Followers
Wednesday, December 16, 2009
Andai bukan Islam bertanya......
SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM
Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa?
Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu
sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw
wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa
as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.
5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan ma nu sia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.
6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen E liz ebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bu nu h b ina tang untuk dimakan? Kan
zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bu nu h. Itu tidak kejam? Bila kita bu nu h (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.
9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang
dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?
10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"
11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.
12) Kan b**i itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan b**i?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikan pun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.
Wednesday, December 2, 2009
Wahai suami, bolehkah begini...
Artikel aku dulu yang tajuknye "wahai isteri, kenapa begini..." tak sangka2 dpt respon dr pembaca yg agak kurang brpuas hati. so, aku nak jelaskan skit, sbnarnya artikel dlm blog ni, bukan la nak hentam pompuan atau isteri. aku setakat kongsi ilmu, yang baik, jadikan teladan, yg tak baik, buang je la. artikel tu, aku rasa, kalu isteri yang takde masalah, akan baca dengan rileks je dan jadikan pengajaran. Tapi, untuk yang buat salah, atau keras kepala, mungkin terasa skit.
Niat aku nak kongsi untuk semua, kali ni, akan kena atas kepala suami lak, so, ambilla iktibar, jangan cepat melenting yeee....
Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.
1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.
3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.
5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!
6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.
7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.
8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
Niat aku nak kongsi untuk semua, kali ni, akan kena atas kepala suami lak, so, ambilla iktibar, jangan cepat melenting yeee....
Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.
1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.
3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.
5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!
6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.
7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.
8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
Monday, November 2, 2009
cikgu pulau part 7 (ku korbankan cintaku.... part 1)
Aku sambung balik kisah hidup kat pulau. Lama sangat dah tak menulis. Last ari tu kisah mistik kat pulau. Belum lagi mistik time mancing. Lain artikel, aku tulis kisah pancing berhantu lak hehehe… kali ni nak cite hal macam serius n pilu skit.
Asalnya aku nak tulis ala2 novel, guna ayat skema spm, tapi dah separuh jalan, aku delete balik… sebab? Tengah menulis guna ayat sedih n skema, aku bleh tergelak sorang. Lagipun, idea aku jadi tersekat. Mungkin aku tak bleh terkongkong kot. Sebab tu aku tak suka pakai tie pegi skolah.. eh? Ade kaitan ke ngan tie? Pelik2. ok, aku start.
Mungkin sebahagian kecik dari jalan cerita ni aku dah ceritakan kat artikel lalu. So, bleh la imbas kat ‘panggilan pulau’ tu.
Dengan umur yang masih muda belia, janggut pun baru beberapa helai, aku dengan penuh kebimbangan, melangkah ke alam kerja. Rasa cemas tetap tak hilang. Kadang2 terasa nak patah balik ke zaman sekolah. Form 4 n form 5. alam yang begitu gemilang n sensasi dalam idup aku. Tapi, mana la boleh di undur. Sekejab betul habis zaman maktab 3 tahun. Aku jejak kaki di pulau, aku tahu, hidup aku akan berubah. Tanpa aku sedar, ia banyak mengorbankan jiwa aku. Dan akhirnya, jiwaku baru telah terbentuk disini.
Apa sangat lah yang bahagia kat pulau. Serba serbi kurang. Walau aku di tempatkan di rumah guru, bukanlah seperti rumah guru yang korang selalu bayangkan. Rumah ni hanya ada katil bujang tanpa tilam dan bantal. Ada kerusi meja budak sekolah. Dan almari buruk. Kosong, sekosong hatiku. Tilam n bantal aku dapat dari asrama sekolah menengah. Tq warden smk (Pok Su n topek)
Dengan berbekal rm1000 yang aku pinjam ari kak ani, dan 1 beg baju sederhana besar, aku bawak diri kat sini. Usahkan line hp, telefon rumah pun tak ade. Aku tilik hp aku. Hp yang pertama dalam idup aku. Nokia siri ape ntah, ade antenna kat luar dia. Warna kuning. Takde vibrate hehee. Dengan rasminya jadi jam loceng aku. Aku senyum sendiri. Ni pemberian dari abg aku, abg meran. Tq tq. Aku ingat sampai bila2. tu pun dia bagi aku sebab dia beli hp baru, nokia 3320. hikhikhik…. Skali ngan nombor. Kak ani pun pakai nokia same jenis gak. Katanya, nak bg hp dia kat aku, tapi dia ckp, tunggu aku keje dulu baru dia nak bagi. Belum aku abis maktab, abg meran dah bagi. Orang bagi, aku ambik (aku ambik tu baca dengan nada crita sarjan hassan time songkok dia kena campak n nak bergaduh)
Time aku dapat hp tu, abg aku gojie, bagi rm50, dia ckp, “terpulang kat ko nak wat ape rm50 ni, nak wat blanja atau nak wat topup” huh tentu la wat topup. Tq tq. Sadisnya aku waktu tu. Tak tau mcamana nak guna hp ni. Skrg dah expert dah hehee
Sambung balik. Oleh sebab tak de line, aku hanya mampu baca sms2 je yg aku dapat sebelum masuk pulau… lambat lagi ke bleh keluar bandar? Teringat malam sbelum aku masuk pulau, aku kol mak, aku ckp, mungkin sebulan lg baru aku kuar pulau. Teringat gak kat kekasih ati aku kat pahang yang slalu lost kontek. Mak aku pesan, jangan kawin ngan orang jauh. Jauh tu, jauh sampai mane mak? Mak aku cakap, kalau ke kelantan, stakat kota bahru jerk, kalu ke pahang, stakat ke kuantan je. So, untuk ikut syarat mak aku, aku pilih orang pahang n tak sampai kuantan pun. Itu la kekasih ati yang pertama zaman muda aku. Sebenarnye banyak, tapi takleh cite kat sini, nanti pecah tembelang woooo.. nanti bini banyak marah, banyak bising….. nanti taik telinga bleh masuk dalam otak wooo bahayaa…
Tak sangka, tak sampai seminggu duk pulau, aku dah dapat keluar ke Bandar sandakan atas alasan nak settle surat2 perjawatan aku. Aku keluar sandakan naik kapal (istilah bagi bot nelayan kat sini). Aku, pok su, n topek. Kat sandakan aku menumpang rumah poksu. Time tu, rumah sewa, kerjaan yang bayar. System subsidi. Maksudnya, untuk guru semenanjung, dua orang sewa satu rumeh, pastu dating penilai dari pejabat pendidikan, dia nilai rumah tu untuk tetapkan kadar sewa. Kalau cukup lengkap perabot n ada ekon, bleh cecah rm1000 lebih sebulan, sewa tu kerajaan bayar direct masuk akaun tuan rumah.
Syaratnya lagi, untuk cikgu2 pulau, kena ada 1 orang guru yang ngajar kat Bandar, jd penama pertama, n cikgu pulau jadi penama kedua. So, poksu jd penama kedua. Ust Mail, cikgu Bandar jd penama pertma. Kami yang lain, jadi tanpa nama la. Main duduk je la. Hulur2 duit letrik air n duit dapur la. Takkan la nak menumpang dengan lupa diri.
Tapi sekarang dah mansuh system tu. Start tahun 2003, kerajaan dah perkenalkan system baru, EPW(elaun perumahan wilayah). Untuk orang macam aku, diploma, n tunggal area pulau,dapat rm730 sebulan direct msuk gaji. Tapi sebelum 2003 tu, nazaknye aku. Nak dapat epw tu, punya la susah, banyak birokrasi. Sempat jugak la aku bertekak ngan bekas GB aku, tapi aku akui, bukan salah GB aku. Panjang ceritanya. Untuk GB aku tu, thanks, anda GB yang cemerlang yang pernah aku jumpa dan bekerja. Banyak tolong n fahami aku.
Kat Bandar, sempat la aku beli dapur n tong gas. Harta pertama yang aku miliki. Teringat time GB suruh isi pengishtiharan harta, aku tanya dia, dapur n tong gas tu kena ishtihar gak ke? Sebab tu je harta yang aku ade huhuuu… xbleh, xperlu la isytihar, so, aku hanya hantar borang kosong tanpa tulis apa2 harta.
3 bulan aku tak bergaji. Dari start posting bulan 6 sampai bulan 9 baru dapat gaji. Selama tu, makan pagi aku n tengahari, aku berhutang kat kantin. Malam aku masak sendiri. Paling special yang aku dapat masak, mi kering tu, aku wat ala mi rebus. Tumis bawang merah, bawang putih, taruk air, taruk mi n telor. Hanya tu je. Paling tidak pun, aku goreng lempeng, cicah ngan sos. Tu la makan harian aku. Sebulan lebih aku makan gitu, baru la aku tau, rupanya udang murah sangat kat sini. Satu petang, sorang budak ketuk pintu rumah aku.
“Ustaz, nak beli udang?” aku kenal budak ni. Anak murid aku. “satu plastic rm2..?” hah? Aku trus capai dua plastic. Tamak punya pasal. 1 plastik tu hampir2 1kg gak. So, 2 kg la aku beli hehehe. Udang kertas. Tiga tahun lepas tu, baru aku tau, rupanya udang level ni, orang kat sini wat umpan pancing je. Sebab banyak sangat, so, di reject. Yang beso2 je dorang jual kat peraih. Reject pun reject la. Janji sedap dimakan. Mi rebus aku dah tambah bahan-bahannye. 3 tahun pastu, aku jd kaki pancing lak. Dan udang2 level ni la jd umpan aku. (dalam bahasa suluk kat pulau tu, mamingit maksudnye memancing, meninduk pulak maksudnye mamatuk umpan, heheh kalu salah, cg jimran bleh betulkan walaupun dia orang sungai, dia punya blog ade aku link kan tu, aku la tok guru pancingnye, peringatan: hanya ilmu pancing ikan dilaut yang aku turunkan, ilmu pancing ikan didarat tu dia sendiri punya hal, n dah terkahwin ngan gadis pulau tu gak, tak lama lagi jd ketua kampong la kot)
Lepas beli, baru aku sedar, rumah aku xde peti ais… warghhh… aku kat pulau laaa…. Karan pun tak menentu… lupaaa daratan dah aku ni. Yela, daratan nun jauh di sana.. 5 jam kapal belayar. Bila lagi aku bleh belayar.
Malam tu, selain aku taruk dalam mi rebus, bakinye aku rebus macam sup. Bleh la simpan 2,3 hari. Aku tambah menu baru, udang cokodok, bukan cokodok udang, sebab terlampau banyak udang dari tepungnye hikhik… nyamnyam… peringatan, makanan laut sumber utama gout di lutut anda.
Poket makin surut. Aku dah makin gabra. Bile dah keje, mane bleh dah mintak biasiswa kat adik bradik aku lg. Dulu time maktab bleh la. Time sesak, bleh mintak kat gojie, tak pun kat bangzul. Kak ani tu mmg dah bg rm50 tiap bulan. Bangmeran ade bagi rm500 time dia jual rumah. Bangngah lak dah tanggung aku dari kecik. Adik aku kecik lagi time tu, masih skolah. Aku la patutnye tanggung dia. Sebab dorang banyak tolong aku time sesak, aku tak penah lupa dorang time aku dah senang. Adik bradik la paling aku dulukan. Aku takkan buang adik bradik. Yang pertama, tentu la ibunda tercinta. Sedara mara entah ke mana. Tapi sekarang ni, aku macam dah susah balik, aku macam dah masak smula menu aku dulu2. ada yang nak tolong hulur2 ke? Kalu ade, nak bagi no akaun ni….
Gaji pertama aku akhirnye tiba. Syukur. Bayar hutang. Sempat gak berhutang ngan sekolah. Hutang kak ani (bayar ansur2). Kirim kampong, beli hp baru, beli kamera. Itula kamera pertama aku beli. Beli itu ini untuk rumah. Aku beli radio kecik, kegunaan yang paling penting radio kecik ni ialah, pasang kuat2 bila kedengaran bunyi2 pelik di malam hari hehee… penakut gak walau dah besar panjang. Kadang2 berani gak.
Beli itu ini, begitu begini, ada la sisa2 skit lagi. Masa tu baru teringat, tiket flight balik kampong ujung tahun belum beli. Masa tu belum ada airasia. Yang ada hanya MAS, mahal macam mas(emas). Berderau darah aku. Macam mana la niii….. takkan la nak tersadai kat Sandakan. Tapi, aku beruntung punya member2 baik budi. Topek, tq sebab pinjamkan aku duit wat beli tiket. Harga tiket dekat seribu lebih pegi balik, separuh duit aku, separuh aku pinjam dari topek. Hati kecik ku mula menangis.
Aku balik kampong dengan poket yang amat nipis. Tapi, seorang ibu tetap memahami keadaan anaknya. Time aku nak balik Sabah, dia tanya aku, “ade duit tak nak wat blanja?” Dengan konfidennya aku jawab, “Ada, cukup.” Time tu dalam poket ada tak smpai sratus pun. Dari kampong, jauhnye nak pi sabah, hanya duit banyak tu dalam poket. Tiba2 dia hulur rm200. duit yang aku bagi dia awal bulan ari tu. “Nah, wat blanja..” Aku terkedu. Itula kali pertama dan kali terakhir aku ambil semula duit yang aku dah bagi kat mak. Mak betul2 memahami aku yang tengah sengkek waktu tu. Aku janji,pas dari tu, sesengkek mana pun aku, aku xmau mak susah ati. Aku janji akan bagi mak senang.
Dengan gaji rm900 sebulan, setakat lepas untuk diri sendiri.buah hati dah mula mintak masuk meminang. Aku tangguhkan. Lagipun aku baru mula keje. Depan mak bapak dia, aku minta tangguh, bukan aku tak serius, tapi bagi la aku tempoh untuk aku siapkan diri. Mungkin pandangan mak bapak dia berbeza, dan mungkin itulah takdir Allah menentukan. Aku berserah je la. Ada jodoh, kawin, takde jodoh, cari yang lain. Cakap je mudah kan2? Aku tak beratkan sangat hal tu, aku janji depan dorag, tiba masanya, aku datang ngan rombongan. Aku cagarkan jodohku di Pahang, tanah kelahiran ku. Aku sandarkan harapan di tanah Sabah.
(errkkk… nanti aku sambung balik tajuk ku korbankan cintaku ni, aku mati akal kat sini. Demam aku dah seminggu lum baik lagi. Sambungan tu dalam proses dah… jangan marahhh)
Lelaki dayus bila..........
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikkan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain , kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya .
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Wahai isteri, kenapa begini?
Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain kecuali orang gila.
Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang menderita.
Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya?
Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan di dalam rumahtangga.
Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup berbelanja beratus malah beribu ringgit ringgit semata-mata untuk mendapatkan seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, wajib dipenuhi.
Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan kesunyian dalam ruang dada si suami itu. Kalau begitu tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar, wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala kemewahan.
Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para isteri perlu menjawab soalan ini;
1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi sepenuh perhatian dalam urusan itu?
2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja yang diperlukan?
3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila memandangnya?
4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada suami bahawa anda benar-benar merelakan dan menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya padanya?
Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia keletihan pulang dari kerja.
Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan kemahuan suami.
Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri sendiri “memerlukan” suami dan rela untuk berkhidmat serta taat sepenuhnya padanya. Pandangan dan sikap begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami isteri.
Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu dimulia dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah punca utama terjadinya ketegangan dalam rumahtangga.
Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda. Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. Adalah mustahil suami akan reka dia di “control” oleh isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami meminta dia diarah dan diperintah oleh isteri.
Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu, memang rela menyerahkan apa saja khidmat pada suami. Tanyalah hati masing-masing adakah suka berhias untuk suami? Tentu “ya” jawabnya. Maka begitulah dalam soal yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia digunakan oleh suaminya.
Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, kecuali meletakkan dirinya sebagai “hak” suami dan rela untuk berkhidmat pada bial-bila masa. Untuk itu, mungkin berbagai-bagai pengorbanan perlu dibuat misalnya:
Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh memuaskan hati suami. Menjaga anak-anak dengan pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa diminati suami. Membina akhlak yang mulia semoga dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari rasa marah dan tawar hati.
Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak, berilmu dan tahu cara-cara membentuk kebahagiaan sahaja yang berjaya.
Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan.
Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt. Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang.
Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya. Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya.
Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah?
Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allah sudah tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahumenghapus dosa-dosa mereka.
Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka. Perceraian yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami isteri itu lagi.
Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka..
Saturday, October 31, 2009
Salam SMS
Petikan dari radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulullah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz"assalamualaikum" dan menjawab salam
dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr...
Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna
shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.
Cikgu jangan meradang sangat yeee....
Suatu pagi, kelas yang riuh rendah terus menyepi bila seorang guru yang garang masuk ke kelas itu untuk sesi pengajaran.
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
senyum skitt....
Bila Ayam dan lembu berbual
Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang
kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni
memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macam
mana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil sahaja!
Ayam : Haa?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.
Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah
panggil aku MAK!
Ayam : Haa?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
GUA AJAIB
Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall... Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung...
Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....
" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!
Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...
"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!!!!!!!
Drebar baru Teksi
Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Hani. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Hani harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Rita menahan teksi untuk mengantarnya pulang.
Hani: "Kampung Nakhoda ya Pak cik"
Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Nakhoda tidak terjadi percakapan antara Fasha dan Pak cik kereta sewa, mungkin Fasha merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Hani teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Hani lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.
Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Hani, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Hani dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.
Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Hani.
Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"
Hani: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"
Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"
Hani: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"
Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."
Hani: "patutla...
Cerita dari Jepun
Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.
Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.
Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga. Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.
Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.
Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu. Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.
Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.
Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.
Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut. Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.
Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.
Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"
Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab, "Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la banyak cakap, kuat cerewet pulak tu..."
Friday, October 30, 2009
4 orang isteriku......
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT
adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA
adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA
pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
Untuk orang2 yang kedekut
Petikan dari kata-kata Saiyidina Abu Bakar r.a yang bermaksud,
Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan ini iaitu:
1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
2. Allah akan menimpakan keatasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir, tenggelam dalam tanah dan sebagainya.
3. Setelah ia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka-mereka yang akan mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.
4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.
5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya lagi.
6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah.
7. Allah s.w.t meninggikan syahwatnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan
Tuesday, October 27, 2009
Percaya atau tidak, ia selalu terjadi...
org tua-tua selalu pesan, bila balik dari melawat org meninggal,terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
Aku dapat dari e-mail member aku, saper yg dah tau bacer jela untuk mengingatkan, yg belum tau tuh amik iktibar yer?
Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur,tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu.
Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya).
Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.
Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.
Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam.
Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam. Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut.
Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.
Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.
Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama b beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu.
Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang. Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man m memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat.
Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun.
Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Setelah segala kesulitan terurai saya
bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut.
Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.
Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau
masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.
Kalau asyik bekerja.....
Ini cerita dari sorang pompuan, tapi lelaki pun bleh ambik pengajaran jika punyai hati dan perasaan....
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan, "Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya, Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam, Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh, Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku, Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri,Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil, "Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak? Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini, Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja, Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?
" HARGAILAH KELUARGA ANDA "
Thursday, October 22, 2009
walau hanya pencungkil gigi
Ada satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...
Di riwayatkan begini.....
Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.
Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT....
Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.
Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..
Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan..... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.
Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...
Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?
Ini belum kira mencuri masa pejabat untuk kegiatan peribadi.
Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...
Wassalam...
Wednesday, October 21, 2009
Mee rebus dan hingus
Cerita ini aku dapat dari emel....
Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain.
Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu merupakan perayaan menyambut kesembuhannya. Ketika mee sudah sampai keluarga tersebut makan dengan lahapnya.
Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami semua terkecuali teman saya. Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya. Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang. Tidak beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan meja satu persatu- tanpa menghabiskan makanan. Melihat ini ada rasa kepahitan yang terpancar di wajah keluarga muda itu, seperti rasa rendah diri dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya. Tetapi itu tidak lama, terutama ketika mereka melihat teman saya, keceriaan mereka pulih kembali. Teman saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada bau di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. Saya juga terpaksa berpura2 tidak endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja saya makan. Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan kedai makan. Saya pelik dengan teman saya yang luar biasa. Biasanya setelah makan, dia hanya duduk paling lama sepuluh minit. Sekali lagi saya terpaksa menemani teman saya dengan perasaan yang sangat jengkel.
Akhirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa lega. Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu duduk berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi hingus anaknya itu. Dia juga merasa seperti apa yang saya rasakan.
Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga, terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya. Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami tetapi tidak bagi keluarga itu.
Saya sangat terkejut mendengar kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza - bertahan makan mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi semangat baru bagi keluarga itu. Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman saya yang tidak kisah.
Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari bagaimana utk mengasihi sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak mustahil. Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa perkataan dalam waktu sesingkat itu. Cukup hanya dengan meneruskan makan mee sampai habis. Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman. Ajaib bagaimana teman saya menegur saya tanpa mengatakan sesuatu. Dia tidak menuduh tetapi cukup membuat saya rasa sangat terpukul dan malu tetapi tidak marah. Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya
Ambil tau hal servis kereta
Bahagian Penting Kereta Perlu Dijaga
Service Setiap 5,000 / 10,000 Km
Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.
Steering
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 5,000 /10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu.
Hawa dingin
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.
Klac
Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km.
Sistem transmisi/kotak gear
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap
40,000 km. Bagi sistem pembakaraan/ minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km. Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.
Tekanan angin tayar
Perlu diperiksa setiap 3,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.
Suspensi
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.
Drive shafts/propeller shaft
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.
Sistem elektrik
Periksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km. .
Timing/drive belt
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km.
Enjin:
Enjin - tune up bagi setiap 10,000 km
Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
Tukar `contact point' setiap 10,000 km
Radiator/sistem penyejuk
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.
Sistem ekzos
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.
Service Setiap 5,000 / 10,000 Km
Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.
Steering
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 5,000 /10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu.
Hawa dingin
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.
Klac
Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km.
Sistem transmisi/kotak gear
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap
40,000 km. Bagi sistem pembakaraan/ minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km. Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.
Tekanan angin tayar
Perlu diperiksa setiap 3,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.
Suspensi
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.
Drive shafts/propeller shaft
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.
Sistem elektrik
Periksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km. .
Timing/drive belt
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km.
Enjin:
Enjin - tune up bagi setiap 10,000 km
Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
Tukar `contact point' setiap 10,000 km
Radiator/sistem penyejuk
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.
Sistem ekzos
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.
Tuesday, October 20, 2009
Susahnya hidup niiii...
Ceita ni aku dapat dari emel dan tak pasti sumber asalnya dari mane, harap tuan punya cerita tak kisah jika cerita ini di blogkan di sini untuk pengajaran semua....
Lokasi : Didalam Pasaraya Besar
Masa : Jam 3.30 pm
Seorang penolak troli gigih bekerja. Dari warna kulit dan wajah, jelas berbangsa melayu. Bukan Nepal atau Burma. Bangsa sekulit dengan aku. Usia tidak muda dan tidak juga tua. Agaknya dalam lingkungan 30an. Benar2 mengerah keringat dan kudrat menolak tidak kurang 30 troli sekali lalu. Peluh memercik, jelas dimukanya. Setelah selesai dia tiba-tiba tersenyum bila merasakan ada mata yang sedang melihat dia bekerja tadi. Sebagai menghargai, aku balas senyuman sambil menghampiri beliau.
Dah lama kerja kat sini ? tanyaku sambil menghulur tangan untuk berjabat tanda awal memula perkenalan. baru lagi bang. Baru 2 bulan. Oh..jawabku ringkas. Sebelum ni ? Kerja kilang bang ! Dimana ? Di Pulau Pinang. Kilang tutup...nasib baik dapat kerja kat sini. Alhamdulillah ! Itupun terpaksa menganggur lebih 5 bulan tanpa kerja tetap.
Dari riak wajah, aku tahu dalam jiwanya terpamer azab kehilangan pekerjaan. Macamana kerja baru ni..ok ke tak ok ? aku menyoal lagi. Dia diam seketika..kemudian bersuara..kerja kuli bang! Nak kira ok tu..ok juga, cukup buat beli susu anak bang ! Berapa syarikat ni bagi sebulan ? banyak benar pertanyaan dari mulut aku ni untuk dia. Hmm..campur overtime..12 jam kerja sehari dari pukul 10 pagi sampai 10 malam, dapatlah RM800 sebulan. Banyak tu ? aku cuba menduga. Banyak ker? Cukuplah untuk sara anak bini. katanya ringkas. Hampir 10 minit aku luangkan masa untuk berbual dengan beliau, Halim namanya, ayah kepada 3 orang anak, 2 dah masuk sekolah rendah dan seorang lagi baru berumur 3 tahun. Tinggal di rumah sewa dengan sewaan RM250 sebulan. Agak perit bagi Halim, aku dapat rasa dengan gaji sebanyak itu. Apa nak buat..walaupun dia mempunyai Sijil dari Politeknik Ungku Omar, tapi yang jelas..pekerjaan beliau kini sebagai 'penolak troli'. Jika dahulu ketika bekerja kilang, sebagai juruteknik setiap bulan kurang2 dia boleh dapat RM1600 sebulan. Separuh dari pendapatannya hilang kerana masalah ekonomi sekarang. Nak salahkan kerajaan ker ? Entahlah..!!
Lokasi : Masjid Jamek ***
Masa : Lepas Maghrib (malam tadi)
Setelah selesai majlis bacaan Yaasin untuk Kekanda Sultan Perak yang mangkat, jemaah masjid dirai dengan jamuan kenduri arwah seorang dari jemaah kariah di anjung balai. Ikut giliran, aku yang nak buat jamuan tahlil arwah malam ni, tapi kerana kes khas, nampaknya giliranku untuk bersedekah bagi pihak arwah ibubapaku yang telah ke barzah terpaksa ditunda esok malam. lagipun bacaan Yaasin telah ditetapkan oleh JAIP untuk 3 malam berturut-turut mulai malam ini.
Sedang menjamu pisang dan nasi lemak kukus, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang agak kusam dan lusuh pakaiannya. mengambil wuduk..jelas bukan orang kariah kami. Orang luar ni. Imam yang duduk di depan aku ketika itu, bersuara sambil memanggil anak muda yang baru habis berwuduk untuk duduk bersama menikmati jamuan arwah bersama. Agak malu2 dia, namun akhirnya tiada pilihan bila aku sendiri berkata, elok makan dulu, baru bersolat..kita solat jemaah nanti..kelak dibimbangkan solat tak kusyuk, mari makan..anak muda itu terus duduk bersama kami..kebetulan kerusi kosong hanya ada kat sebelah tok imam saja lagi.
Aku tuangkan air teh panas untuk anak muda ini. Memang dia agak malu. Mungkin keadaan yang asing bagi dia mungkin. Biarlah..setelah dihulurkan secawan teh, terus disambut. Namun apa yang aku perhatikan, anak muda ini seperti memang sedang lapar. Jelas aku lihat bagaimana dia memegang cawan dengan terketar-ketar, begitu juga ketika menyuap nasi ke mulut menggunakan sudu. Terketar2 dan tidak bercakap. Anak muda ini benar2 lapar, bisik hati ku. Tok imam bungkam sambil mulut mengunyah cebisan pisang yang tinggal separuh.
Setelah habis hidangan itu, aku hulur lagi sepinggan nasi lemak, mana tahu dia nak tambah. Lagipun nasi lemak memang ada yg belum berusik. Dia menolak. Cukup..ni pun dah kenyang ! katanya pantas. Oh! anak muda ini tak bisu. Dia normal. Dia boleh bercakap. Nampak kepuasan dimuka anak muda ini setelah perut terisi dengan hidangan kami malam ini. Syukur Alhamdulillah..! aku tersenyum. Dia juga tersenyum.
Dari mana ? aku mula buka mulut ! Dari Jawi. (Sebelah Nibong Tebal). Jauh juga tu..nak kemana ? Saya sedang cari kerja encik, dari pagi keluar sampai lepas maghrib..nampaknya tak ader rezeki lagi untuk saya dapat kerja hari ini. Semalam pun saya keluar cari kerja di sebelah BM (Bukit Mertajam) dah dapat tapi jauh pula nak berulang. Kerja tukang cuci pinggan di kedai mamak. Hari ni memang tak ada rezeki saya dapat kerja lagi ! Alhamdulillah..rezeki saya di masjid..sambil ketawa kecil, saikologinya itulah cara melepas tekanan paling murah sebenarnya. Ketawa ! Walaupun didalam hati, azab hanya Tuhan yang tahu.
Datang tadi naik apa ? Naik bas. MasyaAllah..! Ada bas ker lagi nak balik ke Jawi ? tanya saya untuk kepastian. Ada..bas akhir jam 9.30 malam. Ok..lah macam tu. Kerana saya berkopiah putih dia membahasakan saya sebagai bang haji !
Seusai habis bersolat jemaah Isyak, ketika saya mahu meninggalkan ruang solat tiba2 bahu saya dicuit dari belakang. Oh ! anak muda ini rupanya. Yer..ada apa yang boleh saya tolong ? Bang haji macam ni sebenarnya..saya kehabisan duit..bolehkah bang haji pinjamkan sedikit wang untuk saya, saya sesak sangat ! Bukan banyak..RM10 pun cukuplah..saya nak belikan anak saya susu ! Anak ? Berapa umur anak awak ? 4 tahun ringkas jawabnya. Anak perempuan. Cukup ker nak beli susu dengan RM10 ? Tanya saya lagi..untuk kepastian. Cukup ! Awak belikan anak awak susu apa dengan RM10 ? Saya makin kurang percaya. Susu tin F&N bang haji, itu saja yg saya mampu. Saya dah hampir 3 bulan diberhentikan kerja. Kilang tutup. Astagfirullah...!
Sambil mengeluarkan wang baki dalam kocek, anak muda ini menunjukkan jumlah RM1.70 sen kepada saya. Ini ajer wang yang tinggal bang Haji. Awak ikut saya, saya mengarahkan anak muda itu turun dari tangga masjid dan terus ke kereta. Setelah dibukakan pintu saya minta dia masuk, biar saya hantar awak ke stesyen bas, lagipun jam dah menunjukkan hampir 9.05 malam., dia akur dan menurut saja.
Ketika masuk ke Pusat Bandar, saya berhenti sekejap di ATM Ambank dan mengeluarkan RM50 hasil bayaran dari sahabat yang beriklan di blog saya, MULTY GREEN TRADING yang kalian lihat bannernya di blog sekarang, itu saja yang saya mampu bantu dan tolong anak muda ini. Dia terkejut juga kerana baginya agak banyak duit yang diberikan. Ambillah..saya tolong awak ikhlas, saya sedekah kerana Allah. Ambillah ! Jangan malu ! Setelah itu saya berhenti sekejap di 7-Eleven untuk dia belikan anaknya susu, saya mohon jangan belikan susu F&N, beli susu tepung ! Dia menurut bila dia masuk semula, saya dapat lihat sebungkus susu tepung Dutch Lady ada dalam karung plastik.
Saya beli susu ni bang haji, dah lama anak saya tak minum susu tepung..dekat 2 bulan jugak. Dengan harga RM15.20 sen, cukup mahal bagi anak muda yang telah kehilangan kerja ini, itulah harga kehidupan. Survival...ketika ekonomi negara tidak memihak kepada rakyat marhaen yang ramai kehilangan pekerjaan. Setelah menghantarnya ke Stesyen bas, jelas terlihat kegembiraan di wajah anak muda itu. Setelah mengucap salam, saya tinggalkan anak muda itu sendirian di Hentian Raya Pusat Bandar.
Inilah nasib bangsa yang sebangsa dengan ku, bangsa melayu. Islam. Kepada siapa lagi mahu diharapkan untuk terus menempuh survival kehidupan yang kian mencabar kini. ketika peluang pekerjaan makin mengecut. Kerajaan oh kerajaan..ada jaminankah untuk rakyatmu ketika pemimpin menjerit kuat mengenai ketuanan Melayu. Boleh jalannn..laa !!
(*) Ini kisah benar. Bukan rekaan. Kisah untuk malam jumaat. Buat renungan sahabat sekelian !
Untuk apa baca Quran??
Seorang Muslim tua Amerika tinggal di sebuah ladang peternakan di daerah pegunungan di timur Kentucky dengan cucu mudanya. Setiap pagi si datuk akan bangun awal dan duduk di meja dapur sambil membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti dia dan dia mencuba untuk meniru dalam setiap cara yang dia mampu. Suatu hari sang cucu bertanya, "Atuk! Saya mencuba untuk membaca Alquran seperti anda tetapi saya tidak mengerti, dan memahami apa yang saya lakukan, saya lupa, lantas saya menutup buku. Apa kebaikan yang kita dapat dengan membaca Al-Quran ? "
Datuk tersebut dengan tenang berpaling daripada meletakkan batu arang di dalam dapur arangnya dan menjawab, "Ambil keranjang arang batu ini turun ke sungai dan bawakan saya kembali sebuah keranjang berisi air."
Anak itu lantas membuat apa yang di suruh Atuknya, tetapi semua air tersebut bocor keluar sebelum dia sempat kembali ke rumah. Atuknya tertawa dan berkata, "Kamu harus bergerak lebih cepat sedikit pada waktu berikutnya," dia dan menyuruhnya kembali ke sungai dengan keranjang untuk mencuba lagi. Kali ini budak lelaki itu berlari lebih cepat, tetapi keranjang telah kosong sebelum dia kembali rumah. Kehabisan nafas, dia memberitahu atuknya bahawa tidak mungkin untuk membawa air dalam keranjang, dan dia pergi untuk mendapatkan baldi sebagai gantinya. Si tua berkata, "Saya tidak mau baldi air; Saya menginginkan sebuah keranjang air. Setakat usaha kamu tadi belum cukup, kamu harus berusaha lebih keras lagi," dia keluar dari pintu rumahnya untuk menonton cucunya mencuba lagi.
Pada kali ini, budak itu tahu ianya mustahil, tetapi dia ingin menunjukkan kepada datuknya bahwa meskipun dia berlari secepat dia mampu, air itu nanti akan keluar juga sebelum dia sempat kembali ke rumah lagi. Budak itu mencelup keranjang ke dalam air dan berlari secepatnya, tetapi apabila dia telah sampai kepada datuknya keranjang tersebut telah kosong lagi. Terengah-engah, ia berkata, "Lihat atuk, ia tidak berguna langsung, sia-sia sahaja!" "Jadi kamu fikir ianya sia-sia?" Si tua berkata, "Lihatlah pada keranjang itu."
Budak itu melihat pada keranjang dan untuk pertama kalinya dia menyedari bahawa keranjang itu telah berbeza dari sebelumnya. Ia telah berubah dari sebuah keranjang arang baru lama yang kotor dan kini telah bersih, di dalam dan di luar.
"Anakku, itulah yang terjadi saat kamu membaca Al-Quran. Kamu mungkin tidak memahami atau ingat segalanya, tetapi ketika Anda membacanya, kamu akan Berubah, di dalam dan di luar. Itulah pekerjaan Allah dalam kehidupan kita."
Permainan yang mempermainkan kita
Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah ‘Kapur!’, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah ‘Pemadam!’”
Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik. Sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah ‘Pemadam!’, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah ‘Kapur!’.
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.
Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.”
”Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu."
"Baik permainan kedua." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an. Cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak
karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah hancurkan."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.”
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar. Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang."
Monday, October 12, 2009
Antara fitnah dan bulu-bulu ayam
Ada seorang wanita yang mengulang sepotong berita memalukan mengenai tetangganya. Dalam beberapa hari, seluruh desa telah mengetahui ceritanya. Dan, orang yang diceritakan itu merasa sakit hati dan terpukul. Kemudian si wanita yang menyebarluaskan berita buruk tersebut mengetahui bahwa berita yang ia sebarkan ternyata betul-betul salah. Dia menyesal dan mendatangi seorang orang tua yang bijak untuk mencari tahu apa yang dapat dilakukan untuk memperbaiki kesalahannya itu. "Pergilah ke pasar," kata orang tua bijak ; "dan belilah seekor ayam, sembelihlah.... kemudian, kamu cabuti bulunya dan buang satu persatu di sepanjang jalan." ; lanjutnya.
Meski kaget mendengar ucapannya, si wanita itu melakukan apa yang disarankan kepadanya. Namun, ia merasa masih belum mampu memperbaiki kesalahannya atas penyebarluasan berita bohong itu kepada seluruh penduduk desa. Keesokan harinya, ia kembali mengunjungi orang tua bijak itu dan menanyakan persoalannya kembali. Si orang bijak itu berkata, "Hmm.., kalau begitu, sekarang pergilah dan kumpulkan semua bulu yang kau buang kemarin dan bawa kembali kepadaku."
Si wanita itupun menyusuri jalan yang sama dan berusaha mengumpulkan bulu-bulu ayam yang telah dicabutinya kemarin. Namun, angin telah menerbangkan semua bulu-bulu itu kemana-mana sehingga mustahillah ia mampu mengumpulkannya semua. Setelah mencari-cari selama berjam-jam, ia kembali dan hanya mampu mengumpulkan sebanyak tiga helai bulu saja. Si wanita itu kembali menemui orang tua tadi. "Lihatlah!" ; kata si orang bijak, "sangat mudah mencabuti bulu ayam dan membuangnya. Namun sangat tidak mungkin menariknya kembali. Begitu pula dengan umpatan dan berita bohong itu. Tidak sulit untuk menyebarluaskan gosip, namun sekali terlempar, anda tidak akan pernah secara penuh memperbaiki kesalahan anda."
Oleh karena itu, janganlah melempar berita bohong atas aib seseorang apalagi yang memang belum tentu benar dan mengarah kepada fitnah. Allah SWT telah memperingatkan para pembawa gosip dan berita bohong, sebagaimana firmanNya ; "(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar." (QS. An Nuur, 24:15) , dan "....Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar." (QS. 24:11).
Semoga kita dapat menjaga lisan dari fitnah dan berita bohong yang dapat melukai perasaan orang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)