Followers

Sunday, August 2, 2009

Khasiat kurma kismis


Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Friday, July 31, 2009

Kalau masih tak takut......

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A,

Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..


Perempuan-perempuan yang diseksa

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan
1) perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah
(2) perempuan yang digantung dengan lidahnya
3) tangannya dikeluarkan daripada punggung
4) minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.
Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

(5) perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

(6) perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

(7) perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

(8) perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

(9) perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang
(10) rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Wallahualam

Thursday, July 30, 2009

Pakcik Poyo


Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?

Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap
hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : Yang putih.

Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?

Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?

Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?

Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punya.

Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punya?

Pakcik : Yang hitam pun sama....

Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti t ida k percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

"Cukup?"

"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."


Sampai di pasar, mereka berdua t ida k membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.

"Tok guru, kita t ida k beli apa-apa kah?"

"T ida k. Bukankah karung guni mu telah penuh?"

"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.


"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.


Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?"

"Tak buat apa-apa."

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.


"Kamu dah belajar apa akibatnya t idak ikhlas dalam beramal."

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. T ida k ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu... "

"Amal yang t idak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi t ida k ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."

"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi t ida k ikhlas!" ujar murid itu.

Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.


Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu t ida k akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang t ida k ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Wednesday, July 22, 2009

Tips Memakai Cincin Mengikut Islam


Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kw. sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad Saw. Nabi Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari........


1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. dapatlah kita pahala

Monday, July 20, 2009

Cikgu pulau part 6.. ( blackout, kelibat2 kegelapan)



Pulau yang kecil, letrik di support sepenuhya oleh enjin besar ujung kampung. 2 buah enjin yang sudah begitu uzur. Letrik selalu di catu untuk jimatkan minyak. Biasanya, jam 1 tengahari sampai 6 petang, selalu di off kan. Selang sehari. Isnin, rabu, jumaat. Seawal pagi sabtu dan ahad memang tak merasa letrik sampai ke petang. Kalau waktu kemarau, alangkah panasnya hati, nak tido pun susah. Panas begitu membahang.

Tapi tahun 2001 tu, enjin selalu rosak. Seminggu tanpa letrik sudah menjadi lumrah. Nasib la radio aku gunakan bateri jadi teman setia untuk malam2 ku yang begitu sunyi.

Suatu musim yang begitu sepi, blackout melanda kampung seperti biasa. Ditambah lagi waktu itu, aku bersendirian di sekolah. Kuarters guru memang jauh terasing dari perkampungan. Apatah lagi ia terletak di belakang sekolah. Dan di belakang kuarters, hanyalah semak samun. Kawan2 guru yang tinggal di kuarters waktu tu kebetulan semuanya keluar ke bandar kerana urusan masing2. Tinggal aku yang menjadi penunggu setia.Wkatu itu, enjin rosak untuk jangkamasa yang lama.

Memang rasa takut dan seram sukar nak ditangkis bila malam menjelma. Hanya bertemankan lilin. Sendirian. Ter
kadang, terdengar deruman generator dari rumah2 orang kampung untuk kegunaan sendiri tatkala musim blackout begini. Hanya sesekali deruman itu dapat didengar bila dibawa angin. Sungguh sunyi lagi menyeramkan. Sesekali juga dapat didengari bot2 kecil membelah sungai. Suatu kelebihan andai malam2 begini diterangi oleh bulan. Terkadang bulan yang diharap, tiada menyinari malam2 suram ini.

Sebelum maghrib lagi, aku akan siap sedia mandi dan berwudhuk di tangki bawah rumah. Angkut air untuk penuhi baldi besar bilik air. Malam nanti, tak perlu lagi bersusah payah untuk turun. Terkadang terserempak dengan anjing yang berkeliaran sekitar rumah yang tak berpagar. Yang paling aku tak suka, musim anjing mengawan, gerenti lolongan anjing di tengah malam membuatkan hati tak senang. Dan yang paling mecemaskan, bila lolongan anjing itu bukan pada musimnya. Kata orang, itu petanda mereka melihat makhluk2 berkeliaran yang tak nampak di mata kita. Bukan tak biasa anjing2 itu melolong panjang di sekitar rumahku. Andai terjadi begitu, aku tarik selimut seluruh tubuh dan peluk bantal kuat2. Jugak aku aku sumbat earfon ke telinga. Tak berani untuk bukak mata.

Suatu waktu, jiran sebelah rumahku,(jiran sepintu rumah tinggi), sebelum keluar ke bandar, kebiasaannya, kami akan tinggalkan kunci rumah sendiri kat jiran. hari tu jiran aku tinggalkan kuncinya untukku. Pesannya, gunalah apa2 yang dirumahnya jika ada keperluan. Selalunya, aku tak pernah masuk kecuali untuk simpan makanan dalam peti sejuknya. Oleh kerana musim tu agak lama tiada letrik, taklah aku guna peti sejuk tu. Cuma petang tu, aku masuk ke rumahnya untuk ambil besen... waktu sudah agak petang. Remang2 senja yang memang hampir tiba. Oleh kerana belum maghrib, taklah aku rasa apa2 yang pelik. Pintu rumahnya aku bukak dengan perlahan. Suasana rumah agak suram. Nungkin kerana cuaca diluar makin kurang cahayanya. Aku melangkah tenang ke bilik air. Ada tiga buah besen kosong. Aku capai satu yang agak2 sesuai. Bilik air di dalam rumah taklah begitu besar. Hanya besen yang aku ambil. Keluar dari bilik air, bulu tengkok aku mula meremang. Patanda ada sesuatu yang berdekatan denganku yang tak dapat aku lihat dengan mata kasar. Sememangnya selalu terjadi begitu, deria aku selalu mengesan kehadiran makhluk itu jika ia terlalu hampir. Sebaik saja aku keluar dari bilik air, satu sergahan yang begitu kuat bergema di dalam rumah jiran ku ini. Aku benar2 pasti. Memang bukan suara dari luar. Begitu dekat suara itu menyergah.... "wwooouuuuuurgghh.."

Dengan langkah yang pantas aku menuju ke pintu sambil menoleh. Tiada apa2 kelibat, hanya suasana makin suram. Aku harus cepat keluar dari rumah ni. Seakan 'ia' mengikut di belakangku.

Petang tu, aku benar2 rasa kehilangan 'semangat'. Seakan semangatku terbang sewaktu sergahan tadi. Aku turun ambil angil di pangkin depan sekolah. Masih ramai yang main bola di padang depan sekolah walau dah hampir maghrib. Aku cuba tenangkan diri. Kakiku ternyata masih menggigil. Bagaimana aku nak lalui malam ni bersendirian dalam gelita begini. Malam tu, lepas solat maghrib, aku cabut pegi asrama sekolah menengah, tidur di rumah kawan aku. Rahsia petang tu belum aku ceritakan. Esok siang, aku baru aku balik.........

Sungguh seksa aku harungi malam2 balckout. Malam seterusnya, aku hadapi seperti biasa. 'Semangatku" sudah benar2 pulih. Di sekolah ku ada sorang sekurity. Malam tu, jam 8, lepas isyak, aku turun ke sekolah. Nasiblah sekurity ada bertugas. Dialah temanku berbual. Kami lepak di pondok depan sekolah. Bertemankan asap rokok penghalau nyamuk, pelbagai cerita terkeluar. Sesekali suara ketawa memecah kesunyian malam itu. Sesekali kami hanya mendiamkan diri bila kehabisan modal berbual. Entah macamana, topik yang begitu aku elakkan malam itu terkeluar jugak. Sekurity ni bagai tidak memahami perasaanku waktu itu, begitu rancak menyusun cerita seramnya waktu zaman persekolahannya di asrama sekolah menengah kampung ini. Untuk pengetahuan, sekolah rendah dan sekolah menengah hanya selang sepadang. Begitu dekat Ceritanya amat membuat aku tak selang duduk....

Bermula dengan cerita hesteria.... Kisahnya, suatu malam, mereka study seperti biasa. Asrama puteri dan putera tak lah jauh. Bangunan papan yang begitu uzur taklah mematah semangat mereka untuk belajar. Malam itu, kekusyukan meraka mentelaah telah dikejutkan dengan suara perempuan menjerit. Diserang hestria. Entah apa puncanya, dalam gelap malam begitu, pelajar perempuan tu berteriak2 hilang akal. Dalam suasana kelam kabut, pelajar perempuan tadi bagai dipanggil oleh seseorang, dengan laju berlari ke luar sekolah merentas padang sekolah. Pelajar lelaki yang ada ketika itu berusaha mengejar dan menangkap pelajar perempuan tadi bersama warden (guru lelaki). Nasib lah dapat ditangkap sebelum dia terjun di jeti yang memang dah tak jauh dari situ. Dengan susah payah, pelajar perempuan tu dapat di bawak balik ke asrama. Bila di jampi air penawar, barulah dia sedarkan diri.... Itu cerita pertama sekurity yang membuatkan aku tak senang duduk. Entah berapa batang rokok aku capai untuk melenyapkan bayangan seram yang terlintas dibenakku bila kenangkan aku sendirian lagi malam ni di rumah. Tengah malam nanti, gerenti sekurity ni balik, takkan dia tunggu sekolah ni sampai lepas waktu tengah malam.

Ceritanya kedua... waktu dia di asrama dulu, sememangnya, di pulau ni, pantang untuk sesiapa membawak berjalan bantal dalam pelukan bagai mendukung anak pada waktu malam di luar rumah. Andai dilakukan, pasti datang sesuatu kelibat putih yang terbang untuk merampas apa yang dalam pelukan orang tadi yang disangkanya anak kecil...... Aku pun tak tahu apa yang mereka gelarkan kelibat putih yang berterbangan begitu. Walau agak kurang percaya, tapi aku takkan cuba untuk lakukan hal begitu. Kalau korang tak percaya, boleh la cuba cara tadi malam ni kat luar rumah tengah2 malam nanti, dengan syarat, sorang2 tanpa teman la. Kalau kat bandar, kurang la risikonya, cuba la lakukan di kampung2 yang bermistik.....

Ceritanya yang ketiga... Di belakang asrama lelaki, amat dekat dengan hutan. Sekarang pun begitu. Katil 2 tingkat memanglah jadi kewajiban kat asrama2 sekolah menengah. Bagi yang tidur katil atas dan mengadap ke luar jendela, jugak mengadap ke huta, selalu mereka terlihat pokok2 bergoyang bagai dilanda angin kencang. Kalau semua pokok bergoyang, memang tak menjadi hal yang pelik. Tapi, anehnya, sebahagian sahaja yang bagai dilanda angin sedangkan sekitarnya senyap sunyi. Dan jugak waktu itu mereka tak merasa kehadiran angi sikit pun. Jangan pulak cakap monyet atau beruk yang goyangkan pokok2 tu. Kita sendiri pun boleh bezakan antara pohon di tiup angin dan pohon di goyang orang. pucuk2 pokok begitu hebat bergoyang abagi ditiup angin keras. Bila berlaku begitu, mereka hanya mendiamkan diri, dan terus tidur.. Jika korang tengok pokok diluar rumah korang tetiba bergerak sendiri, pergila bawah pokok tu, tunjukkan keberanian... Pilihan aku, tentunya tidur tarik selimut....

Cerita tadi pernah terjadi lagi sewaktu tahun 2002. Kawan aku, topek, pernah alami sendiri. Waktu tu, jam 6 pagi, dia mandi diluar rumah, tetiba dia ternampak sebahagian pokok bergoyang hebat bagai ditiup angin, sama seperti cerita kawanku sekurity tadi. Andai betul ceritanya, betullah yang aku sampaikan. Untuk lebih kepastian, aku mintak topek respon kalu terbaca artikel ni kat ruangan komen.....

Malam makin larut, jam dah melewati 11 malam. Aku buat2 menguap petanda mengantuk dan signal untuk mintak diri. Bukan jemu, bukan jugak mengantuk. Tapi, hati mula berasa dihantui oleh kelibat yang tak berasas.... Sudahnya, aku perlahan2 bangun dan minta diri untuk pulang. Dan yang tak bestnya, sekurity aku pun turut pulang. rumahnya kat dalam kampung sana.

Bertemankan lampu suluhku yang terkadang terang, terkadang suram, memang membuatkan aku seram dan meremang. Ingin je aku berlari dan melompat terus ke rumah, tapi aku harus berhati2 aku tak memeranjatkan anjing2 yang berkeliar. Kalau terperanjat, gerenti aku dikejarnya. Terpaksalah aku atur langkahku perlahan2 dengan dentuman jantung berirama sumbang.

Malam itu, aku kuatkan semangat. Masuk rumah, tak lupa untuk basuh kaki. Aku rebahkan diri di katil burukku... Cuba untuk pejamkan mata.... Minda aku tak tenteram. Terbayang cerita sekurity lagi. Satu lagi katanya, kat sini, kalau janji nak pergi ke rumah seseorang, jangan dimungkiri. Kalau tak dapat pergi, tinggalkan pesan kat siapa2. Ceritanya lagi, kalau ada kawan kita yang berjanji untuk datang ke rumah kita, tapi tak jadi datang, padahal tak dipesan yang aral melintang, nanti akan diganti oleh satu jenis kelibat yang aku lupa apa dorang sebut. Tapi kelibat ini akan datang ke rumah kita dalam bentuk orang yang berjanji tadi.... 'Dia' yang akan menggantikan kawan kita tadi untuk bertamu di rumah kita. Lepas maghrib atau malam, kalibat itu akan muncul di tangga rumah kita. Kalau dia masuk rumah dengan keizinan kita, maka akan jadi kekacauanlah isi rumah kita.... Ah.... dalam banyak2 cerita, cerita ni lah yang aku kurang percaya. Agak berlebihan olahannya. Macam siri seram di tv pulak...

Hampir2 terlelap, aku tersedar... Bagai terdengar ada derapan kaki orang berjalan menaiki tangga rumahku. Dan bagai terdengar langkah itu mudar mandir di depan pintu. Selalu benar aku dengar bunyi itu. Mata aku sukar pula untuk dilelapkan. Dalam fikiran, bagai filem, berputar semula apa yang pernah aku bualkan dengan isteri jiranku.

Cerita isteri jiranku, selalu mereka dengar bagai ada orang berjalan depan pintu rumah kami. Ternyata bukan aku sorang yang dengar. Bagai kalibat itu tak mampu masuk ke rumah ini. Hanya mengintai dari luar. Kalau dulu, bila pertama dengar bunyi begitu, aku bergegas intai ke luar. Tiada orang, aku bukak pintu, tengok2 kalau ada sesiapa yang datang. Bila selalu tiada orang, aku mula fikir lain. Akhirnya aku ambil keputusan, selagi tak terdengar salam, takkan aku mendekati pintu...

Ceritanya lagi, tiap kali aku ke bandar, tentunya rumah aku kosong. Isterinya pernah dengar suara anak2 bermain2 basikal dalam rumahku. Kadang2 terlompat. Terasa gegarannya kerana rumah papan. Bila dikejutkan suaminya, senyap pula suara tu. Oleh kerana terganggu dengan bunyi itu, dia mintak suaminya on kan lampu dalam rumah aku, sememangnya kunci rumah aku tinggalkan kat mereka. barulah bunyi tu reda.

Jam dah 3.30 pagi. Sepanjang aku menaib cerita ni, beberapa kali leher aku terasa meremang. bagi 'sesuatu' membaca sama.... Dan aku harus menarik selimutku lagiiiii........

(Kali ni aku cuba untuk bercerita bernada serius, agar anda dapat menghayati perasaanku waktu itu, lain kali aku akan bercerita secara santai kerana cara serius ini begitu membebankan kesantaianku. Aku dah cuba belajar untuk menulis novel tapi selalu tersangkut. Harap boleh tinggalkan komen tentang cerita ni. Aku harap korang dapat respon, bagi memotivasikan aku update blog ni, sekian)


Sesiapa yang nak ambik apa2 artikel dalam blog ini adalah di alu-alukan, tak perlu minta izin dari aku, sama2 la kongsi ilmu, manfaatkan apa yang ada, sebaik-baiknya, rekemenkan blog ini kepada rakan2, jiran2, adik beradik anda, dan kepada siapa sahaja yang anda kenal dan rasa sesuai termasuk ketua kampung dan jkk kawasan anda....tq