Followers

Friday, July 3, 2009

Projek photoshop aku...



Akhirnye aku dapat siapkan jgak bannerbulan membaca atas permintaan pusat sumber skolah aku.. Walau tak seberapa sgt, tapi ni la hasil yang aku dapat buat, sememangnye aku takde idea. Dah cari dalam internet, xde gak yang bleh aku wat rujukan. Gerenti ade yang komen itu komen ini. Senang je nak jawab, Free, klu tak puas ati, wat je la sendiri. So, tolong bagi komen membina.. Sebelum ni ada dah skolah yang aku wat kan banner gini, dapat gak aku income walau murah.. Rupanya blaja photoshop ni betul2 bleh wat duit...
Aku bukan lama sangat blaja photoshop. Tak pernah ikut bengkel. Byk blaja sendiri n tanye kawan2. Kebanyakannya, orang takut nak cuba. Permulaan aku pun gitu. Bukak je photoshop, blank je. Tak tau nak bukak ape. Tak tau nak start mane. Sekarang, alhamdulillah. Dah tau skit2. Sekurang2nya, bleh edit gambo sendiri.

Paling aku bengang, hal gambo kawin aku dulu. Semua gambo yang aku upah, tak menggambarkan profesional. Masalahnya, ngaku pro. Bengang tul. Gelap n tekde angle yang pro. Terpaksa la aku ejas sendiri guna photoshop. Aku yang gelap ni bertambah gelap dalam gambo2 tu.. Tu la yang aku bengkek.. Dari situ la aku serius skit wat photoshop...

Satu hal lagi, aku dah mula taruk nama aku kat design yang aku wat. Asalnye tak taruk, tapi design aku diciplak n digunakan tanpa rela aku n tanpa izin aku pun. Asalnye, bila aku tunjuk design, duk komen itu ini, pastu kuar gak peringkat daerah. Time peringkat gabungan, perkhh.. design aku kuar tapi diganti tarikh n nama tempat jerk.. Dari situ, aku mula letak nama laa... pengajaran.....

Untuk sekolah, alhamdulillah ade yang nak blaja buat benda ni. Aku tak keberatan nak curahkan ilmu yang ade walau sikit. Bleh kongsi2. Kot2 nanti bleh wat bengkel utk orang luar. Bleh tambah pendapatan hehehehee.. Skrg ni aku tengok, bengkel asas photoshop pun dah Rm1000 lebih satui kepala kalu nak blaja.Yang tebaru yang aku tau, rm 400 satu kepala, tu pun bukan dari orang2 pro. So, mungkin nanti, klu ade yang berminat, bleh la aku ajar asas untuk rm200 satu kepala hahahaa tak gitu? ade yang setuju, bleh kontek kat chat box... tq tq.....

Monday, June 29, 2009

Pintasan untuk komputer


Di sini aku sediakan beberapa pintasan mudah yang pasti berguna terutama kepada mereka yang masih baru dalam bidang ini. Selamat Mencuba!

Shut down
Untuk shut down tekan kekunci Alt + F4

Select All, Copy, Paste dan Save
Untuk Select All tekan kekunci Ctrl + A, Untuk Copy tekan kekunci Ctrl + C, Untuk Paste, tekan kekunci Ctrl + V dan Untuk Save tekan kekunci Ctrl + S. Untuk Un do tekan Ctrl + Z
Untuk menghentikan "downloading web page" Selain dari klik pada ikon stop pada taskbar, anda boleh juga menekan kekunci Esc.


Untuk membuka link dalam satu tetingkap baru
Selain dari klik kanan >Open Link in New Window. Anda boleh juga menekan kekunci Shift serentak dengan klik kiri dengan meletakkan penunjuk tetikus pada link yang dikehendaki. Ini sangat berguna apabila kita melayari laman web yang banyak mengandungi image.

Pintasan ke 'Start'
Selain daripada menggunakan tetikus atau kekunci berlogo Windows untuk pergi ke Start, anda juga boleh menekan Ctrl + Esc.

Mencetak dari web
Untuk mencetak satu frame dari web page, klik kanan dalam frame tersebut dan klik print.

Melihat properties sesuatu fail
Cara lain untuk melihat properties sesuatu fail ialah dengan menekan ALT + ENTER @ ALT + 2 klik

Membuka satu tetingkap IE baru
Tekan Ctrl+N, untuk membuka satu tetingkap baru Internet Explorer.

Menamakan (rename) sesuatu fail
Cara lain untuk menamakan semula (Rename) sesuatu fail, ialah dengan menekan F2.

Membuang fail tanpa ke Recycle Bin
Untuk membuang sesuatu fail tanpa dimasukkan ke dalam Recycle Bin dengan segera, anda perlu menekan kekunci SHIFT + DELETE.
Dengan ini anda tidak perlu mengosongkan Recycle Bin.

Menyimpan Url kedalam My Favorite
Tekan Ctrl+D semasa web page itu berada dalam browser Internet Explorer.

Hentikan Fungsi Autoplay
Untuk menghentikan fungsi autoplay ketika memasukkan CD, anda perlu menekan kekunci SHIFT ketika memasukkan cakera padat (CD) anda.

Pintasan ke tapak web baru
Bagi pengguna Internet Explorer @ Netscape Navigator, langkah untuk membuka satu tapak Web baru boleh dipermudahkan dengan menekan kekunci Ctrl dan kekunci O secara serentak. Pelayar Web versi berlainan mungkin menggunakan kekunci L selain kekunci O.

Pintasan untuk Windows Explorer
-Untuk ke Windows Explorer dengan mudah, anda hanya perlu menekan kekunci ber'logo' Windows serentak dengan kekunci E.

Fungsi kekunci F11
-Untuk melihat browser Internet Explorer dalam Full screen mode, tekan kekunci F11. untuk kembali tekan F11 sekali lagi.

Melebarkan dan mengecilkan tingkap
-Anda hanya perlu klik 2 kali pada 'title bar' untuk membesarkan atau mengecilkan saiz tetingkap anda misalnya internet explorer.

Pintasan web dari desktop
-Anda boleh membina pintasan dari desktop ke webpage dengan cara klik kanan pada web page diikuti dengan Create Shortcut.

Masalah untuk bermain games
-Sekiranya anda telah meng'install' sesuatu games tetapi tidak dapat bermain kerana sistem menyatakan tiada CD walaupun anda telah memasukkan CD tersebut, anda perlu copy fail dari direktori patch atau crack dari cd tersebut ke dalam folder games itu di hard-disk.

Mempersegarkan paparan
-Persegar Paparan- Anda boleh membuat pilihan sama ada menekan butang View/Fresh yang terletak pada taskbar atau memanfaatkan butang kekunci F5 bagi mempersegar (refresh) pada paparan Explorer.

Melihat permulaan dan akhir dokumen
-Untuk melihat permulaan sesuatu dokumen, tekan kekunci HOME, untuk melihat akhir sesuatu dokument tekan kekunci END.

Pintasan mudah
-Anda boleh menggunakan beberapa pintasan yang disediakan pada papan kekunci untuk membuka program tertentu iaitu:
Tekan kekunci Windows dan :
E -melancarkan Windows Explorer/My Computer
R -membuka kotak Run
F -membuka kotak Find
F1- melancarkan help www.familiazam.com
M -mengecilkan semua tetingkap yang terbuka (untuk membesarkan tekan Shift+Windows+M)

KESALAHAN - KESALAHAN BERKAITAN DENGAN IBADAH JUM'AT


1. Sebagian orang bermalas-malasan mengerjakan ibadah Jum'at, bahkan meninggalkannya. Nabi SAW brsabda: "Hanya ada dua pilihan buat manusia: Menghilangkan kebiasaannya meninggalkan ibadah Jum'at, atau Allah akan menutup hati mereka, maka jadilah mereka orang-orang yang lalai". (HR. Muslim).


2. Sebagian orang tidak menyertakan niat ketika berangkat ke masjid untuk melaksanakan shalat Jum'at. Anda akan melihat ia pergi ke masjid hanya sekedar menjalani rutinitas, padahal niat adalah syarat sahnya ibadah Jum'at dan ibadah-ibadah yang lain. Nabi SAW bersabda: "Segala amal itu semata tergantung pada niatnya". (HR. Bukhari).

3. Bergadang pada malam Jum'at sehingga larut malam, sehingga mengakibatkan ketinggalan shalat subuh karena ketiduran. Yang terjadi kemudian, ia membuka lembaran hari Jum'at dengan dosa besar. Nabi Saw bersabda: "Shalat yang paling utama di sisi Allah adalah shalat subuh pada hari Jum'at dan dikerjakan secara berjama'ah". (As-Sohihah : 1566).

4. Berlambat-lambat dalam menghadiri khutbah Jum'at. Sebagian datang di tengah khutbah, bahkan ada yang datang ketika shalat tengah dilaksanakan.

5. Meninggalkan mandi besar, tidak memakai parfum, tidak bersiwak dan tidak mengenakan pakaian terbaik.

6. Melakukan transaksi sesudah adzan Jum'at dikumandangkan. Allah SWT berfirman "Wahai orang-orang beriman, jika kalian diseru untuk shalat pada Jum'at, maka bergegaslah menuju dzikir kepada Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kalian mengetahui" (QS. 62: 9) Ibnu Abbas ra berkomentar: ' Saat itu haram hukumnya melakukan jual beli".

7. Berbakti kepada Allah dengan kemaksiatan, seperti membiasakan mencukur jenggot setiap hari Jum'at, dengan anggapan sebagai kesempuranaan kebersihan.

8. Duduk di barisan belakang tatkala barisan depan belum penuh, bahkan ada yang duduk di teras luar masjid, padahal ia berada di masjid yang lapang.

9. Menyuruh berdiri orang yang sedang duduk untuk ditempati tempat duduknya. Sahabat Jabir ra meriwayatkan, Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian menyuruh berdiri saudaramu pada saat ibadah Jum'at, lalu kalian duduki tempat duduknya. Tapi hendaklah mengatakan: "Tolong digeser agar lapang". (HR. Muslim).

10. Melangkahi pundak/punggung jama'ah yang sedang duduk, membelah posisi dua orang (memaksa duduk diantara dua orang sedangkan tempatnya sudah sempit), mengganggu dan mempersempit tempat mereka. Rasulullah SAW menegur orang yang melangkahi punggung jamaah, sementara beliau sedang berkhutbah: "Duduklah, kamu telah menyakiti dan mengganggu orang lain" (Shahih At-Targhib dan At-Tahrib, dan shahih Ibnu Majah).

11. Mengeraskan suara berupa pembicaraan atau bacaan, karena hal ini mengganggu konsentrasi jama'ah yang sedang shalat atau membaca Al-Qur'an.

12. Keluar dari Masjid sesudah adzan dikumandangkan tanpa alasan yang mendesak.

13. Tidak memperhatikan khutbah dan tidak diam mendengarkan apa yang disampaikan khotib.

14. Melakukan shalat dua rakaat antara dua khutbah, padahal yang disyariatkan adalah do'a dan istighfar hingga naiknya kembali khotib untuk khotbah kedua.

15. Banyak bergerak ketika shalat, cepat keluar dari masjid setelah salam, berjalan di depan orang yang sedang shalat, dan berdesakan di pintu untuk berebut segera keluar, tanpa mengisi waktunya dengan dzikir sesudah shalat sebagaimana dituntunkan.



Wednesday, June 24, 2009

Catatan untuk sahabat di SMK Gadong.

Sahabatku,
Memang orang selalu cakap apa yang ada di depan mata selalu tak dihargai,dilupakan dan diremehkan.Dan memang orang juga selalu cakap bila kita kehilangan itu semua barulah kita rasa kecewa,duka lara, pedih dan sengsara. Dan memang semua itu sekarang terbeban atas bahu aku yang hampir patah ni.Dan aku sendiri macam hampir rebah menanggung rindu pada SMK GADONG dan terutamanya sekali kehidupan dulu. Aku teramat rindu pada arwah suami(selalu air mata akan menitis bila rindu ini datang),aku rindu pada rutin kehidupan bersama arwah di Beaufort.Aku rindu pada kawan kawan yang mesra dan memahami.Aku rindu pada anak anak muridku .Sesungguhnya aku amat rindu dan rindu ini hampir membunuh kebahagiaan aku disini.

Sahabatku,
Bukan menyalahkan takdir tapi jika diberi pilihan aku tidak mahu di sini dengan cara begini. Aku ingin di sini dengan anak dan suami bersama sama membina hidup baru di kampung.Aku ingin tinggalkan Beaufort dengan hati ringan dan penuh kerelaan.Aku ingin melambai kegirangan kepada sahabat semua bukan dengan linangan air mata kesedihan.Aku ingin tersenyum lebar dengan hati yang berbunga-bunga.Aku juga ingin sampai di kampung dengan senyuman megah kerana berjaya menabur bakti di negeri sendiri.Aku ingin membiarkan sahabat lain cemburu kerana aku berjaya pulang ke bumi kelahiran.Tapi itu semua hanya keinginanku yang tidak mungkin tercapai kerana kuasa Allah itu maha hebat.Allah ada perencanaannya yang mustahil untukku ketahui.

Sahabatku,
Kadang kala aku terfikir adakah tepat pilihan yang kubuat ini?Adakah pilihan ini membuahkan kebahagiaan kepadaku atau menambah penderitaan? Kehidupan di sini terasa semakin sukar.Kerinduan pada arwah bagai racun yang membinasakan hidupku.Air mata bagai tidak mahu berhenti. Hanya kerana malu dan segan aku lapkan air mata bila sampai di sekolah.Dan selebihnya aku menghabiskan hari dengan termenung dan bersedih. Entah bila kerinduan ini akan bertukar menjadi ubat dan penawar. Masa terlalu lambat berlalu kerana kata orang masa yang akan jadi pengubat segala penderitaan. Itu kata orang......

Sahabatku,
Tentu kamu semua ingin tahu keadaan sekolah baruku di sini.Alhamdulilah mereka menerimaku seadanya. Perbezaan memanglah terlalu banyak dan kalau ditulis senaskah buku pun tak siap.Hari pertama sampai aku memang kagum dengan kecantikan sekolah dan memang jauh benar bezanya dengan SMK Gadong yang serba kekurangan. Di sini segala kemudahan pelajaran bertambun.Segala modul pengajaran bersepah.Itulah antara kemurahan hati Jabatan Pendidikan Negeri yang sponsor segala buku rujukan dan pelbagai modul dari guru pakar.Alangkah bertuahnya pelajar di sini. Peraturan yang serba kemas menbuatkan dadaku sesak. Apatah lagi dengan sistem punch cardnya memang tidak boleh lagi datang atau balik sesuka hati. Nak keluar pun perlu bersurat itu dan ini.Nak ambil cuti hih tak payahlah.Kalau mesyuarat di luar mesti balik ke sekolah selagi belum habis waktu P&P.Ditambah pula dengan waktu P&Pnya yang sangat panjang dan melelahkan.Malah selepas waktu persekolahan ada lagi kelas tambahan, waktu gerko,mesyuarat,solat berjemaah,bacaan yasin dan sebagainya.Waktu pulang pukul tiga atau empat pekara biasa.Hari Sabtu diisi dengan pelbagai programseperti LADAP,PERKASA PMR,PERKASA SPM,SAGA dan entah apa lagi.Dalam seminggu rehatnya satu hari.Ya Tuhan sangat melelahkan fizikal dan juga mental.Guru-gurunya pula kalau di Gadong aku antara yang sudah veteran tapi di sini aku antara yang paling muda.Tentu kekok dan serba canggung untuk aku memulakan persahabatan dengan guru-guru yang ternyata kaya berpengalaman dan majoritinya DG44. Adus....inilah.tekanan pertama yang aku hadapi.

Sahabatku,
Kalau di Gadong aku seorang yang peramah dan periang tapi di sini aku menjadi pendiam dan hanya mampu tersenyum.Kadang kala tersasul juga loghat Sabahan.Takut juga dikatakan lupa asal usul.Malah aku masih berbahasa Sabahan di rumah kerana anak anak tidak faham loghat Terengganu. Perkataan”bah” masih lekat di lidah.Apa boleh buat arwah suami pun orang Sabah.

Sahabatku,
Di sini payah aku mencari kawan yang”veteran” tapi bergaya macam kak Rusta,Kak Mar dan kak Jubai.Mereka semua natural beauty tanpa lipstik di bibir. Bergaya simple sehingga aku takut pula sehingga aku rasa sudah tua berbanding usia.Mungkin kalau berjumpa dengan aku,semua kawan kawan akan terkejut.Nak cari kawan kawan sehati sejiwa macam Eni,Chik,Ina,Ha, Kak Hawa,Kak Chin,Aure dan lain lain tu rasanya macam tak jumpa.Jadi rindu sangat nak bercerita di kantin sampai ‘lupa daratan’.Cikgu-cikgu lelakinya pula alahai manala nak cari kacak macam si Kanthan,Puva,Pisol,Ust Amir Cg Saban dan Cg Manan.Apatah lagi yang hensem seperti Asri,Cg Musnin,Saipul,Haszami dan Cg Param.Ataupun manis macam Ustaz Ruslimi dan Ustaz Idham.Apatah lagi sentiasa smart macam cg Mahmud. Dan Cg Halim.Ataupun juga cute macam Benjamin, Fared dan cg Tukiman. Barulah aku tahu rupa-upanya cikgu cikgu lelaki di Gadong paling tampan di dunia. Aduhai rindunya aku dengan Beaufort.

Sahabatku.
Mungkin lepas ni aku bertambah rindu dengan kontrovesi yang selalu ada di Gadong. Di sini suasana ‘flat’, guru gurunya selalu sibuk mengusung fail ke sana sini. Sibuk dengan TOV,OTI1,OTI2 dan segala macam program di sekolah. Mereka profesional dan sentiasa penuh komitmen dalam tugas.Tak pernah aku mendengar mereka komplen atau merungut jika terpaksa pulang lambat atau terpaksa datang pada hari Sabtu. Apatah lagi guru lelaki dan perempuan dipisahkan di bilik berlainan. Mustahil dapat bergurau senda seperti dengan Fared yang suka’ mengambil kesempatan dalam kesempitan.
Para pelajarnya pula, ya ampun.....Susahnya aku mengawal mereka.Seakan hilang semua kepakaran aku selama sepuluh tahun untuk membimbing mereka.Malah selalu aku menyeka air mata kerana sedih terpaksa mengharungi keahidupan sepayah begini. Dan di saat begini hati aku menangis terasa sangat betapa selesanya aku di Gadong.Dalam hati berkata kata jika arwah masih hidup aku tidak perlu berhadapan dengan kesukaran begini. Dan tentu pada waktu ini aku masih di Gadong dan berbahagia bersamanya dan bukannya memendam kesedihan setiap hari Ya Allah ampunkan diri ini yang sebegini lemah dalam menghadapi ujian-Mu.Ampunkan hamba –Mu yang mempersoalkan ketentuan takdir yang Engkau tuliskan.

Sahabat-sahabatku,
Payah benar aku meyesuaikan diri di sini.Aku menjadi serba canggung dan serba kekok.Aku menjadi pesimis dan buntu untuk membuat keputusan.Kehilangan suami benar benar menyebabkan aku hilang tempat bergantung. Jika selama ini dia akan menyelesaikan segala kekusutan yang aku alami. Dia dengan sabar mendengar segala masalah dan keluhan yang aku lontarkan.Ketiadaan dia menyebabkan dunia sekeliling aku turut mati.Tidak tahu kepada siapa lagi aku ingin mengadu keluh kesah.Tiada lagi orang yang sanggup membawa aku ke mana sahaja yang ingin aku pergi.Kehilangan ini menyebabkan aku jadi cemburu kebahagiaan orang lain kerana aku tidak mungkin menikmati lagi kebahagian seperti itu. Dan berbahagialah kamu semua kerana masih memiliki orang tersayang dan masih di Gadong.Bersyukurlah.....

Sahabatku semua,
Sampai di sini coretanku.Mudah mudahan dapat menghilangkan sedikit kerinduan pada masa lalu.Doakan dan titipkan kasih sayang kamu semua agar aku dapat bertahan disini.Salam kasih dan sayang dari kami sekeluarga.

Monday, June 22, 2009

Tempayan Retak..


Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah
majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, karena dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari porsi yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah porsi air dari yang seharusnya dapat saya bawa karena adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Karena cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak Memperhatikan dan baru menyadari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, Ia kembali sedih karena separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu karena aku selalu menyadari akan cacadmu dan aku memanfaatkannya.Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu,dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, Majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah
sekarang."

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan kamu pun dapat menjadi sarana keindahan Tuhan.

#Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, Kita menemukan kekuatan kita.

Wanita Berpurdah Hitam


Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang bila, sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya, dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut
menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah tiba untuk solat?- tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh dilakukan tapi
mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu -adakah ini khayalanku saja?- melambaiku lagi.

Kasihan aku pada diriku ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, senantiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana
kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila? Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu benar-benar.

Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama. Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku kan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.

Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.

"Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya." Aku akur. "Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah buangkan," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau
tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir. "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh.
Perutku itu terasa bersimpul bila kunci itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahaminya. "Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik,
hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya.

"Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi. "Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku, sekarang kau telah mendapatiku. Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

Mengapa Penjara Pudu Ditutup...


Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai
mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "

udah tuuuuuuuuu........ peeee buat keja......................

Tahniah kerana minat membaca. Hak hak takde idea nak update blog....
Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq