Followers

Wednesday, October 6, 2010

Catatan dosa pahala


Rasulullah s.a.w. ada bersabda,
"Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri.Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan,

"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,

"Kalau ia telah melakukan kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan,

"Biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya,kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Wallahu A'lam..

Wednesday, September 29, 2010

Solat di mana2... apa alasan kita???


Apa alasan kita untuk tidak solat???












Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Tuesday, September 28, 2010

Biodata Rasulullah SAW

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah
sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut
kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.
Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,
seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran
paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah
kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu
kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi
hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih
mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW

· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.
Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Monday, August 9, 2010

cikgu pulau part 8 (ku korbankan cintaku.... part 2/2)


Seingat aku, dalam 3-4 bulan gak aku lost kontek ngan buah ati, tup2 satu hari, aku kol rumah dia, dia angkat... Wah.. lamenye tak dengar kabar berita. Kalu tak salah time tu dekat ngan cuti merdeka.. Cerita punya cerita, tapi aku sedar nadanya agak berbeza seperti yang dulu2...

Akhirnya dia mula membuka rahsia..."Sebenarnya, saya ada sesuatu nak bagitau...." (macam dalam tv kan? Tapi ni betul2, bukan cubaan.. eh bukan lakonan). Ucapannya berhenti di situ. Terus aku meneka " Awak dah bertunang?" Ternyata dugaanku amat tepat.Dia hanya mengiyakan dengan lemah. Aku tanya jugak la dengan sape dia bertunang, macamana tetiba je bleh bertunang. Jawapan yang ringkas, dia sendiri pun tak sedar macamana perkara tu bleh berlaku... Bagi aku, mana boleh perkara tu berlaku tanpa sedar... Tapi, apa daya aku??? Kecewa? Memang la jugak... Namun tak ada langsung perasaan nak terjun bangunan ke ape ke... ish.. jangan melawak, ni cerita serius nii... gelak pun dilarang sama sekali... tengah cari mood sedih ni utk teruskan artikel nii....

Aku dengan rela hati, tanpa kata2 merayu, aku mintak dia teruskan dengan pilihan hatinya. Tapi waktu tu, nasib la dia tunjukkan mood sedih, kononnya tak gembira dengan pertunangan tu... hehee kira terubat la hati... ahhh... itukan sandiwara semusim cinta...

Dia pernah tanya.."Awak tak marah?"

Aik?? Apahal lak aku nak marah? Korang rasa aku patut marah tak? Bagi aku, tu semua aturan Tuhan, Dia tahu mana terbaik untuk kita dan aku teringat kata2 yang terimpan dalam buku catatan aku,

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

Aku dengan tenang menjawab, " Buat apa aku nak marah, perkara dah jadi, teruskan je laa..." Sekali memang betul dia teruskan..... waaargghh..... Sabo2... tu la belagak macho...

Waktu aku menulis artikel ni, ujan renyai2 mula turun, dah lewat malam gini, sesekali langsir meliang liuk ditiup angin, ish.. nasib la tengah feeling cerita sedih, klu duk menulis cerita seram, mau nya aku melompat atas katil n capai selimut terus.... seraaammm....

Mungkin sempena cuti merdeka, aku kena merdekakan dia dari hati aku, dan jugak aku perlu merdekakan jiwa aku. Tanpa kad jemputan, majlis dia berlangsung pada bulan 12 tahun tu. Orang tak jemput, tak la aku nak terhegeh-hegeh... Aku pernah tanya, kenapa tak hulurkan kad jemputan, dia jawab, dia tak mau menangis atas pelamin bila melihat kehadiranku... Teringat aku kat lagu Airmata di pelaminan, eh ade ke lagu tajuk gitu? tapi, lebih kurang gitu laa... tak sedih ke?

Aku masuk pulau dengan perasaan bercampur aduk. Tak menentu.. Tambah lagi bila tinggal di rumah bersendirian.. Terus bergema lagu Jamal Abdillah, SENDIRI... (baca sambil layan lagu ni untuk ambik mood)





Namun aku tak luntur jiwa.. Bagi aku, tinggal dipulau ni, pengorbanan tetap akan ada. Satu ujian untuk aku mendewasa di pulau ni. Maklum la, masih remaja... Tanpa aku sedar, jiwa aku lebih bebas, dan aku mula menikmati hidup di pulau... Di sini aku tenang. Dengan duit ciput di poket, aku tak perlu fikir hal kawin...

Sebenarnya, aku masih ada seseorang di Johor... err... tak perlu cerita, biarlah rahsia.. Lagipun, bila dah tercampak kat pulau, lost kontek, inilah ujian untuk cinta sebenar, kesetiaan amat teruji... jodohku tiada di Johor.. apakah mungkin di pulau niii???

Masa berlalu, akhirnya, sampai juga berita padaku, majlis di Pahang bukanlah alang2... siap masuk paper... Tau la aku, pilihannya bukan orang sembangan, orang ada-ada.. hehee macam dalam cerita P.Ramlee la pulak... Orang yang ada pengaruh jugak la rasanya... Takpe la, Tuhan Maha mengetahui... Dengan kuasa internet, aku dapat menjejak kesahihan berita tu... ternyata benar... cukup la sampai situ....

Syarat mak aku, kalu menghala ke timur, setakat kuantan, jodoh aku dah gagal... Sekarang, menghala ke barat pulak (rujuk artikel pertama) iaitu hingga ke Kota Bahru... Aku cuba penuhi syarat2 mak aku...

Kisah cinta terus ada kesinambungannya... namun ia tetap ada pergolakan.. Hampir saja aku merancang untuk bertunang, ternyata bukan jodohku.... ia berlalu begitu saja...

Suatu hari, aku keluar ke sandakan, di bandar ni, aku ada sewa rumah jugak... Ada satu orang kawan baru posting, menumpang di rumah. Aku memang tak kisah, dah memang tradisi begitu... Nama dirahsiakan.. Dia ni posting jauh jugak di pedalaman... Tapi, dengar ceritanya, macam banyak sangat masalah yang dia tak sanggup untuk terus berada di sekolahnya tu...

So, sebagai tetamu dan ahli baru dalam rumah, aku bawak la belanja makan.. tradisinya begitu... Kesian jugak aku dengar kisahnya kat sekolah pedalaman tu. cerita punya cerita... hati ku jadi panas... Aku tanya kenapa tak stay kat sekolah? Jawapanya yang pertama, sebab kat sana takde bekalan air, jawapan tu aku boleh terima, walaupun pulau tempat aku ngajar masih masalah yang sama.. Yang kedua, membuat aku meradang, alasannya, kat sana takde line telepon, so dia tak boleh nak call awek dia.. dan sebab tu, awek dia mentak putus... Dia tak bleh kehilangan awek dia tu... pergghhh..... Kalu macam ni alasan, 100% aku tak bleh terima... Down terus pandangan aku kat dia... Aku pun penah lalui benda ni, tapi, takkan la hanya kerana perempuan, kita lelaki jadi lembik dan hanyut... ape punya lelaki.... Kalu alasan xde line sebab tak bleh nak kol mak dia kat kmpung, bleh la aku terima... uweekkkss...

Ke kuantan sudah, ke Kota Bahru pun dah... mak aku mula berubah syarat... katanya, mak tak kisah mana2 pun, jangan sabah je...

Syarat dah berubah... Kisah baru terus tertulis dalam laluan hidup aku. Dalam hati yang nakal, terasa jugak nak menyangkut dengan cewek sabahan... Tapi aku fikir, aku pilih Sabahan, gerenti satu keluarga akan dikorbankan.. yela... klu duk Sabah, susah nak jumpa family kat semenanjung, klu duk semenanjung, susah lak nak jumpa family kat Sabah... bukan la bermakna aku kemaruk nak kawin, tidak...

Tak lama kemudian, syarat mak aku berubah lagi... Dalam telefon mak aku cakap, mak tak kisah mana2 pun, sabah pun sabah la, dia takut aku di"pugai" orang....(diguna-guna)... hehee... Entah ape mimpinya, aku pun tak tahu... Sebenarnya, bila umur mula mendewasa, kita dah tak kisah sangat dah hal kawin... Nak bercinta pun dah macam tawar... time remaja je seronok... layan solo pun best jugak...

Mungkin klu umur dah terlampau dewasa, makin liat la nak kawin kot... hehee tak tau la... tak mau komen... tapi yang peliknya, klu dah kawin, makin bertambah umur, makin nak kawin...lagi.... lelaki laa... yang ni pun tak bleh komen banyak2... aku tuju pada umum la ni, jangan la nak terasa pe2 lak...

Memang perancangan Allah Maha Sempurna... Bila sampai waktunya, Dia akan pandu kita menuju jodoh kita yang dah Dia sediakan. Mudah sangat jalan-Nya. Pengalaman2 dulu yang begitu menyakitkan, sebenarnya itulah pelajaran yang Allah ajar pada kita. Dialah guru yang mengajar tanpa kita terasa kita adalah muridnya... Pelajaran dulu yang Allah sampaikan itulah sebenarnya sebagai panduan kita untuk menghadapi rumahtangga yang dalamnya pelbagai gelora yang amat menggugat ketabahan jiwa kita, tapi kalu dulu jiwa kita cukup latihan, insyaallah, kita dapat hadapi dan tangani dengan ilmu... terutama lelaki laa... sebab tu jangan terlampau lembik dengan perempuan.... nanti kita tak mampu nak pimpin tangannya menuju kesejahteraan dan kerukunan dalam rumahtangga... hehee ade gaya berceramah nii... macam nak membebel pun ade jugak...

So, apapun yang kita lalui, sengsara yang kita rasa, semua tu adalah pendidikan dari Allah, jangan lupa Dia, kita mungkin berbangga dengan perancangan kita, tapi penentuan semuanya terserah pada kehendakNya. Tak perlu la terlalu meratap hiba atas suatu kehilangan, menangis tu perlu untuk lapangkan sebak di dada, namun, jalan yang masih terbentang, dihadapan sana telah tersedia kebaikan yang tak pernah terfikir oleh kita... tapi andai sepanjang jalan mertap hiba, kebaikan yang dah disediakan tadi tu, tak mungkin terlihat oleh mata kasar kita... Berjalanlah dibumi Tuhan ini dengan fikir dan redha jiwa, pasti akan terlihat oleh kita nikmat bunga harum sepanjang lanngkah menuju impian.....

Cara Setting status online di Facebook

Sejak ramai orang mula tau menggunakan Facebook, aktiviti blog mula jadi slow, termasuk aku la hahaa.. Dulunya, sebelum berfesbuk, rajin la update blog, pelawat pun ramai, tapi bila makin kerap berfesbuk, mula start malas nak berblog.. Jarang dah bukak blog, tapi dua tiga hari ni, rasa nak menulis tu datang semula, apatah lagi bila tengok masih ade lagi pengikut yang setia bukak blog ni...
Selalunya, orang akan mengstatuskan "OFFLINE" kat fesbuk sebab tak mau di ganggu oleh orang2 lain, nak privacy, tapi kesian pulak kat kawan2 rapat tak bleh nak "chat" ngan kita..

Kali ni, aku try nak menulis tutorial pulak la, ni tutorial pertama, insyaallah, akan ade tutorial lain lak nanti.

Sebenarnye kita bleh setting untuk set kan online pada orang tertentu sahaja. So, orang lain, mungkin kenalan yang tak rapat, takkan tahu kita sedang online, caranye, malas nak cerita panjang, klik kat SINI

Sunday, July 18, 2010

Suntikan semangat untuk terus mencuba...

Selalu kita takut nak cuba sesuatu. kita fikir, boleh ke kita buat, boleh berjaya ke? Kalau nak berbisnes, selalu kita fikir, ade ke orang nak beli? laku ke nanti? nak jual kat sape? kekadang orang2 sekeliling kita la yang menjatuhkan semangat kita. So, kita akur dengan karenah mereka? Kalau aku ikut dan di layan kata2 dorang, dah lame aku tersungkur dan tak bangun2 lagi dah.

Kadang2 aku hampir putus asa gak.dah minat aku nak bukak bisnes. Namun sampai sekarang blum lagi aku jumpe yang sesuai. Tapi aku terus cuba n cuba. Sentiasa ada suara2 sumbang yang memperlekehkan kita, tapi, cuba dan terus mencuba. Bagi sesapa yang rasa macam apa aku rasa, mari la kita pakat2 baca kisah2 tokoh2 yg dah berjaya, semuanya brmula dari gagal dan diperlekehkan sebelum jadi diri mereka yang sekarang :
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandunsan idea.

-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!

Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.

Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.

Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita dek kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita”

Saturday, July 10, 2010

Tak Mahu Masuk Syurga...


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti Allah memerintahkan dua orang hamba hadir mengadapNya. Seorang adalah hamba yang taat kepada perintah Allah dan seorang lagi hamba yang derhaka kepada Allah. Kedua-duanya mati dalam keadaan beriman. Lalu Allah menyuruh malaikat Ridhwan membawa orang yang taat itu ke syurga dan memuliakannya dengan firman Allah, “Aku merelakan dia”.

Kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat Zabaniyah membawa yang seorang lagi ke neraka dan Allah memerintahkannya disiksa dengan siksaan yang amat pedih. Firman Allah, “Sesungguhnya orang ini adalah peminum arak”.

Orang yang taat kepada Allah sangat gembira kerana dia telah dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah. Apabila orang itu hendak menjejakkan kakinya ke pintu syurga maka dia mendengar suara sahabatnya yang diheret ke neraka itu berkata, “Wahai sahabatku, wahai temanku, kasihanilah aku dan berikanlah aku pertolongan”.

Apabila orang itu mendengar rayuan sahabatnya, maka dia tidak mahu masuk ke dalam syurga. Malaikat Ridhwan berkata kepadanya, “Masuklah ke syurga dengan rahmat Allah”. Orang itu berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga, bawalah aku ke neraka”. Malaikat Ridhwan menjawab, “Aku tak dapat membawa kamu ke neraka sebab Allah telah memerintahkan aku membawa kamu ke syurga dan melayani kamu”.

Orang itu tetap berdegil dan berkata, “Aku tak mahu masuk ke syurga dan tak mahu juga layananmu”. Setelah itu kedengaran suara yang berkata, “Wahai Ridhwan, Aku maha mengetahui apa-apa yang ada di dalam hatinya, namun demikian tanyalah kepadanya sendiri dan kamu akan mengetahui sebabnya”. Lalu malaikat Ridhwan bertanya, “Kenapakah kamu tidak mahu masuk ke syurga dan mengapakah kamu ingin ke neraka”?

Orang itu menjawab, “Aku tak mahu ke syurga sebab orang yang derhaka kepada Allah itu telah diputuskan masuk ke neraka. Dahulunya aku dan dia bersahabat baik di dunia dan dia telah meminta pertolongan dariku supaya selamatkannya dari api neraka. Oleh kerana aku tiada kuasa untuk berbuat demikian, maka aku fikir lebih baik aku juga masuk ke neraka supaya sama-sama disiksa di dalamnya”.

Kemudian kedengaran seruan Allah yang maha memberi rahmat berfirman, “Wahai hambaKu, kamu dengan kelemahanmu tidak suka melihat sahabatmu itu masuk ke neraka kerana dia telah berkenalan denganmu di dunia hanya sebentar dan dia mengetahuimu dan menemanimu hanya beberapa hari saja. Maka bagaimanakah Aku merelakan kamu masuk ke neraka sedangkan kamu telah mengetahui Aku selama umurmu dan telah menjadikan Aku sebagai tuhanmu selama 70 tahun. Oleh itu pergilah kamu ke dalam syurga bersama sahabatmu itu dan Aku telah mengampuninya dan Aku serahkan dia kepada kamu”.
Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq