaitu dengan meniatkan puasa di salah satu bahagian malam.

4.1. Sunnah-Sunnah Puasa

Sunah puasa ada enam:

a. Mengakhirkan sahur sampai akhir waktu malam, selama tidak dikhuwatirkan terbit fajar.

b. Segera berbuka puasa bila benar-benar matahari terbenam.

c. Memperbanyak amal kebaikan, terutama menjaga shalat lima waktu pada waktunya dengan berjemaah, menunaikan zakat harta benda kepada orang-orang yang berhak, memperbanyak shalat sunat, sedekah, membaca Al-Qur'an dan amal kebajikan lainnya.

d. Jika dicaci maki, supaya mengatakan: "Saya berpuasa," dan jangan membalas mengejek orang yang mengejeknya, memaki orang yang memakinya, membalas kejahatan orang yang berbuat jahat kepadanya; tetapi membalas itu semua dengan kebaikan agar mendapatkan pahala dan terhindar dari dosa.

e. Berdo'a ketika berbuka sesuai dengan yang diinginkan. Seperti membaca do'a: "Ya Allah hanya untuk-Mu aku berpuasa, dengan rezeki anugerah-Mu aku berbuka. Mahasuci Engkau dan segala puji bagi-Mu. Ya Allah, terimalah amalku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

f. Berbuka dengan kurma segar, jika tidak mempunyai maka dengan kurma kering, dan jika tidak mempunyai cukup dengan air.

4.2. Hukum orang yang tidak berpuasa Ramadhan

Diperbolehkan tidak puasa pada bulan Ramadhan bagi empat golongan:

a. Orang sakit yang berbahaya baginya jika berpuasa dan orang bepergian yang boleh baginya mengqashar shalat.

Tidak puasa bagi mereka berdua adalah afdhal, tapi wajib menggadhanya. Namun jika mereka berpuasa maka puasa mereka sah (mendapat pahala). Firman Allah Ta'ala:

“ ….. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan lalu ia berbuka), maka wajiblah banginya bevpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain....” (Al-Baqarah:184).

Maksudnya, jika orang sakit dan orang yang bepergian tidak berpuasa maka wajib mengqadha (menggantinya) sejumlah hari yang ditinggalkan itu pada hari lain setelah bulan Ramadhan.

b. Wanita haid dan wanita nifas:

Mereka tidak berpuasa dan wajib mengqadha. Jika berpuasa tidak sah puasanya. Aisyah radhiallahu 'anha berkata: "Jika kami mengalami haid, maka diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak diperintahkan menggadha shalat." (Hadits Muttafaq 'Alaih).

c. Wanita hamil dan wanita menyusui.

Jika khuwatir atas kesihatan anaknya boleh bagi mereka tidak berpuasa dan harus mengqadha serta memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Jika mereka berpuasa maka sah puasanya. Adapun jika khuwatir atas kesihatan diri mereka sendiri, maka mereka boleh tidak puasa dan harus menggadha saja. Demikian dikatakan Ibnu Abbas sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud. (Lihat kitab Ar Raudhul Murbi', 1/124.)

d. Orang yang tidak kuat berpuasa kerana tua atau sakit yang tidak ada harapan sembuh.

Boleh baginya tidak berpuasa dan memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkannya. Demikian kata Ibnu Abbas menurut riwayat Al-Bukhari. (Lihat kitab Tafsir Ibnu Kalsir, 1/215.)

Sedangkan jumlah makanan yang diberikan iaitu satu mud (genggam tangan) gandum, atau satu sha' (+ 3 kg) dari bahan makanan lainnya. Lihat kitab 'Lrmdatul Fiqh, oleh Ibnu Qudamah, hlm. 28.)

4.3. Hal-hal yang membatalkan puasa.

a. Makan dan minum dengan sengaja. Jika dilakukan kerana lupa maka tidak batal puasanya.

b. Jima' (bersenggama) pada siang hari bulan Ramadhan.

Diharamkan melakukanjima' (bersenggama) pada siang hari bulan Ramadhan. Dan siapa yang melanggarnya harus menggadha dan membayar kaffarah mughallazhah (denda berat) iaitu membebaskan hamba sahaya. Jika tidak mendapatkan, maka berpuasa selama dua bulan berturut-turut; jika tidak mampu maka memberi makan 60 orang miskin; dan jika tidak mempunyai maka bebaslah ia dari kafarah itu.

Firman Allah Ta'ala: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...." (Al-Baqarah: 285). (Lihat kitab Majalisu Syahri Ramadhan, hlm. 102 - 108.)

c. Memasukkan makanan ke dalam perut. Termasuk dalam hal ini adalah suntikan yang mengenyangkan dan transfusi darah bagi orang yang berpuasa.

d. Mengeluarkan mani dalam keadaan terjaga kerana onani, bersentuhan, ciuman atau sebab lainnya dengan sengaja. Adapun keluar mani kerana mimpi tidak membatalkan puasa kerana keluarya tanpa sengaja.

e. Keluarya darah haid dan nifas. Manakala seorang wanita mendapati darah haid, atau nifas batallah puasanya, baik pada pagi hari atau petang hari sebelum terbenam matahari.

f. Sengaja muntah, dengan mengeluarkan makanan atau minuman dari perut melalui mulut. Hal ini didasarkan pada sabda Rasulullah s.a.w.

Barangsiapa yang muntah tanpa sengaja maka tidak wajib qadha, sedang barangsiapa yang muntah dengan sengaja maka wajib qadha." (HR. Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

Dalam lafazh lain disebutkan: "Barangsiapa muntah tanpa disengaja, maka ia tidak (wajib) mengganti puasanya)." Diriwayatkan oleh Al-Harbi dalam Gharibul Hadits (5/55/1) dari Abu Hurairah secara maudu' dan dishahihkan oleh AI-Albani dalam silsilatul Alhadits Ash-Shahihah No. 923.

g. Murtad dari Islam -semoga Allah melindungi kita darinya. Perbuatan ini menghapuskan segala amal kebaikan.

Firman Allah Ta'ala: “Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan.” (Al-An'aam: 88).

Tidak batal puasa orang yang melakukan sesuatu yang membatalkan puasa kerana tidak tahu, lupa atau dipaksa. Demikian pula jika tenggorokannya kemasukan debu, lalat, atau air tanpa disengaja.

Jika wanita nifas telah suci sebelum sempurna empat puluh hari, maka hendaknya ia mandi, shalat dan berpuasa.

Kewajipan orang yang berpuasa:

Orang yang berpuasa, juga lainnya, wajib menjauhkan diri dari perbuatan dusta, ghibah (menyebutkan kejelekan orang lain), namimah (mengadu domba), laknat mendo'akan orang dijauhkan dari rahmat Allah) dan mencaci-maki. Hendaklah ia menjaga telinga, mata, lidah dan perutnya dari perkataan yang haram, penglihatan yang haram, pendengaran yang haram, makan dan minum yang haram.

Puasa yang disunatkan:

Disunatkan puasa 6 hari pada bulan Syawwal, 3 hari pada setiap bulan (yang afdhal iaitu tanggal 13, 14 dan 15; disebut shaumul biidh), hari Isnin dan Khamis, 9 hari pertama bulan Zulhijjah (lebih ditekankan tanggal 9, iaitu hari Arafah), hari 'Asyuva (tanggal 10 Muharram) ditambah sehari sebelum atau sesudahnya untuk mengikuti jejak Rasulullah dan para sahabatnya yang mulia serta menyelisihi kaum Yahudi.

4.4. Pesanan dan nasihat

Manfaatkan dan pergunakan masa hidup anda, kesihatan dan masa muda anda dengan amal kebaikan sebelum maut datang menj emput. Bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat dalam setiap waktu dari segala dosa dan perbuatan terlarang. Jagalah fardhu-fardhu Allah dan perintah-perintah-Nya serta jauhilah apa-apa yang diharamkan dan dilarang-Nya, baik pada bulan Ramadhan mahupun pada bulan lainnya.

Jangan sampai anda menunda-nunda taubat, lain anda pun mati dalam keadaan maksiat sebelum sempat bertaubat, kerana anda tidak tahu apakah anda dapat menjumpai lagi bulan Ramadhan mendatang atau tidak?

Bersungguh-sungguhlah dalam mengurus keluarga, anak-anak dan siapa saja yang menjadi tanggungjawab anda agar mereka taat kepada Allah dan menjauhkan diri dari maksiat kepada-Nya. Jadilah suri tauladan yang baik bagi mereka dalam segala bidang, kerana Andalah pemimpin mereka dan bertanggungjawab atas mereka di hadapan Allah Ta'ala. Bersihkan rumah anda dari segala bentuk kemungkaran yang menjadi penghalang untuk berzikir dan shalat kepada Allah.

Sibukkan diri dan keluarga anda dalam hal yang bermanfaat bagi anda dan mereka. Dan ingatkan mereka agar menjauhkan diri dari hal yang membahayakan mereka dalam agama, dunia dan akhirat mereka.

Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya kepada kita semua untuk amal yang dicintai dan diridhai-Nya. Shalawat dan salam semoga juga dilimpahkan Allah kepada Nabi kita Muhammad, segenap keluarga dan para sahabatnya.

istimewanya bulan puasa


1. Puasa Ramadhan adalah rukun keempat dalam Islam. Firman Allah Ta'ala: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan asas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah: 183).

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Islam didirikan di atas lima sendi, iaitu: syahadat tiada sembahan yang haq selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi hajike Baitul Haram." (Hadits Muttafaq 'Alaih).


Ibadah puasa merupakan salah satu sarana penting untuk mencapai takwa, dan salah satu sebab untuk mendapatkan ampunan dosa-dosa, pelipatgandaan kebaikan, dan pengangkatan derjat. Allah telah menjadikan ibadah puasa khusus untuk diri-Nya dari amal-amal ibadah lainnya.

Firman Allah dalam hadits yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.: "Puasa itu untuk-Ku dan Aku langsung membalasnya. Orang yang berpuasa mendapatkan dua kesenangan, iaitu kesenangan ketika berbuka puasa dan kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya. Sungguh, bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada aroma kasturi." (Hadits Muttafaq 'Alaih).

Dan sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih).

Maka untuk memperoleh ampunan dengan puasa Ramadhan, harus ada dua syarat berikut ini:

a. Mengimani dengan benar akan kewajipan ini.
b. Mengharap pahala kerananya di sisi Allah Ta 'ala.

2. Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeza antara yang haq dan yang bathil.

3. Pada bulan ini disunatkan shalat tarawih, yakni shalat malam pada bulan Ramadhan, untuk mengikuti jejak Rasulullah, para sahabat dan Khulafaur Rasyidin.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa mendirikan shalat malam Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih).

4. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa mendirikan shalat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala, dari Allah niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih).

Malam ini terdapat pada sepuluh malam terakhir, dan diharapkan pada malam-malam ganjil lebih kuat daripada di malam-malam lainnya. Kerana itu, seyogianya seorang muslim yang senantiasa mengharap rahmat Allah dan takut dari siksa-Nya, memanfaatkan kesempatan pada malam-malam itu dengan bersungguh-sungguh pada setiap malam dari kesepuluh malam tersebut dengan shalat, membaca Al-Qur'anul Karim, zikir, do'a, istighfar dan taubat yang sebenar-benarnya. Semoga Allah menerima amal ibadah kita, mengampuni, merahmati, dan mengabulkan do'a kita.

5. Pada bulan ini terjadi peristiwa besar iaitu Perang Badar, yang pada keesokan harinya Allah membezakan antara yang haq dan yang bathil, sehingga menanglah Islam dan kaum muslimin serta hancurlah syirik dan kaum musyrikin.

6. Pada bulan suci ini terjadi pembebasan kota Makkah Al-Mukarramah, dan Allah memenangkan Rasul-Nya, sehingga masuklah manusia ke dalam agama Allah dengan berbondong-bondong dan Rasulullah menghancurkan syirik dan paganisme (keberhalaan) yang terdapat di kota Makkah, dan Makkah pun menjadi negeri Islam.

7. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka ditutup dan para syaitan diikat.

Betapa banyak berkah dan kebaikan yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Maka kita wajib memanfaatkan kesempatan ini untuk bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan beramal shalih, semoga kita termasuk orang-orang yang diterima amalnya dan beruntung.

Perlu diingat, bahawa ada sebahagian orang -semoga Allah menunjukinya- mungkin berpuasa tetapi tidak shalat, atau hanya shalat pada bulan Ramadhan saja. Orang seperti ini tidak berguna baginya puasa, haji, mahupun zakat. Kerana shalat adalah sendi agama Islam yang ia tidak dapat tegak kecuali dengannya.

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Jibril datang kepadaku dan berkata, 'Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya) (Lihat kitab An Nasha i'hud Diniyyah, hlm. 37-39).

Maka seyogianya waktu-waktu pada bulan Ramadhan dipergunakan untuk berbagai amal kebaikan, seperti shalat, sedekah, membaca Al-Qur'an, zikir, do'a dan istighfar. Ramadhan adalah kesempatan untuk menanam bagi para hamba Ailah, untuk membersihkan hati mereka dari kerosakan.

Juga wajib menjaga anggota badan dari segala dosa, seperti berkata yang haram, melihat yang haram, mendengar yang haram, minum dan makan yang haram agar puasanya menjadi bersih dan diterima serta orang yang berpuasa memperoleh ampunan dan pembebasan dari api Neraka.

Tentang keutamaan Ramadhan, bersabda Rasulullah s.a.w.: "Aku melihat seorang laki-laki dari umatku terengah-engah kehausan, maka datanglah kepadanya puasa bulan Ramadhan lalu memberinya minum sampai kenyang" (HR. At-Tirmidzi, Ad-Dailami dan Ath-Thabarani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir dan hadits ini hasan).

"Shalat lima waktu, shalat Jum'at ke shalat Jum 'at lainnya, dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antaranya jika dosa-dosa besar ditinggalkan." (HR. Muslim).

Jadi hal-hal yang fardhu ini dapat menghapuskan dosa-dosa kecil, dengan syarat dosa-dosa besar ditinggalkan. Dosa-dosa besar, iaitu perbuatan yang diancam dengan hukuman di dunia dan siksaan di akhirat. Misalnya: zina, mencuri, minum arak, mencaci kedua orangtua, memutuskan hubungan kekeluargaan, transaksi dengan riba, mengambil risywah (wang suap), bersaksi palsu, memutuskan perkara dengan selain hukum Allah.

Seandainya tidak terdapat dalam bulan Ramadhan keutamaan-keutamaan selain keberadaannya sebagai salah satu fardhu dalam Islam, dan waktu diturunkannya Al-Qur'anul Karim, serta adanya Lailatul Qadar -yang merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan- di dalamnya, niscaya itu sudah cukup, Semoga Allah melimpahkan taufik-Nya. (Lihat kitab Kalimaat Mukhtaarah, hlm. 74 - 76.)

Kasihnya Allah pada kita


Rasulullah s.a.w. ada bersabda,
"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.Malaikat yang di sebelah kanan
lebih berkuasa dari yang sebelah kiri.Sekiranya seseorang anak Adam melakukan
dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah
kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan,
"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.
Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan kesalahan,apa
yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan,

"Biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah
s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.Oleh itu hapuskanlah 5
kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5
pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini
sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada
hambanya,kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja
yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Monday, August 10, 2009

Rahsia Solat Awal Waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,
merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.



Wallahu 'alam.


Friday, August 7, 2009

Akhir Hidup si Pencari Tuhan


Abdul Wahid bin Zaid berkata, "Ketika itu kami naik perahu, angin kencang berhembus menerpa
perahu kami, sehingga kami terdampar di suatu pulau. Kami turun ke pulau itu dan mendapati
seorang laki-laki sedang menyembah patung."

Kami berkata kepadanya, "Di antara kami, para penumpang perahu ini tidak ada yang melakukan
seperti yang kamu perbuat."

Dia bertanya, "Kalau demikian, apa yang kalian sembah?"

Kami menjawab, "Kami menyembah Allah."

Dia bertanya, "Siapakah Allah?"

Kami menjawab, "Zat yang memiliki istana di langit dan kekuasaan di muka bumi."
Dia bertanya, "Bagaimana kamu bisa mengetahuinya?"

Kami jawab, "Zat tersebut mengutus seorang rasul kepada kami dengan membawa mukjizat yang
jelas, maka rasul itulah yang menerangkan kepada kami mengenai hal itu."

Dia bertanya, "Apa yang dilakukan oleh rasul kalian?"

Kami menjawab, "Ketika beliau telah tuntas menyampaikan risalah-Nya, Allah SWT mencabut
rohnya, kini utusan itu telah meninggal."

Dia bertanya, "Apakah dia tidak meninggalkan sesuatu tanda kepada kalian?"

Kami menjawab, "Dia meninggalkan kitabullah untuk kami."

Dia berkata, "Coba kalian perlihatkan kitab suci itu kepadaku!"

Kemudian, kami memberikan mushaf Qur’an kepadanya.

Dia berkata, "Alangkah bagusnya bacaan yang terdapat di dalam mushaf itu."

Lalu, kami membacakan beberapa ayat untuknya. Tiba-tiba ia menangis, dan berkata, "Tidak pantas
Zat yang memiliki firman ini didurhakai." Maka, kemudian ia memeluk Islam dan menjadi seorang
muslim yang baik.

Selanjutnya, dia meminta kami agar diizinkan ikut serta dalam perahu. Kami pun menyetujuinya,
lalu kami mengajarkan beberapa surah Alquran. Ketika malam tiba, sementara kami semua tidur,
tiba-tiba dia bertanya, "Wahai kalian, apakah Zat yang kalian beri tahukan kepadaku itu juga tidur?"

Kami menjawab, "Dia hidup terus, Maha Mengawasi dan tidak pernah mengantuk atau tidur."
Dia berkata, "Ketahuilah, adalah termasuk akhlak yang tercela bilamana seorang hamba tidur
nyenyak di hadapan tuannya." Dia lalu melompat, berdiri untuk mengerjakan salat. Demikianlah,
kemudian ia qiamullail (shalat malam) sambil menangis hingga datang waktu subuh.
Ketika sampai di suatu daerah, aku berkata kepada kawanku, "Laki-laki ini orang asing, dia baru
saja memeluk Islam, sangat pantas jika kita membantunya." Mereka pun bersedia mengumpulkan
beberapa barang untuk diberikan kepadanya, lalu kami menyerahkan bantuan itu kepadanya.
Seketika saja ia bertanya,
"Apa ini?"
Kami jawab, "Sekadar infak, kami berikan kepadamu."

Dia berkata, "Subhanallah, kalian telah menunjukkan kepadaku suatu jalan yang kalian sendiri
belum mengerti. Selama ini aku hidup di suatu pulau yang dikelilingi lautan, aku menyembah zat
lain, sekalipun demikian dia tidak pernah menyia-nyiakan aku … maka bagaimana mungkin dan
apakah pantas Zat yang aku sembah sekarang ini, Zat Yang Maha Mencipta dan Zat Maha Memberi
rezeki akan menelantarkan aku?"

Setelah itu dia pergi meninggalkan kami. Beberapa hari kemudian aku mendapat kabar bahwa ia
dalam keadaan sakaratul maut. Kami segera menemuinya, dan ia sedang dalam detik-detik
kematian. Setiba di sana aku ucapkan salam kepadanya, lalu bertanya, "Katakanlah, apa yang kamu
inginkan?"

Dia menjawab, "Keinginanku adalah berupa sebuah doa, dan itupun telah lama terkabul yaitu saat
kalian datang ke pulau itu, dimana ketika itu aku tidak mengerti kepada siapa aku harus
menyembah."

Kemudian, aku bersandar pada salah satu ujung kainnya untuk menenangkan hatinya, tiba-tiba saja
aku tertidur. Dalam tidurku aku bermimpi melihat teman yang di atasnya terdapat kubah di sebuah
kuburan seorang ahli ibadah. Di bawah kubah terdapat tempat tidur sedang di atasnya nampak
seorang gadis sangat cantik. Gadis itu berkata, "Demi Allah, segeralah mengurus jenazah itu, aku sangat rindu kepadanya." Maka, aku terbangun dan aku dapati orang tersebut telah mati. Lalu aku memandikan dan kafani jenazah itu.

Pada malam harinya, saat aku tidur, aku memimpikannya lagi. Aku lihat ia sangat bahagia,
didampingi seorang gadis di atas tempat tidur di bawah kubah sambil menyenandungkan firman
Allah, "(Sambil mengucapkan), 'Salamun 'alaikum bima shabartum.' Maka, alangkah baiknya
tempat kesudahan itu" (Ar-Ra'd: 24). (Al-Mawa'izh wal-Majalis, 40).

Sumber: 99 Kisah Orang Shalih, terjemahan dari kitab Mi'ah Qishshah min Qishashish, Muhammad
bin Hamid Abdul Wahab.

Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq